BAB 44

4.5K 231 16
                                    

Jangan lupa votes & comments ❤️

"Nak balik?" soal Iskandar dengan nada yang kuat. "Kenapa nak balik? Kitorang nak celebrate kejayaan kau dapatkan aku ni!" kata Iskandar sambil tersenyum mengejek memandang Inaya.

Inaya menahan rasa. Harga dirinya sekarang sedang dipijak-pijak oleh suaminya sendiri.

"Adib!" panggil Iskandar tiba-tiba. Syed Adib mengangkat wajahnya memandang Iskandar.

"Kau ingat tak masa kau confess dekat perempuan ni dulu?" soal Iskandar.

Syed Adib merenung Inaya lalu tersenyum sinis. "Aku ingat. Dia tolak aku sebab bodoh mahukan kau," balas Syed Adib. Puas hati melihat wajah Inaya yang sedang menahan tangis.

Inaya segera bangun dari tempat duduknya namun Iskandar segera menarik lengan Inaya kasar. "Kau nak pergi mana! Hormat kawan-kawan aku yang sedang celebrate kejayaan kau dapatkan aku!" tegas Iskandar.

"Perempuan tak tahu malu ni yakin yang aku tak akan ceraikan dia dan lupakan Aileen. Korang rasa aku akan cintakan dia?" soal Iskandar kepada teman-temannya. Ada yang diam kerana kasihankan Inaya dan ada yang mengeluarkan bunyi menyokong Iskandar.

"Dia sendiri yang mahu maruah dia dipijak-pijak. Dasar perempuan tak sedar diri! Kau dengar sini Inaya. Bersaksikan kawan-kawan aku. Aku nak umumkan yang aku tak akan jatuh cintakan kau sampai bila-bila!" kata Iskandar sambil merenung ke dalam anak mata Inaya.

Inaya hanya memandang lelaki itu tanpa perasaan. "Dah habis?" soal Inaya.

"Belum sayang. Aku akan buat apa saja untuk singkirkan kau dalam hidup aku termasuk membunuh kau secara halus atau kasar." Inaya tersentap mendengar kata-kata Iskandar.

Pegangan Iskandar pada lengannya terlepas. Tanpa membuang waktu, Inaya segera melangkah pergi dari situ.

ig: floradaniella_
Tiktok: floradaniella_

MEMORIESWhere stories live. Discover now