Chapter 62

2.3K 59 4
                                    

My body has given me the greatest gift of my life
- Maya Darena
______________________________________

Kubur arwah papa ditatap sepi, usai saja pengebumian. Semua orang beransur pulang ke rumah masing-masing, Yana cakap Aunty Mona dah ditahan polis atas kes bunuh. Puas hati aku, cuaca yang panas terik tiba-tiba berubah menjadi mendung. Seolah-olah turut berduka cita dengan apa yang dihadapi oleh aku sekarang ni, kali ini yang berada di sebelah aku bukan Yana.. tapi Tengku Darren. Kerana apa? Kerana gadis itu diuji dengan period cramps

Lelaki itu memeluk bahu aku erat, ingin menyalurkan kekuatan kepada aku untuk menjalani hari-hari yang penuh kejam ini.

"Awak.. kenapa dunia ni terlalu kejam dengan saya? Apa dosa saya sampai Allah uji saya macam ni sekali? Saya tak kuat Darren, sumpah saya tak kuat" Lemah saja aku bersuara, nadaku bergetar. Apa lagi ujian yang Allah akan beri dekat aku? Kenapa hanya aku yang di uji? Kenapa aku?

"Shh.. jangan cakap macam tu Maya, kalau arwah papa dan mama masih ada. Mesti dia orang sedih bila tengok keadaan Maya macam ni, bukan setakat mereka.. abang pun sedih" Pujuknya dengan nada yang paling lembut, kepala digelengkan berkali-kali

Tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh suami aku tadi. "Sepuluh tahun lepas saya kehilangan mama, kenapa hari ni saya pun kehilangan papa saya? Awak tahu kan, saya tak pernah dapat kasih sayang papa sebaik saja arwah mama meninggal. Tapi kenapa.. kenapa bila hubungan saya dan papa dah pulih macam dulu, Allah jemput dia pulang? Kenapa awak? Saya memang tak layak ke untuk bahagia? Saya tak layak ke untuk rasa kasih sayang dari keluarga saya?" Kata-kata aku itu terus membuatkan Tengku Darren terdiam

Mata aku tak henti-henti menatap kubur papa yang masih lagi basah, bagaikan telah ditakdir oleh Allah. Kubur papa dan mama bersebelahan saja, dan itu membuatkan hati aku semakin sakit. Semakin deras air mata mengalir, papa.. mama.. Maya tak kuat.

"Abang akan ada dengan Maya, selagi nafas abang terhembus, selagi Allah masih berikan kesempatan untuk abang hidup di dunia ini.. abang janji yang abang tak akan tinggalkan Maya. Itu janji abang dan abang nak Maya ingat sampai bila-bila" Sedikit sebanyak hati aku menjadi tenang, apatah lagi bila aku berada didalam pelukan Tengku Darren

Aku bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat memahami, terima kasih ya Allah

.

.

.

Dua bulan sudah berlalu dari peristiwa yang menyakitkan itu, hari ini adalah hari dimana aku perlu jumpa doktor. Dah tiga hari kepala aku asyik berdenyut, selalu muntah-muntah dan yang paling aku hairan bila aku tak boleh bau badan suami aku. Bila aku bersembang dengan mommy, katanya aku mengandung. Persoalannya, betul ke?

Sebenarnya selepas beberapa hari arwah papa meninggal, aku dah terlanjur buat sesuatu dengan suami aku. Ya.. hilang sudah Maya Darena yang cakap nak fokus pelajaran dulu sebelum ada anak, dan sekarang kau pula yang menyesal?

Aku keluar dari perut kereta sebaik saja tiba di klinik, mana suami aku? Hari ni dia kerja, awal-awal pagi lagi dia keluar untuk mesyuarat. Jadi terpaksalah aku drive kereta seorang diri dengan kepala yang berdenyut-denyut ni

"Hai Puan Maya, datang seorang aje ke hari ni? Mana Tuan Darren?" Sapa Doktor Afiqah sambil tersenyum manis, aku membalas senyumannya. Kalau nak tahu, dia lah doktor peribadi ahli keluarga Tengku Darren.

