BAB 100

6.4K 743 161
                                    


EXTRA CHAP SEBAB LAMBAT UPDATE RITU🌝

Jangan lupa votes dan comments 🌼

"AKU cintakan kau," ucap Iskandar sambil merenung ke dalam anak mata milik Inaya.

Inaya kelu di hadapan lelaki itu. Dia terasa ingin rebah saat itu. Ucapan itulah yang dia nanti sejak dulu. Ucapan itulah yang dia mahu dengar terbit dari bibir Iskandar.

"Too late..." balas Inaya dengan mata berkaca. "It's too late dan saya langsung tak percaya ucapan cinta yang keluar dari mulut lelaki seperti awak."

Airmata Iskandar tidak berhenti mengalir. "Aku cintakan kau Inaya sejak dulu sebab itu aku tak mahu lelaki lain dekat dengan kau sejak zaman universiti lagi," luah Iskandar.

"Saya harap saya dapat percaya semua itu tapi saya tak boleh. Awak hanya kasihankan saya Iskandar. Saya tahu sebenci mana pun awak pada saya.... awak tetap rasa perlu bertanggungjawab pada saya dan jaga saya, kan?" soal Inaya.

Airmatanya mula jatuh. Jiwa Inaya saat ini kosong. Dia tidak berharap lelaki itu untuk jatuh cinta kepadanya. Dan... bukan ini yang dia mahu dari Iskandar sekarang.

"Aku tak kesah kau mahu percaya atau tidak tapi aku tetap cintakan isteri aku, Inaya Fareeha." Iskandar berkata sambil merenung ke dalam anak mata isterinya.

Inaya segera mengalihkan pandangannya. "Mommy dan daddy pun dah bersetuju kita bercerai dalam masa terdekat jadi awak dah tak boleh buat apa Iskandar...  kita akan tetap berpisah. I don't need you anymore. Saya boleh jalani hidup saya sendiri," tegas Inaya.

Iskandar kaku.

Inaya memandang suaminya sekilas lalu dia segera melangkah keluar dari biliknya sendiri. Airmata setia menemani dirinya. Dia tidak mahu lelaki itu menghadapi hari-hari yang bakal menyakitkan bersama dirinya.

Dia bersama mamanya ketika mamanya sakit. Dialah orang yang langsung tidak wujud dalam memori mamanya. Enam tahun dia menghadap mamanya tanpa diingati. Dia tidak mahu Iskandar merasai apa yang dia rasai.

Orang sepertinya hanya layak sendiri. Jadi biarlah dia harungi semuanya sendiri. Dia yakin dia boleh. Papa akan sentiasa ada bersamanya.

680 VOTES DAN 150 COMMENTS TO UNLOCK 🔓 NEXT CHAPTER

cukup baru saya update yaa😌

MEMORIESWhere stories live. Discover now