BAB 103

5.8K 666 59
                                    

Jangan lupa votes dan comments 🌼

ISKANDAR jatuh melutut di hadapan Inaya. Airmatanya dibiarkan jatuh ke pipi tanpa henti. Sakit. Jadi inilah yang dirasakaj oleh Inaya setiap kali dia melukai wanita itu.

"Aku cintakan kau, Inaya..." ucap Iskandar lagi.

Inaya menutup matanya sambil mengeluh berat. Dia turut melutut di hadapan suaminya lalu kedua belah bahu lelaki itu dia pegang erat. Wajah suaminya itu dia tenung lama.

"Awak tak cintakan saya Iskandar," kata Inaya. "Awak tak cintakan saya..."

Iskandar menggelengkan kepalanya. "Sungguh aku cintakan kau sejak dulu," balas Iskandar.

"Macam mana saya nak percaya kalau sebelum ni awak langsung tak tunjukkan semua tu. Awak ada Aileen. Awak tak cintakan saya Is.... Awak hanya kasihankan saya sebab saya sakit," ucap Inaya. Tangannya dikepal menahan rasa.

"Lepas kita berpisah... awak akan bebas dari saya. Awak tak perlu rasa terbeban lagi," sambung Inaya.

Iskandar yang dari tadi tertunduk mengangkat wajahnya merenung Inaya. Dia menggelengkan kepalanya tidak bersetuju.

"Selepas itu kau akan lupakan aku macam itu sajakan? Ingatan kau pada aku akan hilang...." kata Iskandar.

Inaya terdiam.

"Aku tak mahu itu semua terjadi... aku cintakan kau. Kau mahu percaya atau tidak, aku tak kisah. Aku tahu perasaan aku. Aku mahu berada di sisi kau walaupun kau tak mahukan aku lagi," ucap Iskandar lagi.

Inaya bangun. "Saya bukan Inaya Fareeha yang dulu Iskandar. Saya bukan Inaya yang mahukan awak lagi. Saya bukan Inaya yang letakkan harapan 100 peratus supaya awak cintakan saya. Kalau awak nak pergi awak pergi. Saya tak kisah tentang awak lagi," kata Inaya tegas.

"Aku akan cari cara untuk pulihkan kau!" kata Iskandar yakin.

Inaya tersenyum hambar. "Awak lihat mama saya macam mana, kan? Saya tak akan pulih...."

"Kau isteri aku! Aku tahu kau kuat. Lagipun sekarang... banyak teknologi canggih jadi isteri aku akan pulih," tegas Iskandar.

INAYA termenung di sisi papanya. "Inaya dah buat keputusan tapi dia tak mahu dengar pun permintaan Inaya, papa..." keluh Inaya.

Tan Sri Faris memeluk bahu anaknya. "Beri peluang pada Is. Saat-saat macam ni Inaya perlukan banyak sokongan dari orang-orang terdekat," kata Tan Sri Faris lembut.

Airmata Inaya jatuh lantas dia menggelengkan kepalanya. "Inaya tak mahu rosakkan masa depan dia. Lagipun dia layak dapat perempuan lebih baik buat apa dia mahu bersama Inaya? Sedangkan sejak dulu dia bencikan Inaya?" soal Inaya.

Tan Sri Faris terdiam. "Mungkin sekarang masanya Is nak tebus balik kesalahan dia pada anak papa ni..."

"Inaya tak perlukan dia papa. Inaya mahu akhiri segalanya dengan baik sebelum memori Inaya hilang sepenuhnya," ucap Inaya. Airmatanya dilap.

620 votes dan 100 comments to unlock 🔓 next chapter

MEMORIESWhere stories live. Discover now