BAB 89

8.6K 915 37
                                    

Jangan lupa votes & comments 🌼

ISKANDAR menyandarkan belakangnya pada sofa. Matanya ditutup menghilangkan segala lelah. Berita yang dia dengar hari ini sangat kurang menyenangkan.

"Iskandar... awak nak air?" soal Inaya yang baru sahaja turun dari tingkat atas.

Iskandar membuka matanya lalu memandang isterinya. Inaya mengerutkan dahinya melihat Iskandar. Pandangan lelaki itu nampak lain.

"Iskandar awak okey tak?" soal Inaya lembut.

Iskandar menekup wajahnya dengan kedua belah tapak tangannya. Inaya segera mengambil tempat duduk di sisi suaminya.

"Ada apa-apa yang berlaku antara awak dan Aileen ke?" soal Inaya lagi. Dia tidak berani untuk menyentuh lelaki itu hanya mampu melihat begini.

Iskandar mengangkat wajahnya sambil merenung Inaya dengan mata yang berkaca.  "Ini bukan soal Aileen tapi ini tentang kau dan aku," balas Iskandar.

Inaya mengerutkan dahinya.

"Aku jumpa Abang Alfan tadi. Dia tanya tentang kau..."

"Iskandar... saya minta maaf sebab..." cantas Inaya sebelum Iskandar menghabiskan kata-katanya.

"Kau memang tak akan bagitahu aku tentang hal ni, kan?" soal Iskandar tanpa sempat Inaya menghabiskan kata-katanya. "Aku ni suami kau tapi aku dapat tahu berita penting tentang kau dari orang lain," kata Iskandar kecewa.

"Iskandar saya minta maaf. Saya... saya tak nak susahkan awak lagipun beberapa minggu ni awak ada masalah dengan mommy, daddy dan Aileen jadi saya tak mahu bebankan awak dengan masalah saya. Hal saya tak penting pun jadi saya tak bagitahu awak soal ni," jelas Inaya sambil merenung wajah suaminya.

"Kenapa kau berhenti kerja dari syarikat keluarga kau?" soal Iskandar sambil menentang mata Inaya.

Inaya mula menundukkan dirinya. "Saya rasa untuk beberapa bulan ni... saya hilang diri sendiri. Jadi tak fokus kerja dan banyak benda yang tak elok berlaku dan menyusahkan orang lain. Jadi saya minta kebenaran papa untuk tarik diri dari syarikat," balas Inaya.

Iskandar menarik tangan Inaya lalu menggenggam tangan isterinya erat. "Aku suami kau dan kau isteri aku. Apa-apa hal walaupun aku ada masalah kau perlu bagitahu aku," kata Iskandar lembut.

"Tapi saya tak nak bebankan awak. Lagipun awak benci saya. Jadi masalah saya akan menyusahkan awak," balas Inaya dengan mata berkaca. "Lagipun kita akan berpisah nanti," sambung Inaya.

Iskandar mengetap giginya lalu menarik tubuh Inaya ke dalam pelukannya. "Aku tak benci kau. Masalah kau tak akan bebankan aku," ucap Iskandar lembut.

"Saya minta maaf Iskandar sebab tak bagitahu awak awal-awal soal hal ni," pinta Inaya sambil meregangkan pelukan suaminya. Dia tidak mahu dianggap mengambil kesempatan terhadap suaminya itu.

"Aku maafkan kau tapi lain kali kalau hal yang penting macam ini bagitahu aku terlebih dahulu daripada orang lain," pesan Iskandar. Inaya anggukkan kepalanya mengerti.

800+ votes to unlock 🔓 next chapter.

Laju ye korang votes. Saya dahlah busy🥺 jadi kita letak tinggi sikit biar lambat sikit😂

MEMORIESWhere stories live. Discover now