BAB 92

6.8K 735 25
                                    

Lamakan tak update?

Banyak benda yang berlaku pada saya awal tahun ni. Doakan saya baik-baik saja ya.

I

NAYA melangkah menuruni anak tangga untuk ke dapur. Langkahnya terhenti di ruang tamu. Dia termenung seketika. Rasa keliru mula menjengah. Inaya segera mengambil tempat duduk di sofa. Matanya melilau melihat seisi rumah itu.

Dadanya diurut dalam hati tidak lepas berdoa supaya rasa keliru itu hilang. Dia bangun dari duduknya dan berjalan beberapa langkah. Namun dia pegun sendiri. Kenapa dia turun dari bilik? Untuk apa dia berada di ruang tamu?

Dia merenung sekelilingnya dengan perasaan keliru. Dahinya dikerutkan. Rasa resah dan gelisah.

"Inaya!" suara itu bermain dalam mindanya.

"Inaya!" panggil suara itu lagi.

"Inaya!" Bahu Inaya digoncang kuat sehingga dia tersedar. Matanya mula memandang wajah si pemanggil dengan wajah keliru. Airmata tiba-tiba jatuh ke pipi.

"Inaya! Kau kenapa ni?" soal Iskandar sambil merenung wajah isterinya yang keliru itu.

Inaya menggelap airmatanya lalu menggelengkan kepalanya tanda tiada apa-apa.

"Bohong! Kau nampak lost tadi. Kenapa? Ada apa-apa yang terjadi ke?" soal Iskandar lembut. Sungguh dia takut melihat keadaan Inaya tadi. Wanita itu melihat sekeliling rumah dengan keliru dan tiba-tiba pegun. Dia yakin ada sesuatu yang tidak kena.

"Saya nak naik atas," pamit Inaya lalu membuka langkah. Tubuhnya mula menggigil melihat sekeliling.

Iskandar segera memaut lengan isterinya. "Kau ada sembunyikan apa-apa dari aku?" soal Iskandar.

Pantas Inaya menggelengkan kepalanya. "Saya tak ada sembunyikan apa-apa dari awak. Kalau ada pun semua itu tak penting. Saya naik dulu," pamit Inaya lagi sambil cuba untuk melepaskan pegangan Iskandar dari lengannya.

Iskandar terdiam seketika namun tangannya tidak lepas memegang lengan isterinya. Matanya juga tepat merenung wajah cantik itu.

"Aku hantar kau naik bilik. Kau nampak tak sihat," putus Iskandar. Inaya menggelengkan kepalanya menolak.

"Saya boleh naik sendiri," keras Inaya.

Iskandar merenung wajah isterinya lagi. Kali ini dengan pandangannya yang kuyu. "Aku nak juga hantar kau," keras Iskandar pula.

Keluhan terlepas dari bibir Inaya. "Suka hati awaklah Iskandar," kata Inaya lalu menarik tangannya dari pegangan Iskandar dan melangkah mendahului suaminya.

"Kalau aku tahu yang kau sembunyikan sesuatu yang besar dari pengetahuan aku, aku tak akan lepaskan kau." Langkah Inaya terhenti apabila mendengar kata-kata Iskandar. Dia memusingkan badannya menghadap suaminya.

Inaya tersenyum hambar merenung wajah Iskandar. Mata coklat cair milik suaminya direnung. "Awak nak pukul saya pula ke sekarang?" soal Inaya. Iskandar termangu dengan soalan tiba-tiba dari wanita itu.

"Apa yang kau merepek ni?" soal Iskandar.

"Awak tak nak lepaskan saya. Bermakna awak nak pukul saya atau lakukan sesuatu yang buruk pada saya. Sampai ke tahap itu awak benci saya, kan Iskandar?" soal Inaya dengan mata berkaca.

Iskandar mengerutkan dahinya. Dia mahu memaut lengan wanita itu lagi namun dengan pantas Inaya mendaki tangga meninggalkan dia yang sedang keliru. Maksud dia, dia tidak mahu bercerai dengan Inaya bukan mahu memukul wanita itu.

Jangan lupa votes dan comments 🌼

600 votes to unlock 🔓 next chapter


MEMORIESWhere stories live. Discover now