BAB 34

4.1K 195 9
                                    

Jangan lupa votes & comments ❤️🌼

"Apa yang awak merepek ni?" soal Inaya sambil mengerutkan dahinya merenung wajah lelaki itu.

Iskandar tersenyum sinis. "Kau ni kaki sapu! Aku, kau nak. Haydar pun kau nak. Dengar ye Inaya. Aku tak akan benarkan kau berhubungan dengan Haydar kalau kau berhubungan dengan dia, kau dikira isteri derhaka!"

"Haydar tu sepupu awak tau! Kami pun ada projek bersama kadang-kadang kalau tak berhubung macam mana nak uruskan projek?" soal Inaya tidak puas hati.

"Eleh alasan! Cari jelah projek lain. Kau ni nak jadi perempuan murah ke macam mana? Kalau dah bertudung tu peliharalah kesucian tu sikit!" sembur Iskandar.

"Awak jangan nak tuduh saya bukan-bukan ya," pesan Inaya.

"Bukan tuduh. Tapi sukar nak percaya orang macam kau ni! Banyak benda tentang kau ni aku tak suka! Ops! Bukan setakat tak suka tapi benci," kata Iskandar lalu tergelak kecil.

Inaya hanya merenung wajah lelaki itu tanpa perasaan. Penat melayan Iskandar.

"Aku nak keluar jalan-jalan dengan Aileen. Balik nanti aku nak tomyam, telur dada dan daging black paper atas meja makan! Kalau tak ada siap kau!" tegas Iskandar sebelum melangkah melintasi Inaya.

Tiktok: floradaniella_
ig: floradaniella_

MEMORIESWhere stories live. Discover now