BAB 61

4.7K 242 0
                                    

Jangan lupa votes & comments ❤️

Follow acc saya FloraDaniella

Balutan pada lengan Inaya dibuka. Peralatan untuk mencuci luka dicapai oleh Iskandar lalu disapu pada luka Inaya. "Sakit?" soal Iskandar. Inaya hanya menggelengkan kepalanya.

"Saya nak bagitahu sesuatu," kata Inaya.

"Apa?" soal Iskandar tumpuannya fokus pada lengan Inaya.

"Saya tak sengaja tidur dalam bilik awak semalam. Mungkin sebab pengaruh ubat jadi saya masuk bilik awak bukan bilik saya," jelas Inaya.

Iskandar anggukkan kepalanya tanda faham. Riak wajah selamba dipamirkan. "Kau tidurlah dalam bilik aku dulu untuk sementara waktu sampai luka kau ni baik," putus Iskandar.

Inaya segera menggelengkan kepalanya. "Tak apa. Saya tak nak awak rasa tak selesa dalam bilik sendiri. Jadi biar saya tidur dalam bilik saya. Lagipun saya takut saya tersentuh awak macam pagi tadi," tolak Inaya.

Iskandar mengangkat wajahnya merenung wanita itu. "Kita kongsi sajalah bilik." Inaya memandang suaminya tidak percaya.

"Tak perlu. Saya tahu awak tak selesa bila ada saya dalam bilik tu."

"Aku tak nak Mak Jah report dekat mummy tentang kita. Jadi untuk sementara waktu kau tidur je dalam bilik aku." Iskandar berkata separa berbisik.

Inaya mula mengerti lalu dia anggukkan kepalanya. "Kalau itu yang awak mahu, saya okey je. Nanti Mak Jah dah balik ke rumah keluarga awak saya pindah balik bilik saya," putus Inaya.

Iskandar anggukkan kepalanya tanda faham kemudian kembali fokus pada luka Inaya untuk dibalut semula dengan pembalut baharu.

MEMORIESWhere stories live. Discover now