BAB 98

6.5K 813 182
                                    

Bonus! Sebab ramai yang mahu 🤍

Jangan lupa votes dan comments ya.

TAN SRI FARIS memandang menantunya apabila Inaya sudah kembali tenang. Anaknya itu sudah dia pindahkan ke kereta miliknya yang dipandu oleh Pak Mail.

"Is... papa minta izin bawa balik Inaya ya. Dia masih isteri kamu jadi kena minta kebenaran kamu dulu." Tan Sri Faris berkata tenang. Inaya masih isteri Iskandar jadi anaknya masih di bawah tanggungjawab Iskandar.

"Boleh papa. Is pun akan pergi rumah papa memandangkan isteri Is kat sana," balas Iskandar. Tan Sri Faris anggukkan kepalanya mengerti.

"Papa..." panggil Iskandar. Tan Sri Faris merenung menantunya. "Ada apa-apa yang Is tak tahu ke pasal Inaya?" soal Iskandar.

Tan Sri Faris mengeluh berat. "Papa bukan orang yang sepatutnya bagitahu soal ini. Bila Inaya dah okey kamu tanyalah dia ya," balas Tan Sri Faris lembut. Iskandar anggukkan kepalanya mengerti.

"Papa balik dulu," pamit Tan Sri Faris.

"Jaga isteri Is ya papa," pesan Iskandar.

Tan Sri Faris tersenyum lalu anggukkan kepalanya. Lelaki separuh abad itu mula masuk ke perut kereta dan kepala Inaya diletakkan ke atas bahunya. Kepala anaknya yang sudah bertudung itu diusap lembut. Tidak lama selepas itu kereta yang dipandu oleh Pak Mail itu mula bergerak.

"Kau ingat tentang arwah mama mertua kau?" soal Haydar yang dari tadi setia menonton babak keluarga itu dari belakang.

"Kenapa?" soal Iskandar sambil mengangkat keningnya.

"Kau tahukan sebelum arwah mama mertua kau sakit dulu dia pernah tersesat macam ni?" soal Haydar lagi. Mereka saling merenung.

"Aku tahu dan ingat semua tu," balas Iskandar perlahan.

"Fikiran kau sekarang sama dengan apa yang aku fikirkan ke?" soal Haydar. Iskandar anggukkan kepalanya dan wajahnya bertukar muram.

ISKANDAR melangkah masuk ke dalam bilik isterinya sebaik sahaja sampai ke rumah keluarga Inaya. Isterinya sedang berbaring lemah di atas katil. Dia melangkah mendekati Inaya.

Dia duduk melutut di sebelah katil sambil mengusap kepala Inaya lembut. Rasa sebak mula menyerbu dan airmata jantannya mula mengalir menjatuhi pipi.

"Maafkan aku Inaya sebab buat kau terluka," pinta Iskandar sambil merenung isterinya yang nyenyak tidur itu dalam-dalam.

"Aku cintakan kau... sejak dulu aku cintakan kau. Aku cuba bencikan kau dan tutup rasa cinta aku dengan rasa benci tapi aku tak mampu. Maafkan aku Inaya," ucap Iskandar dalam tangisannya.

Setelah lama merenung isterinya, dia mengucup dahi Inaya lama. Wajah Inaya pucat dan nampak lemah. Wanita itu rapuh sejak dulu. Dia yang menghancurkan kerapuhan wanita itu.

ISKANDAR mengambil tempat di sisi ayah mertuanya di gazebo rumah. Mereka sama-sama merenung langit.

"Macam mana Inaya?" soal Tan Sri Faris memecah kesunyian antara mereka berdua.

"Masih lagi tidur," balas Iskandar.

"Lepas Is ceraikan Inaya nanti papa akan jaga Inaya," kata Tan Sri Faris. Iskandar termangu. "Maafkan Inaya ya sebab paksa kamu dalam pernikahan ni," pinta Tan Sri Faris lembut.

"Papa tak nak marah Is dengan apa yang Is buat pada Inaya selama ni?" soal Iskandar sambil memandang Tan Sri Faris dari sisi.

"Inaya tak pernah mengadu apa-apa tentang kamu kecuali dia mahu berpisah dengan kamu dulu. Jadi papa tak tahu apa yang kamu buat pada anak papa. Papa harap Is tak terlalu sakitkan dia. Dia bukan seperti orang lain sejak dulu hidup dia tak seindah orang lain," balas Tan Sri Faris lembut.

Airmata Iskandar mula jatuh. Dia menundukkan kepalanya. "Is banyak salah pada Inaya..." balas Iskandar.

"Inaya cintakan kamu... Hanya bersama kamu untuk sementara waktu pun dia dah bahagia. Itu yang Inaya mahu sejak dulu iaitu bersama kamu. Jadi papa tak boleh salahkan kamu sebab papa tahu Is tak ada perasaan pada anak papa." Tan Sri Faris berkata tenang.

"Is cintakan dia... Is cintakan Inaya," luah Iskandar sambil merenung ayah mertuanya.

Tan Sri Faris merenung menantunya. Matanya mula berair. "Anak papa tak sempurna macam perempuan lain...."

"Inaya sakit papa?" soal Iskandar sebak. Tan Sri Faris terdiam. Airmata Iskandar mengalir lagi apabila soalannya dibiar sepi.

"Sejak bila papa?" soal Iskandar terdesak. Airmatanya mengalir laju membasahi pipi.

Airmata Tan Sri Faris juga mengalir. Iskandar bangun dari duduknya lalu melutut di hadapan ayah mertuanya sambil menangis teresak-esak.  "Maafkan Is papa sebab tak jaga Inaya baik-baik selama ni."

670 VOTES DAN 130 COMMENTS TO UNLOCK 🔓 NEXT CHAPTER.

Tak cukup maka tak ada update 🤧

MEMORIESWhere stories live. Discover now