Chapter 60

2.5K 58 6
                                    

I've got nothing, except sadness.
- Maya Darena
______________________________________

"Kenapa papa tak cakap awal-awal lagi dekat Maya? Kenapa papa mesti rahsiakan penyakit ni?" Soalku, mata aku tepat memandang wajah papa yang sedang menunduk itu. Yana pula berdiri disebelah aku

"Papa malu dengan Maya.. selama ni papa layan kamu dengan teruk, papa pukul Maya, papa biarkan Maya hidup sendirian tanpa kasih sayang keluarga.."

Aku terdiam apabila melihat air mata yang mengalir diwajah papa, serta merta aku mengeluh perlahan. "Selama ni Maya cuba untuk bencikan papa, tapi Maya tak boleh dan Maya tak sanggup. Sebab apa? Sebab dalam fikiran Maya masa tu, hanya papa seorang aje ahli keluarga Maya.. Maya tak ada mak saudara ataupun sepupu. Sebab papa dengan arwah mama, dua-dua anak tunggal. Jadi siapa lagi ahli keluarga yang Maya ada selain papa? Walaupun papa buang Maya dari hidup papa selama bertahun-tahun, Maya tetap anggap yang papa ni ayah kandung Maya" Panjang lebar aku berkata, sedar tak sedar air mata aku turut mengalir

"Arwah mama meninggal disaat papa melafazkan talak! Arwah mama meninggal, betul-betul dihadapan Maya dan Maya nampak dengan mata Maya sendiri kali terakhir arwah mama menghembuskan nafas! Papa rasa semua ni adil ke untuk Maya?" Bergetar suaraku menyoal, namun papa hanya diam sambil menunduk

"Jawab papa!" Tengking aku, pantas Yana menarik bahu aku. Menyuruh aku duduk dan bertenang, wajah diraup kasar.

"Papa tahu papa salah Maya.. papa tak sepatutnya biarkan Maya pergi, papa tak sepatutnya curang dengan mama kamu, papa tak sepatutnya buat semua tu! Maafkan papa.." Rayuan papa itu membuatkan hati aku bertambah sakit, kenapa baru sekarang papa sedar? Kenapa papa?

"Papa sepatutnya sedar benda ni dari awal lagi, sebelum arwah mama meninggal lagi! Papa tahu tak betapa deritanya hidup Maya selepas Maya kehilangan semuanya? Maya tak dapat fokus dalam pelajaran Maya! Maya dipandang rendah oleh kawan-kawan Maya dekat sekolah gara-gara kematian seorang ibu! Maya dicurangi oleh lelaki yang Maya cinta, sama macam apa yang papa pernah buat dekat arwah mama dulu! Papa tahu tak, Maya cemburu sangat dengan anak perempuan yang dapat kasih sayang dari ayah mereka? Anak perempuan yang dapat berlindung dari dunia yang penuh kekejaman ni dibelakang badan ayahnya? Dan.. yang paling sakit sekali.." Nafas cuba diatur, teresak-esak aku menangis.

"Maya hampir dirogol.. tapi papa ada ke disamping Maya? Papa langsung tak ada dekat sini untuk jaga Maya!" Sambungku, basah lecun wajah aku gara-gara air mata yang mengalir tak henti-henti

Kelihatan wajah papa kaget, dia menggeleng kepalanya berkali-kali. "Papa salah dengar kan? Siapa yang berani buat macam tu dekat Maya? Cakap dekat papa sekarang Maya!" Desak papa membuatkan aku tersenyum nipis, dah terlambat pun papa..

Papa meraup wajahnya kasar, mungkin kesal dengan apa yang dia telah buat pada aku selama ni. Yana yang berada disebelah aku turut mengalirkan air mata, hanya Yana saja yang tak pernah tinggalkan aku.

