Chapter 33

2.7K 76 4
                                    

It's okey, I wouldn't choose me either
- Luthfan Darren
____________________________________

"Kau masih marahkan aku?"

Pertanyaan Tengku Darren itu membuatkan aku terdiam, aku pun tak pasti. Masih ada kah perasaan marah itu selepas aku tahu peristiwa sebenar? Untuk apa aku marah kalau ini bukan salah dia?

"Kenapa pula saya marahkan awak?" Soalku kembali, ingin menarik tali dengan si dia. Dahi Tengku Darren berkerut

"Mana aku tahu" Penuh selamba lelaki itu menjawab, aku menyandarkan badan ke belakang lalu memejamkan mata. Malas rasanya mahu menjawab pertanyaan itu, lebih baik aku tidur

"Orang cakap dengan dia, boleh pula dia buat aku ni macam tak wujud dekat sini" Bebel Tengku Darren membuatkan aku ketawa, entah kenapa rasa lawak dengar dia membebel macam makcik-makcik

"Siapa saya untuk marah awak? Lagi pun tak ada masa lah saya nak marah-marah, nanti cepat tua" Aku tersengih

Tengku Darren mencebik

"Kalau macam tu, jom kahwin?"

Membuntang terus mata aku, tangan laju aje menepuk bahu lelaki itu menggunakan bantal. Dah sewel ke apa tiba-tiba ajak aku kahwin? Terhambur tawa Tengku Darren

Amboi, sedap dia ketawakan aku? Siap tekan lagi perut dia gara-gara seronok gelakkan aku!

"Awak gila ke apa?" Marahku, terhenti tawa Tengku Darren. Dia mula manayangkan riak wajah yang serius membuatkan aku menelan liur

"Yes, I am. I'm crazy of you, young lady"

Berdebar-debar jantung aku mendengar kata-kata itu. Wahai jantung, kenapa kau berdegup macam nak melompat keluar dari tubuh ni?

"Nonesense! Awak tu dah ada isteri" Serta merta aku menekup mulut, baru teringat yang dia sudah bercerai dengan Leona

"Daddy belum cerita?" Mendengar saja persoalan lelaki itu membuatkan sebelah kening aku terjongket, apa maksud dia Dato' Megat belum cerita?

"Cerita apa?" Aku menyoal, saja buat-buat tak tahu. Aku nak dengar daripada mulut dia, nak tahu kebenarannya macam mana

"Leona bekas isteri aku, jadi tiada lagi istilah yang aku dah kahwin. Rasanya tak ada masalah kut kalau aku ajak kau kahwin sekarang ni, kan?" Bibir lelaki itu tersengih nakal, aku menjeling

Memang sah mamat ni dah buang tabiat! Tiba-tiba ajak aku kahwin, dah sewel agaknya otak dia ni. "Kenapa awak cerai dengan dia?" Aku bertanya, sebelah kening Tengku Darren naik

"Kenapa nak tahu?"

"Sebab nak tahu" Pantas aku menjawab membuatkan lelaki itu ketawa, seketika aku juga turut ketawa. Perwatakan lelaki ini sangat berbeza dengan lelaki yang aku kenal sebelum ni

"Aku cerai dengan dia sebab daddy yang suruh, faham?"

Berkerut dahi aku. "Kenapa dia suruh awak ceraikan Leona? Sedangkan awak memang cinta mati dekat perempuan tu?" Sekali lagi aku menyoal

Tengku Darren hanya menjongket bahu, dapat aku rasakan lelaki ini menyorokkan sesuatu dari aku. Namun aku hanya buat bodoh saja, tak ada hak untuk tahu. Mungkin?

"Maya" Panggilan Tengku Darren itu membuatkan aku menoleh padanya, bulat mata aku bila memandang ada satu kotak kecil yang berwarna kelabu. Dikotak itu tertulis satu perkataan.

Dior

Dior

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now