BAB 43

4.1K 185 1
                                    

Jangan lupa votes & comments ❤️

Inaya berhenti melangkah apabila melihat satu meja panjang yang dipenuhi oleh 10 orang lelaki. Dia kenal mereka geng bola keranjang Iskandar ketika di universiti dahulu. Syed Adib pun ada. Dia mula tidak sedap hati.

"Yang kau berhenti ni kenapa?" soal Iskandar.

"Semua lelaki. Seganlah saya," balas Inaya.

"Kau paksa aku kahwin dengan kau tak segan pula? Tak payah mengada! Cepat jalan!" arah Iskandar lalu menarik Inaya mengikut langkahnya.

Mereka berjalan mendekati meja tersebut. Iskandar menarik kerusi untuk Inaya namun Inaya enggan untuk duduk segan melihat semua mata lelaki memandang dirinya. Iskandar segera memaksa Inaya untuk duduk lalu mengambil tempat duduk di sisi Inaya.

"Inilah isteri aku, Inaya." Iskandar mula memperkenalkan Inaya. "Aku kenalkan sekali lagi memandangkan ada yang tak hadir majlis tertutup kami,"

Mata Syed Adib tidak lepas memandang Inaya. Inaya mula tidak senang duduk.

"Apa tujuan kau nak kenalkan isteri kau ni?" soal Akif di hujung meja. Iskandar tergelak.

"Seperti korang semua tahu, Inaya ni dah lama sukakan aku sejak dulu lagi dia tergila-gilakan aku. Jadi aku mahu korang semua ucapkan tahniahlah untuk Inaya sebab dah berjaya dapatkan aku," kata Iskandar sinis sambil menjeling ke arah Inaya.

Inaya memandang Iskandar dari sisi tidak percaya. Jadi tujuan lelaki itu bawa dia berjumpa kawan-kawan sepermainan lelaki itu semata-mata mahu memalukan dirinya.

Beberapa orang kawan-kawan Iskandar ketawa mengejek lalu mengucapkan tahniah kepada Inaya. Inaya mula tidak selesa.

"Iskandar saya nak balik!" bisik Inaya.

ig: floradaniella_
Tiktok: floradaniella_

MEMORIESWhere stories live. Discover now