Chapter 1

12.6K 212 13
                                    

Bonjour!

Hai and assalamualaikum everyone! Hari ni adalah hari yang ditunggu tunggu oleh followers saya, iaitu hari terbitnya novel The Last Love🤍. Ini adalah novel saya yang ke dua untuk sad genre, persoalannya.. adakah novel ini sad ending seperti Love From MR Pilot?

Hmm, entah saya pun tak pasti. Kalau nak tahu kesudahan novel ni, mestilah kena baca sampai habis kan? Sorry lah, saya ni memang suka novel-novel yang sedih.. sebab kebanyakannya apa yang berlaku dalam setiap novel saya ni dia berkaitan dengan kehidupan reality

So.. I hope you guys enjoy this novel, with tears I guess? Jangan lupa vote  okay? Byee🖤

WARNING !

TERDAPAT BANYAK KESALAHAN BAHASA, DAN GRAMMAR YANG TUNGGANG LANGGANG. KALAU RASA DIRI MUDAH TURN OFF, JANGAN BACA NOVEL INI SEBAB AUTHOR KEKURANGAN MASA UNTUK RECHECK AND EDIT BALIK !

******

The future is depends on what we do today
- Maya Darena
____________________________________

"Arghhhh!!"

Secara automatik kepala ku menoleh pada suara yang menjerit itu, kaki terus berlari untuk mendekati pemilik suara itu. Dah kenapa menjerit malam-malam buta ni?

Dari jauh sudah terlihat susuk tubuh seorang gadis yang kelihatan sangat ketakutan, jarinya menunding-nunding pada sesuatu objek. "Kenapa dengan kau ni?!" Soalku dengan cemas, mata masih mencari objek yang ditunjuk gadis itu

"Ada binatang terbang! Tadi dia melekat dekat tangan aku!" Jeritnya. Terkebil-kebil aku apabila mendengar kata-kata yang di ajukan olehnya. Binatang? Terbang?

Baru sahaja mulut aku ingin bersuara, mata aku tertumpu pada seekor lipas yang sedang merayap mendekati aku. Membuntang mata aku apabila lipas itu mula terbang dan mendarat pada baju tidur pajamas yang dipakai aku malam ini

"Arrghhhhh lipas tak guna!" Lipas itu aku tepis dengan sekuat hati, belum cukup dengan itu. Aku memijak haiwan itu dengan menggunakan selipar, tak kisah lah selipar baru ke mahal ke yang penting haiwan terbang ni mati!

Dengan sekuat hati aku menghentak kaki, gadis itu mendekati aku lalu menyuruh aku berhenti. Kaki diangkat untuk memastikan bahawa lipas itu masih hidup ataupun tidak, hampir terjatuh rahang kami berdua apabila melihat lipas itu sudah penyet

"Weyh penyet!" Ujarku dengan nada terkejut, gadis yang berada disebelah aku sudah ketawa terbahak-bahak melihat lipas itu

"Hahahaha macam mana tak penyet kalau kau hentak dia mengalahkan gollum Maya Darena oi?" Kata gadis itu dengan sisa tawa yang masih tersedia, aku turut ketawa apabila mendengar kata-kata itu

Ada betul juga, aku memang anti dengan haiwan yang merayap lepastu suka hati je terbang dekat orang! Ha kan dah penyet kau Encik Lipas, padan muka!

"Kau pun satu, malam-malam buta menjerit mengalahkan terserempak dengan hantu! Sedar tak sekarang ni dah pukul dua pagi Adriane Dayana?" Tanya aku seraya berpeluk tubuh, ada gaya mak-mak marah anak tak? Hahaha

Gadis itu tersengih sumbing membuatkan aku menjelingnya tajam. "Jangan cakap kau berjaga malam-malam ni sebab tengah message semua scandal-scandal kau tu?" Gerutuku, bukan tak tahu kawan aku ni macam mana? Sana sini melayan, orang panggil apa? Sasimo?

"Alah relax lah sikit Maya, umur masih muda dan malam masih muda" Jawabnya dengan selamba, mata aku jegilkan padanya tanda memberi amaran

"Apa-apa jela Yana, aku nak tidur. Kalau kau menjerit sekali lagi, aku pijak kau penyet macam lipas ni. Nak?" Amaran aku itu membuatkan tawanya meletus

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now