BAB 74

5.6K 306 9
                                    

Jangan lupa votes & comments ❤️

Yang belum follow silalah follow acc wattpad saya 🌚

"Kenapa kau langsung tak bagitahu aku yang kau terjumpa Aileen minggu lepas?" sergah Iskandar sebaik sahaja membuka pintu bilik mereka. Inaya yang sedari dari tadi khusyuk merenung skrin IPadnya mengangkat wajah memandang suaminya.

Inaya mengerutkan dahinya. "Saya lupa bila saya jumpa dia. Maaf sebab tak bagitahu awak tentang hal ini," balas Inaya tenang.

Iskandar meraup wajahnya. "Apa kau bagitahu Aileen?" soal Iskandar. Inaya mengerutkan dahinya lagi.

"Saya lupa bila saya jumpa Aileen. Jadi saya tak pasti apa yang saya cakap dengan dia!" tegas Inaya membela diri.

"Kau pandai melawan ya sekarang! Kau ni ada masalah ingatan ke sampai lupa bila kau jumpa Aileen? Aku tak suka kau jumpa dia! Jadi... tolong bila kau jumpa Aileen jauhkan diri kau dari dia," pinta Iskandar. Inaya merenung suaminya lama.

"Cepat atau lambat. Aileen akan tahu soal hubungan kita," kata Inaya.

"Ya! Dia akan tahu tapi bukan sekarang! Aku mahu dia tahu selepas aku lamar dia di majlis makan malam syarikat keluarga aku," tegas Iskandar.

"Awak jangan buat kerja gila Iskandar!" tegas Inaya.

"Kenapa? Aku bukan mahu sangat hadap kau hari-hari jadi biarlah aku lamar Aileen cepat-cepat! Kau bukan pilihan aku dan aku tak akan pilih kau!" tegas Iskandar.

Inaya anggukkan kepalanya tanda faham. "Teruskan dengan keputusan bodoh awak itu," kata Inaya tenang lalu kembali menghadap IPadnya tanpa memandang wajah Iskandar lagi.

MEMORIESWhere stories live. Discover now