BAB 110

3.6K 419 26
                                    

Jangan lupa votes dan comments 🌼

SUNSET Dinner Cruise. Iskandar mahu Inaya menunaikan permintaan terakhirnya iaitu mereka makan malam bersama di atas bot. Iskandar menempah sepenuhnya bot itu untuk mereka berdua ditemani oleh seorang pemandu bot.

Mereka berjalan beriringan menerusi jeti untuk ke bot. Iskandar nampak senyap dan muram dari biasa. Inaya cuba sebaik mungkin menayangkan riak selambanya.

"Dah sampai." Iskandar menghentikan langkahnya sambil memaut tangan isterinya. Mereka saling berpandangan. Iskandar tersenyum hambar merenung wajah Inaya.

Pipi Inaya yang kemerahan itu diusap lembut. "Untuk terakhir kali ni boleh sayang buat sesuatu untuk abang?" pinta Iskandar.

"Awak nak apa lagi?" soal Inaya.

"Naik saja atas bot tu abang nak kita pakai topeng." Inaya mengerutkan dahinya mendengar jawapan Iskandar.

Iskandar mengangkat tangannya seperti memegang sesuatu walaupun di tangannya itu kosong. "Bayangkan ini topeng," kata Iskandar sambil merenung Inaya melalui mata coklat cair itu.

Iskandar berpura-pura seperti memakai topeng pada wajahnya. "Topeng ini untuk kita berlakon yang kita ni pasangan suami isteri paling bahagia di muka bumi ini," sambung Iskandar tidak lepas merenung wajah isterinya.

Inaya terdiam. Dia mahu menangis namun airmatanya dia tahan. Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan lelaki itu. Dia kuat walaupun tanpa lelaki itu!

"Abang janji. Untuk buat Inaya bahagia abang akan tinggalkan Pulau Langkawi sebelum Subuh esok." Iskandar berjanji lagi.

"Tapi tolong sekali ini saja abang minta kita berlakon jadi pasangan bahagia. Itu sahaja yang abang minta. Abang tak pernah bahagiakan Inaya selama ini walaupun ini hanya sekadar lakonan at least untuk kali ini saja abang dapat rasai kebahagiaan bersama sayang."

"Kalau itu yang awak mahu saya akan tunaikan." Inaya menjawab setelah lama lelaki itu menanti jawapannya.

"Terima kasih sayang," ucap Iskandar.

Iskandar dan Inaya sama-sama naik ke bot itu. Mereka berdiri di hadapan bot sambil berpegang pada palang. Bot itu bergerak sebaik sahaja 10 minit mereka naik.

"Indahkan ciptaan Allah?" Inaya anggukkan kepalanya mendengar soalan Iskandar. Mereka sama-sama menghayati pemandangan yang terhidang.

Air laut yang bersinar kerana pantulan matahari pukul 6.00 petang itu mengindahkan suasana. Langit berwarna jingga itu sangat indah kerana matahari sudah mahu terbenam sekejap sahaja lagi.

"Boleh abang peluk sayang?" Tanpa menunggu balasan dari Inaya, Iskandar memeluk tubuh wanita itu dari belakang. Ubun-ubun kepala isterinya dia kucup lembut.

"Kita sedang berlakon kan?" soal Inaya.

"Ya..." sahut Iskandar perlahan.

"Inaya cintakan abang sangat-sangat," ucap Inaya tiba-tiba. Iskandar kaku di belakang Inaya. Airmata jantannya yang ditahan dari tadi jatuh. Dia tahu itu sekadar gimik dari Inaya kerana mereka sedang memakai topeng.

Iskandar mencabut topeng khayalan yang dipakai sejak tadi. Dia mahu meluahkan apa yang di betul-betul rasai pada wanita itu.

"I love you sayang... Abang sangat cintakan Inaya," ucap Iskandar.

Inaya yang memegang palang besi pada bot itu menahan rasa. Dia mahu menangis. Dia mahu memeluk lelaki itu namun takdir mereka berbeza. Iskandar lebih bahagia tanpanya.

Inaya memusingkan badannya menghadap Iskandar. Dia mempamirkan senyuman manis kepada lelaki itu. Senyumannya mengendur apabila melihat airmata yang mengalir dari mata suaminya.

Mata Inaya berkaca melihat Iskandar begitu. Dia menekup wajah suaminya lalu tersenyum hambar.

"Terima kasih atas kenangan manis yang awak beri pada saya. Awak tahu apa impian saya dulu?" soal Inaya. Iskandar merenung isterinya.

"Impian saya adalah memiliki Tengku Iskandar Zulkarnain. Impian saya tercapai! Walaupun hanya sebentar Allah pinjamkan waktu ini untuk kita berdua bersama, saya dah cukup bahagia!"

Inaya tersenyum. Airmatanya jatuh ke pipi.

Iskandar tidak lepas merenung wajah cantik isterinya. Untuk terakhir kali ini dia mahu merenung wajah itu sepuas hatinya. Tubuh Inaya yang kecil itu terus ditarik ke dalam dakapannya.

Inaya memeluk leher suaminya. "Terima kasih untuk hubungan yang halal ini Iskandar Zulkarnain. I loved you and I really do."

Esakan Iskandar kedengaran. Inaya meregangkan pelukannya. "Jangan menangis untuk saya Iskandar. It's not worth it. You deserve better," bisik Inaya perlahan.

"Pemandangan dekat sini cantik kan?" soal Inaya mengubah topik. Airmatanya dikesat.

"Ya, cantik sangat." Iskandar menjawab dengan mata yang tidak lepas memandang wajah indah isterinya.

"The sunset is beautiful isn't it?" soal Inaya sambil merenung ke dalam anak mata suaminya.

Iskandar anggukkan kepalanya setuju. "Yes, it is."

Votes dan comments banyak2 tau🤍 jemput juga baca cerita GHOST🥺

MEMORIESWhere stories live. Discover now