BAB 79

6.2K 278 2
                                    

Jangan lupa votes & comments ❤️

Follow ig & wattpad saya sekali.

PANG!

"Apa yang kamu fikir Iskandar?" soal Tengku Zulaikha. Airmata wanita separuh abad itu tidak henti mengalir akibat perbuatan bodohnya. "Sampai hati kamu lukakan hati Inaya! Kami malu nak bersua muka dengan Faris selepas kamu bawa Aileen masuk dewan tadi!"

"Kamu ini berapa tahun Iskandar?" soal Tengku Ismail. "Dah dewasa! Kamu tak boleh ke berfikiran matang macam Haydar?" soal Tengku Ismail. Haydar hanya diam di hujung presidential suite itu.

"Sampai Is umur berapa mummy dan daddy nak atur hidup Is?" soal Iskandar kepada kedua orang tuanya.

"Kami tahu apa yang terbaik untuk kamu!" tegas Tengku Ismail. Iskandar tersenyum sinis.

"Jadi kenapa paksa Is kahwin dengan Inaya sejak kami muda lagi?" soal Iskandar tidak puas hati. "Dari dulu Is pendam sahaja semua benda! Mummy dan daddy selalu lebihkan soal syarikat sampai paksa Is kahwin dengan pembunuh abang kandung Is sendiri!" jerit Iskandar.

PANG!

Sekali lagi pipi Iskandar menjadi mangsa tamparan Tengku Zulaikha. "Inaya bukan pembunuh Tengku Ilyas Zayed! Abang kamu yang pilih untuk selamatkan Inaya! Kamu jangan tuduh Inaya bukan-bukan. Apa yang terjadi semua kerana qada' dan qadar Allah SWT. Umur Ilyas tak panjang kerana itu takdir dia. Inaya juga tak minta untuk diselamatkan. Semua terjadi kerana izin Allah SWT. Jadi jangan salahkan sesiapa Iskandar. Itu takdir yang tersurat," ulas Tengku Zulaikha panjang lebar.

"Haydar... kamu hantar Iskandar ni balik atau temankan dia di mana-mana bilik hotel ini," arah Tengku Ismail.

"Baik Pak Long," sahut Haydar lalu mendekati sepupunya itu.

MEMORIESWhere stories live. Discover now