"Haah datang seorang je, Darren cakap dia ada kerja.. jadi saya datang seorang aje lah" Jawabku mesra, aku duduk diatas kerusi berhadapan dengan Doktor Afiqah.

"Okey jadi, Puan Maya sakit apa?"

"Erm.. saya tak pasti lah kenapa, tapi dah tiga hari berturut-turut saya muntah dan pening kepala. Lagi satu, setiap kali suami saya peluk saya aje mesti akan ada satu bau yang busuk. Tapi bila tanya mommy dengan daddy dia orang cakap badan Darren tak berbau pun" Terangku panjang lebar, aku harap dia fahamlah apa yang aku cuba sampaikan ni.

Berkerut dahi Doktor Afiqah, nampak seperti dia sedang menulis sesuatu di atas kertas. "Kalau macam tu, apa kata Puan Maya ikut saya" Arahnya, aku angguk lalu mengikuti langkahnya untuk masuk kedalam satu bilik

****

"Tahniah! Puan Maya mengandung dab kandungan baru aje tiga minggu!" Penuh teruja Doktor Afiqah berkata, hampir terpengsan aku dibuatnya. Biar betul?! Macam mana aku boleh mengandung ni?

"Betul ke ni doktor?" Bagaikan masih tidak percaya, aku menyoalnya. Aduhai macam mana sampai boleh mengandung ni Maya? Kau sedar tak yang kau tengah sanbung belajar ni?

Namun terbit rasa gembira dihati aku, alhamdulillah ya Allah. "Betul Puan Maya, alhamdulillah akhirnya Dato' Megat dengan Datin Mawar dapat timang cucu" Sakatnya membuatkan aku ketawa

"Tapi, kenapa saya tak boleh bau badan suami saya?" Tanya aku, sebenarnya aku masih lagi tak faham. Biasanya orang lain kalau alahan, dia cuma alahan yang biasa-biasa aje. Tapi persoalannya, kenapa aku alahan dengan suami aku?

"Alahan dengan suami tu benda yang normal untuk orang mengandung, jangan risau sebab alahan tu akan hilang bila kandungan dah berusia beberapa bulan. Nanti saya akan bekalkan Puan Maya beberapa paket vitamin, yang penting Puan Maya perlu jaga kesihatan diri sendiri dan kesihatan bayi dalam perut tu. Jangan ambik gula yang berlebihan sangat" Pesan Doktor Afiqah panjang lebar, aku mengangguk

"Terima kasih doktor" Ucapku sebaik saja kami berpelukan, aku keluar dari bilik itu lalu duduk diatas kerusi besi yang disediakan. Tangan perlahan-lahan mengusap perutku yang masih kempis, mestilah kempis sebab usia kandungan ni baru aje tiga minggu kan?

Apa lah agak-agaknya reaksi suami aku nanti bila dapat tahu yang aku mengandung? Mesti dia gembira kan sebab hajat dia untuk ada anak dengan aku tercapai? Bibir tersenyum manis

'Assalamualaikum baby.. tak sangka dah tiga minggu baby ada dalam perut mama, mesti papa happykan kalau dapat tahu yang mama mengandung? Mama doakan baby sihat tau, walaupun sekarang ni mama masih lagi belajar.. tapi mama harap mama kuat. Terima kasih ya sebab hadir dalam perut mama' Bisik aku di dalam hati, bercakap dengan bayi yang ada dalam perut seolah-olah bayi tu boleh bercakap juga

Agak-agak kalau bayi dalam kandungan ni bercakap, memang aku lari tak cukup tanah lah gamaknya. Yer dok?

My body has given me the greatest gift of my life, thank you Allah!

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 26/02/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now