INAYA memandang katil tepat di tempat Iskandar berbaring. Mereka tidur bersama memandangkan mereka menginap di rumah keluarga Iskandar. Dia tidak berfikir mahu tidur di sebelah Iskandar kerana mereka akan berpisah nanti.Inaya memusingkan badannya untuk melangkah ke sofa namun tangannya ditarik dari belakang. Inaya memusingkan badannya kembali. Matanya bertemu pandang dengan Iskandar.
"Kau nak pergi mana?" soal Iskandar. Tangannya masih memegang tangan Inaya.
"Saya nak tidur di sofa," balas Inaya.
Iskandar tersenyum mengejek. "Macamlah selama ni kita tak pernah tidur sekatil, kan?" soal Iskandar.
"Tapi kita akan berpisah nanti. Jadi lebih baik jauhkan diri antara satu sama lain," balas Inaya tenang.
"Kau memang tak sabar mahu berpisah dengan aku, kan?" soal Iskandar. Inaya diam. "Seperti yang aku kata. Kau perlu tanggung semuanya sebelum berpisah. Jadi dalam masa terdekat ini. Aku tak terfikir mahu berpisah dengan kau."
"Cepat atau lambat kita akan berpisah," tegas Inaya.
"Just sleep with me, Inaya. Aku tak kacau kau," tegas Iskandar. "I'm still you husband."
Mereka saling merenung. "Kenapa awak seksa saya macam ni? Saya dah bersetuju untuk lepaskan awak bersama Aileen," ucap Inaya.
"Aileen dah tak mahukan aku. Jadi kau kena tanggung semua itu," balas Iskandar selamba.
Inaya mengeluh berat mendengar kata-kata Iskandar.
"Jom tidur Inaya Fareeha."
Inaya akhirnya membaringkan diri di sebelah Iskandar.
Jangan lupa votes & comments!
Btw sesiapa yang belum follow account wattpad saya silalah follow ya. 🥺

YOU ARE READING
MEMORIES
Romance[COMPLETED] Malay romance + sendu + super cliché Iskandar Zulkarnain ❤️ Inaya Fareeha "Hanya berharap dia terus berada dalam memori aku" -Inaya "Berharap yang aku dapat lupuskan dia dalam memori aku" -Iskandar Short story© 21/03/21 -11/02/2024