BAB 68

5.1K 262 5
                                    

JANGAN LUPA VOTES & COMMENTS ❤️
FOLLOW ACC SAYA FloraDaniella

"Kalau tak ada apa yang nak dibincangkan awak pergi jelah masuk bilik awak Iskandar," pinta Inaya.

"Akukan suami kau. Jadi kau tak nak teman aku ke bilik? Hidang air untuk aku?" ejek Iskandar.

"Saya tahu awak tak suka sebab tu saya tak buat," balas Inaya. Kemudian dia kembali menghadap bulan.

"Aku nak minta kau pujuk parents aku cepat-cepat untuk wariskan segalanya pada aku. Jadi makin cepat kita berpisah,"

"Saya tak mahu berpisah lagi sekarang. Jadi saya tak akan pujuk," keras Inaya.

"Macam mana aku dengan Aileen kalau kau masih bertegas macam ni?" soal Iskandar geram.

"Awak memilih untuk curang pada saya bersama Aileen walaupun kita dah bertunang sejak awal! Jadi terimalah padahnya!"

"Kau ni tak padan dengan pembunuhkan? Sekarang nak jadi perampas kebahagiaan orang!" jerit Iskandar.

"Iskandar! Jangan menjerit malam-malam nanti jiran dengar!" tegur Inaya.

MEMORIESWhere stories live. Discover now