JANGAN LUPA VOTES & COMMENTS ❤️
FOLLOW ACC SAYA FloraDaniellaInaya termenung memandang kolam renang yang terbentang di hadapannya. Banyak perkara yang terjadi ke atasnya sejak akhir-akhir ini. Dia mengeluh berat.
Bunyi deruman kereta yang masuk ke dalam garaj diabaikan oleh Inaya. Dia tahu itu kereta suaminya. Malas mahu berganjak dia kekal berdiri menghadap kolam.
Beberapa minit kemudian suasana kembali sepi. Inaya mendongak memandang bulan.
"Kau buat apa dalam gelap?" Bahu Inaya terhinjut mendengar teguran itu. Dia menoleh ke belakang.
"Tengok bulan," balas Inaya lalu kembali menghadap bulan.
Iskandar mendekati Inaya. "Aku pergi jumpa Aileen."
Inaya hanya diam.
"Dia nak tangguh pengajian satu semester jadi dia akan lama ada di Malaysia. Aku harap kau tak jumpa dia untuk bagitahu apa-apa tentang kita," kata Iskandar tiba-tiba.
Inaya anggukkan kepalanya tanda faham. Malas mahu bergaduh.
"Kenapa kau diam ni?" soal Iskandar tidak puas hati kerana tiada riak cemburu yang terukir di wajah Inaya.
"Saya tengah tenangkan fikiran saya bukan tengah serabutkan otak saya."

YOU ARE READING
MEMORIES
Romance[COMPLETED] Malay romance + sendu + super cliché Iskandar Zulkarnain ❤️ Inaya Fareeha "Hanya berharap dia terus berada dalam memori aku" -Inaya "Berharap yang aku dapat lupuskan dia dalam memori aku" -Iskandar Short story© 21/03/21 -11/02/2024