BAB 90

7.7K 787 103
                                    

Jangan lupa votes & comments 🌼

INAYA melangkah keluar dari biliknya sebaik sahaja selesai solat subuh. Peti sejuk dituju sebaik sahaja dia sampai ke dapur. Segala bahan yang akan digunakan dkeluarkan dari peti itu.

"Inaya...." Inaya segera memusingkan badannya ke belakang apabila dipanggil Iskandar.

Lelaki itu sudah segak bersiap memakai hoodie dan sweatpants. "Awak nak pergi jogging ke?" soal Inaya. Iskandar mula mempamirkan riak serba salah.

"Aku nak pergi jumpa Aileen," balas Iskandar.

Inaya anggukkan kepalanya mengerti. Riak wajah dikawal supaya tidak menunjukkan sebarang reaksi kepada Iskandar.

"Flight dia ke UK pukul 8 pagi nanti. Sekarang dah pukul 6.15 jadi sebelum dia pergi aku nak betulkan apa yang salah antara aku dan dia," ucap Iskandar.

"Tak apa. Pergilah. Itu yang terbaik untuk awak berdua," balas Inaya sambil mempamirkan senyuman palsu kepada Iskandar.

Iskandar merenung isterinya lama namun Inaya hanya mempamirkan riak tenang. "Kau okey ke aku pergi jumpa Aileen?" soal Iskandar ingin tahu.

"Kita akan berpisah. Kita akan jadi orang asing nanti. Jadi tak perlu risaukan saya. Saya okey je. Lagipun Aileen berhak dapatkan penjelasan dari awak tentang kita," kata Inaya masih lagi berpura-pura tenang.

"Ya, Aileen berhak dapatkan penjelasan." Iskandar berkata perlahan. "Kau nak masak apa?" soal Iskandar mengubah topik.

"Saya nak masak mi goreng," balas Inaya.

"Masakan untuk aku sekali. Aku balik sebelum pukul 8 pagi," pesan Iskandar. Inaya anggukkan kepalanya mengerti.

"Macam mana kalau aku kembali kepada Aileen?" soal Iskandar sambil mengangkat keningnya. Inaya merenung suaminya sambil tersenyum hambar.

"Itu pilihan awak sejak dulu Aileen pilihan awak. Jadi itu adalah yang terbaik," ungkap Inaya.

"Macam mana pula kalau aku pilih untuk bersama kau?" Inaya segera menggelengkan kepalanya mendengar soalan Iskandar. Dia tidak bersetuju.

"Jangan pilih saya sebab simpati. Saya tak perlukan simpati awak. Saya bahagia dengan cara sendiri," ucap Inaya. "Fokus kepada diri awak. Fokus kepada bahagia awak."

"Kau memang dah tak mahu aku, kan?" soal Iskandar tiba-tiba. Inaya segera menggelengkan kepalanya.

"Bukan macam itu. Kalau bersama saya, awak tak akan bahagia jadi lebih baik awak bersama orang yang awak cinta," bantah Inaya. Sesungguhnya dia masih mahukan lelaki itu namun takdir antara mereka berkata lain.

"Dah lewat. Aku pergi dulu," pamit Iskandar. Inaya anggukkan kepalanya.

"Hati-hati," pesan Inaya. Iskandar mula hilang dari pandangannya. Inaya terduduk di kerusi yang terdapat di bar island.

Dadanya yang terasa sakit diusap kasar. Airmatanya yang jatuh ke pipi dibiarkan jatuh. Iskandar akan kembali kepada Aileen. Separuh hatinya mahu bersama lelaki itu namun separuh lagi hatinya inginkan lelaki itu bahagia.

"Biarkan dia bahagia Inaya," kata Inaya pada dirinya sendiri. Tidak lama selepas itu, esakan kecil mula kedengaran dari bibirnya. Kenapa dia masih mahukan lelaki itu? Iskandar sudah melukai dirinya dan menghancurkan hatinya sehancur-hancurnya namun dia tidak dapat membenci lelaki itu.

"Inaya.... Ya Allah kenapa ni sayang?" soal Mak Jah lalu segera merapati majikannya itu. Inaya menangis teresak-esak. Mak Jah segera memeluk tubuh rapuh itu.

"Sakit Mak Jah.... sakit," luah Inaya sambil menangis teresak-esak.

600+ votes and 100 comments to unlock next chapter 🔒 thank you 🌼🌹

MEMORIESWhere stories live. Discover now