Chapter 15

2.7K 84 1
                                    

The coldest people you meet, were once as soft as water. That's the tragedy of living in this world
- Maya Darena
____________________________________

Tengku Darren berpeluk tubuh sambil memerhati aku, namun aku hanya buat bodoh. Maggie goreng yang baru sahaja sampai itu aku suakan kedalam mulut

"Auch!" Melecur lidah aku, panas!

Bibir lelaki itu tersenyum senget. "Kau ni pun satu, maggie tu baru aje masak. Kau dah masuk dalam mulut, memang panas lah jawabnya" Dia membebel sambil menghulurkan tisu kepada aku, tangan pantas mencapai huluran tersebut

Haih Maya, kenapa lah kau terlampau clumsy ni? Memalukan aje. "Kenapa awak tak order makanan?" Aku bertanya, sebelah kening Tengku Darren terangkat

"Awak?"

Aku ketap bibir. "Maaf, maksud saya kenapa Tengku Darren tak pesan makanan?" Aku memperbetulkan ayat aku, Tengku Darren hanya menayangkan reaksi muka dingin

"Jangan panggil aku Tengku Darren, boleh di katakan 24 hours kau panggil aku dengan panggilan tu" Dia bersuara seakan akan tidak berpuas hati, aku menjelingnya

"Habis tu saya nak panggil apa?"

"Apa yang kau suka"

Tangan rasa gatal nak cekik orang, tapi aku terpaksa tahan. Sebab? Dia boss aku dan dia lelaki bukan mahram bagi aku, tanpa berkata apa-apa. Aku menyuakan maggie goreng itu kedalam mulut, kali ini memang aku dah tiup awal-awal. Tak mahu pisang berbuah dua kali

Hm nikmatnya! Maggie itu dikunyah perlahan lahan untuk mengambil mood yang hilang gara-gara lelaki dihadapan aku ini

Tengku Darren hanya memerhati aku yang sedang makan. "Awak nak?" Pelawa aku sambil menyuaka garfu kepadanya, lelaki itu menggeleng

"Maggie bahaya untuk kesihatan, kalau asyik makan maggie lama-lama boleh botak kepala kau" Ujarnya. Aku buat-buat tak dengar, apa yang botaknya?

Ramai orang cakap kalau makan maggie nanti jadi bodoh, masalahnya yang tak makan maggie pun sama aje bodohnya. Entah kenapa tiba-tiba rasa nak lepaskan hajat kecil, aku teguk air putih itu lalu memandang Tengku Darren yang sedang bermain telefon

"Saya nak pergi tandas" Aku berkata, dia memandang aku dengan pandangan yang pelik

"Nak aku teman?"

Aku membulatkan mata kepadanya, aneh aneh lah boss aku hari ni. Beg dihulurkan pada Tengku Darren lalu aku berjalan mengikuti signboard untuk pergi ke tandas

****

Pintu bilik dibuka dengan luas lalu beg tangan diletakkan diatas meja, tanpa menghiraukan Yana yang sedang bercekak pinggang dihadapan pintu itu. Aku melompat keatas katil, oh indahnya dapat tidur

Hari ni memang penat, dari pagi sampai maghrib aku keluar. Yana menghampiri aku lalu dia duduk disebelah, memandang aku dengan senyuman menyakat

"Seronok keluar dating?" Yana bertanya pada aku dengan sengihan nakal, aku hanya buat bodoh. Dating? Bila masa aku keluar dating dengan Tengku Darren?

"Kau pergi mana aje?" Soalnya lagi, aku masih lagi diam. Memejamkan mata dengan rapat, banyak tanya pula minah senget ni. Aku mengantuk ni

"Pantai lepas tu makan" Aku menjawab dengan malas, tak tipu. Sekarang ni aku rasa mengantuk sangat, baru sahaja Yana ingin membuka mulut lagi. Aku meletakkan jari telunjuk pada bibirnya, menyuruh dia diam

"Aku nak tidur"

Menghalau? Ya, tepat sekali! Gadis itu mencebikkan bibir, namun dia tetap keluar daripada bilik. Mungkin dia faham dengan keadaan aku

.

.

.

"Bangun, Maya!"

