BAB 119

2.1K 208 7
                                    

INAYA menguak pintu bilik kerja Iskandar perlahan-lahan. Iskandar mengangkat wajahnya apabila perasaan yang pintu bilik kerjanya dibuka dari luar. Inaya tersenyum kepada suaminya dan berdiri di muka pintu.

"Kenapa sayang?" soal Iskandar sambil mengangkat punggungnya dari kerusinya lalu melangkah mendekati isterinya di muka pintu.

"Abang busy ke?" soal Inaya perlahan.

"Dah selesai dah kerja abang kenapa?' soal Iskandar sambil mengangkat keningnya.

Inaya tersenyum. Suaminya kacak memakai seluar baggy dan baju kemeja putih longgar yang selesa untuk pakai waktu tidur. Memang tidak dapat disangkal kekacakan suaminya itu.

"Boleh abang ikut saya kejap?" pinta Inaya lembut.

Iskandar meraih tangan isterinya lalu dia memandang lembut wajah Inaya. "Jom...." balas Iskandar sambil tersenyum.

Inaya segera menarik tangan Iskandar supaya membontoti dirinya hingga ke bilik tidur mereka. Bilik tidur mereka ditemani cahaya malap dari lampu tidur. Inaya membuka pintu gelangsar balkoni. Cahaya lilin di meja kecil itu membuatkan senyuman Iskandar melebar.

Terdapat sebiji kek Secret Recipe dan dua gelas air sejuk dalam gelas berkaki. Nampak mewah walaupun ringkas. Inaya memandang suaminya sambil tersenyum.

"Maaf ya abang. Saya lupa hari ni hari jadi abang nasib baik tertengok notifikasi dekat phone. Jadi sempat siapkan small celebration je untuk abang," pinta Inaya lembut. Iskandar memandang isterinya tanpa jemu lalu tubuh rapuh itu dia peluk erat dan satu kucupan dihadiahkan pada dahi isterinya.

"Terima kasih sayang..." ucap Iskandar tidak lekang dengan senyuman.

"Sama-sama abang..." balas Inaya lalu merungkai pelukan mereka. Pemetik api ditekan lalu lilin di atas kek dinyalakan dengan api kemudian mereka mengambil tempat duduk masing-masing.

"Selamat hari jadi abang. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Dan... semoga semua hajat abang tertunai," ucap Inaya lembut. Pipinya memerah kerana malu melihat Iskandar memandang dirinya tanpa henti.

Iskandar tergelak kecil. "Aminnn. Terima kasih sayang," ucap Iskandar lalu dia segera meniup lilin di atas kek.

Inaya memotong kek lalu mereka sama-sama menikmati angin malam dan kek mereka sambil berbual tentang diri mereka. Inaya tidak henti tersenyum begitu juga Iskandar mereka hanya ingin masa dihentukan untuk saat ini.

"Simpan kek ni dan piring ni semua," arah Inaya sambil mengangkat keningnya memandang Iskandar.

"Kenapa abang kena simpan pula?" soal Iskandar sambil memeluk tubuhya memandang isterinya.

"Sebab Inaya nak siapkan surprise seterusnya untuk abang." Inaya membalas lalu segera berlalu meninggalkan Iskandar di balkoni.

Iskandar mengangkat keningnya melihat reaksi Inaya lalu dia segera mengemas apa yang patut. Piring dan gelas disusun untuk dibawa turun ke dapur. Kek di disimpan dalam peti dan piring dan gelas yang mereka gunakan dia cuci bersih.

Lima belas minit di dapur dia segera melangkah kembali ke bilik tidur. Kelibat isterinya masih belum ada mungkin berada dalam bilik persalinan yang tertutup rapat itu. Entah apalah kejutan wanita itu padanya.

Akhirnya dia membuka langkah ke bilik persalinan. Pintu dibuka dari luar olehnya. Dia terpegun dan Inaya juga pegun memandangnya. Wajah Inaya memerah apabila dia merenung wanita itu tanpa henti.

"Cantik..." puji Iskandar sambil melangkah mendekati isterinya.

Inaya memakai gaun malam yang dia hadiahkan dahulu. Isterinya sudah berjanji akan memakainya jika sudah bersedia ingin menjadi miliknya sepenuhnya. Tidak beralih mata Iskandar memandang Inaya. Wanita itu juga mengenakan mekap ringkas yang menaikkan seri wajah isterinya itu. Rambut Inaya digaya messy bun yang boleh membuatkan dia gila malam ini.

"Ini hadiah abang..." kata Inaya lalu menghulurkan beg kertas lambang Sephora kepadanya.

Iskandar menyambut huluran itu lalu kotak berlogo Tom Ford dia capai. Tom Ford Oud Wood minyak wangi yang berada dalam senarai yang dia akan beli. Dia tersenyum sendiri lalu kotak itu dia segera buka dan penutup minyak wangi turut dia buka. Beberapa semburan dilepaskan pada badannya.

"Wangi... terima kasih sayang," ucap Iskandar lalu dahi isterinya dia kucup lembut.

"Ada hadiah lain ke untuk abang?" soal Iskandar sambil mengangkat keningnya. Senyuman nakal tidak lekang pada bibir suaminya. Inaya meneguk liurnya yang terasa kesat. Pipinya yang sudah sedia panas sejak tadi semakin panas.

"Kita bina keluarga bersama...." kata perlahan Inaya sambil menundukkan kepalanya.

Iskandar segera mencempung tubuh Inaya sehingga mata wanita itu membulat kerana terkejut.

"Jom!" balas Iskandar teruja.

Instagram: floradaniella_

Semoga FloraDaniella menjadi seorang penulis yang berjaya. Aminnn🤍❤️

MEMORIESWhere stories live. Discover now