BAB 18

3.8K 181 1
                                    

Jangan lupa votes & comments ❤️

Inaya menilik cincin pelbagai bentuk dari luar kotak cermin sambil mengetuk-ngetuk dagunya.

"Lambat lagi ke kau nak pilih?" keluh Iskandar. Sungguh dia bosan menunggu gadis itu memilih cincin.

"Kau ambil sajalah yang ni," arah Iskandar sambil menunjukkan ke arah cincin yang mempunyai batu berlian besar yang biasa dipakai oleh mak cik-mak cik.

"Awak gila ke suruh saya pakai cincin macam tu?" soal Inaya geram.

"Dah kau pilih lama sangat! Pilih sajalah yang mana pun jangan buang masa aku! Aku tengah lapar ni!" kata Iskandar tanpa memikirkan perasaan Inaya.

Inaya mengeluh lalu dia kembali melihat ke arah susunan cincin. Cincin emas putih yang mempunyai satu berlian kecil berwarna biru ditengah-tengah menarik perhatiannya.

"Saya nak tengok yang ni," kata Inaya kepada pekerja kedai itu.

Pekerja itu segera mengeluarkan cincin itu untuk Inaya. Cincin itu dihulurkan kepada Inaya. Dia segera menyambut cincin itu lalu menilik cincin itu lama.

"Nak tangan awak," pinta Inaya kepada Iskandar.

Ig: floradaniella_
Tiktok: floradaniella_

MEMORIESWhere stories live. Discover now