Comforter yang menyelimuti tubuh aku di tarik kasar oleh Yana, aku mendengus geram. Tidak berpuas hati apabila Yana menganggu tidur aku

"Aku penat, Yana! Bagi lah aku tidur lagi sepuluh minit, masih pagi!" Aku bersuara dalam keadaan mamai, gadis itu bercekak pinggang memandang aku

Mata dipejam, malas nak melihat muka Yana yang konon-kononnya garang itu. Tangan aku mula meraba-raba diatas katil untuk mencari kembali comforter, namun secara tiba-tiba ada satu tangan menarik aku dengan kuat membuatkan tubuh aku berdiri sepantas kilat

Terpisat-pisat aku memandang kawasan sekeliling, apabila aku sudah sedar yang Yana menarik aku dengan paksaan. Serta merta satu bantal dicapai lalu dibaling tepat pada wajahnya, aku tersenyum puas

Yes, puas hati aku! Yana menjegilkan anak matanya pada aku, nampak wajah gadis itu berona merah kerana kemarahan. Aku turut bercekak pinggang

"Kau kenapa pagi-pagi dah memekak suruh aku bangun? Hari ini kan boss bagi aku cuti, apa lagi yang nak di bising-bisingkan lagi?" Soalku tidak berpuas hati, wajahnya di tenung tajam

Yana menunding jari pada sesuatu objek, secara automatik aku menoleh pada jam dinding itu

Jam sudah menunjukkan pukul 11:45 minit pagi, membulat anak mata aku. Weyh serious lah? Aku tidur lepas maghrib tau semalam, bila bangun dah nak tengahari?!

Nasib baik Allah bagi aku cuti, jadi tak perlu lah aku tergesa-gesa nak pergi ambil wudhu lepastu qada'. "Pergi mandi lepas tu turun makan, aku ada sesuatu nak bincang dengan kau dekat bawah" Ujarnya lalu dia menghulurkan tuala yang berwarna putih itu kepada aku

"Tak mahu"

Tajam sahaja pandangan mata gadis itu menikam wajah aku, aku? Hanya buat muka selamba sahaja, aku mendengus geram

"Fine!" Aku mencapai hulurannya lalu menapak masuk kedalam bilik air

****

Usai mandi dan memakai pakaian, aku turun kebawah. Kelihatan Yana sedang duduk dimeja makan sambil menunggu kehadiran diriku, sampai saja dihadapan Yana. Kerusi ditarik lalu aku melabuhkan punggung berhadapan dengan Yana, mata aku turun pada hidangan yang disedia kan oleh Yana

Ada nasi lemak dan beberapa jenis kuih, tak lain tak bukan. Memang dia beli dekat kedai Mak Leha yang berhampiran dengan rumah kami, tangan gadis itu ligat menuangkan teh panas kedalam cawan. Dia hulurkan kepada aku

"Boss suruh aku bagitau kau yang esok kita akan ada meeting untuk anniversary syarikat yang ketiga kalinya, jadi semua pekerja mesti hadir esok sebab katanya ada beberapa orang tetamu VVIP yang akan datang. Boleh di katakan tetamu tu semua nya pernah menjadi client Tengku Darren" Aku lihat Yana berhenti seketika, dia menghirup teh itu

"Yang paling special, kita akan berjumpa dengan Dato' Megat dan juga adik Tengku Darren. Tengku Luthfy Dzafren" Kedengaran suaranya sangat teruja, dahi aku berkerut

"Oh dia ada adik? Lagi satu, kenapa waktu dekat office kita tak pernah jumpa dengan ayah da adik dia?" Tanya aku hairan, besar sangat ke jawatan yang adik dia pegang?

Yana menjongket bahunya, menandakan dia juga tidak tahu. "Mungkin sebab tu LA Darren's Holding? Syarikat boss sendiri, untuk apa keluarga dia kerja dengan dia? Mesti ayah dan adik dah ada syarikat sendiri"

Ada betul juga kata-kata Yana itu. "Tapi aku hairan lah, kenapa boss dingin sangat? Dia mana pernah senyum!" Pertanyaan Yana itu membuatkan aku tersenyum nipis

"The coldest people you meet, were once as soft as water. That's the tragedy of living in this world" Ujarku bersahaja, Yana hanya diam

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 09/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now