BAB 127 [ENDING]

1.7K 178 19
                                    

10 TAHUN KEMUDIAN,

Iskandar melangkah mendekati Inaya yang sedang termenung di bangku berhadapan dengan pantai.  Sejak dua tahun lepas ingatan Inaya semakin memburuk jadi untuk menenangkan Inaya,  Iskandar membuat keputusan untuk mereka sekeluarga berpindah ke rumah peranginan keluarganya di Pulau Langkawi. 

"Inaya Fareeha... " panggil Iskandar lembut sambil mengambil tempat duduk di sisi Inaya. 

Inaya menoleh ke arah Iskandar dengan kerutan wajah lelaki itu dia pandang lama.  Pandangannya kosong tanpa perasaan. 

Iskandar seakan sedar yang pandangan Inaya yang mula berubah terhadapnya.  Dia segera meletakkan tangannya di atas kekura tangan milik Inaya namun dengan pantas Inaya menepis dengan wajah yang kurang senang diperlakukan begitu. 

"Encik ini siapa?  Kenapa encik nak sentuh-sentuh saya?" soal Inaya sambil bangun dari duduknya kurang senang apabila dia perlu duduk bersebelahan dengan lelaki itu. 

Bagai renjatan halalintar,  Iskandar seakan terkejut dengan situasi yang dia alami sekarang.  Dia segera bangun dari duduknya dan tangan isterinya dia paut. 

"Inaya...  Ini abang,  Inaya ingat abangkan? " soal Iskandar lembut. 

Inaya pantas menggelengkan kepalanya.

"Saya tak ada abang!  Saya ada kakak je." Pantas Inaya membalas lalu segera membuka langkahnya meninggalkan lelaki asing itu.  Langkahnya diatur tanpa hala tuju.  Ke mana dia mahu pergi?  Dia berada di mana sekarang?  Di mana papa?  Di mana Kak Izara?

Iskandar pantas memaut lengan Inaya dan mengenggamnya erat.  "Abang suami Inaya.  Sayang ingat abang, kan?" soal Iskandar seakan terdesak menghadap situasi yang dia alami sekarang ini. 

Inaya menepis pegangan Iskandar sambil menggelengkan kepalanya.  "Saya tak kenal encik!  Kenapa encik desak saya macam ini?" soal Inaya kurang senang.  Kakinya diatur menjauhkan diri dari lelaki asing itu namun lelaki itu lebih pantas menyainginya. 

"Rumah kita kat sana sayang," kata Iskandar sambil menunjukkan ke arah rumah peranginan mereka.  Inaya tidak akan pergi jauh kerana rumah itu berpagar namun yang meresahkan Iskandar kawasan pantai di hadapan rumah itu tidak berpagar. 

Inaya memandang rumah itu kosong sambil menggelengkan kepalanya.  "Ini bukan rumah keluarga saya!  Encik kena hantar saya balik!" tegas Inaya yang mula memberontak. 

"Sayang kita dah tinggal dekat sini dua tahun dan usia perkahwinan kita dah nak masuk 15 tahun.  Did you remember?" soal Iskandar lembut. 

Inaya pantas menggelengkan kepalanya menolak fakta yang diutarakan oleh Iskandar.  "Saya baru enam belas tahun.  Macam mana saya boleh berkahwin dengan encik?" soal Inaya dengan mata berkaca.  Entah kenapa dia berasa kecewa dan sedih dengan situasi yang sedang dia alami sekarang. 

"Abang Tengku Iskandar Zulkarnain...  budak lelaki yang Inaya suka.  Did you remember me?" soal Iskandar lembut. 

Inaya meneliti wajah Iskandar lama.  Wajah lelaki itu sangat matang berbanding Iskandar Zulkarnain yang dia bayangkan. 

"Iskandar tak sukakan saya... Macam mana kita boleh berkahwin?" soal Inaya sambil merenung wajah Iskandar. 

"Kita dah saling mencintai Inaya.  Abang cintakan sayang.  Abang cuma budak lelaki yang bodoh dulu sekarang abang sayangkan Inaya dan keluarga kita.  Jadi... tolong ingat abang," lirih Iskandar bersuara.  Airmatanya sudah tidak dapat ditahan lagi. 

"Tapi...  saya tak ingat apa-apa," balas Inaya perlahan. 

Iskandar pantas menarik tangan Inaya dan diusap lembut.  "Dementia... you have the same disease with your mother.  Sebab itu sayang tak ingat apa-apa tentang kita sekarang dah lebih dua puluh tahun berlalu dari usia sayang yang enam belas tahun itu.  Kita dah ada anak dua orang Isa dan Iris.  Did you remember them?" soal Iskandar. 

MEMORIESWhere stories live. Discover now