"Selama ni Maya tanggung derita Maya seorang diri, sebab Maya tak ada siapa-siapa pun dalam hidup Maya! Setiap malam.. Maya fikir cara untuk dapatkan balik kebahagiaan Maya yang papa dah hancurkan, tapi apa yang Maya dapat?" Aku tersenyum sinis, entah setan apa yang sedang merasuki aku sekarang. Aku pun tak tahu, yang pasti aku ingin luahkan semua derita aku pada papa.

"I've got nothing! Except sadness."

Papa mengubah posisi duduknya, dia menghadap kearah aku. Wajahnya penuh dengan linangan air mata. "Papa tak tahu apa lagi yang papa patut buat untuk Maya maafkan papa, tapi tolonglah Maya. Papa betul-betul menyesal dengan apa yang papa pernah buat dulu, maafkan papa.." Teresak-esak lelaki itu menangis, tanpa fikir panjang aku terus memeluk erat tubuh papa

Menangis didalam pelukannya, ya Allah aku rindukan kehangatan ini. Akhirnya aku dapat rasakan kembali hangatnya pelukan seorang ayah, terima kasih ya Allah!

"Maya dah lama maafkan papa, setiap kali selepas solat Maya akan minta dekat Allah supaya Allah ampunkan dosa papa, dosa arwah mama dan juga dosa Maya. Sebab apa? Sebab Maya nak bertemu dengan ahli keluarga Maya dekat syurga nanti, Maya tak sanggup kalau salah seorang dari kita ada yang masuk neraka. Tak akan pernah lengkap kehidupan di syurga, tanpa seorang ayah" Pujuk aku sambil menggosok perlahan belakang papa

"Assalamualaikum" Serentak kami mengerling kearah empunya suara, Tengku Darren mengukir senyuman lalu menghampiri kami. Sempat dia bersalaman dengan papa

"Kalau Maya nak tahu, papa dapat nombor Maya dari Darren lah. Rasanya kalau bukan sebab suami kamu ni, kita tak akan berpelukan macam tadi kan?" Bongkar papa, aku membuat isyarar pada Tengku Darren tanda terima kasih

Tengku Darren duduk disebelah aku. "Ini semua takdir Allah, saya cuma lakukan apa yang patut" Sengih lelaki itu, terangguk-angguk kepala papa

"Macam mana meeting dengan Tan Sri Azizi tadi?" Tanya aku, kelihatan badan Tengku Darren tegang seketika

"Alhamdulillah project dan diteruskan semula, oh ya.. Tan Sri ada kirim salam untuk Maya" Dengar saja ayat yang terakhir itu membuatkan aku cebik bibir, namun salam masih tetap dijawab

"Abang nak turun pergi beli makanan kejap, Maya dengan Yana ada nak apa-apa tak?" Soal Tengku Darren prihatin

Aku pandang papa dan Yana bergilir ganti. "Saya nak nasi goreng kampung dengan teh ais, papa nak makan apa?" Tanya aku, kelihatan dahi papa berkerut seperti menahan kesakitan. Namun apabila aku menoleh padanya, dia menayangkan senyuman

"Bubur ayam pun boleh"

Entah kenapa rasa tak sedap hati, aku pandang Yana. "Kau nak makan apa?" Tanyaku lagi

"Eh buat apa susah-susah nak bungkus? Menyusahkan aje nanti nak naik atas makan, korang bertiga pergi lah makan dekat bawah. Papa nak rehat sekejap"

"Mana boleh, nanti siapa nak jaga papa?" Bantah aku, macam mana kalau jadi apa-apa dekat papa?

"Papa okey, sayang. Papa cuma nak rehat sekejap aje, kamu pergilah makan dengan Darren dan Yana" Tekan papa lagi, terbit rasa kesian dihati aku

"Kalau macam tu okey lah, papa rehat lah dulu ya? Nanti Maya tapaukan bubur ayam dekat papa"

"Eh sekejap." Tengku Darren mengeluarkan telefon pintarnya dari poket

"Abang nak ambilkan gambar Maya dengan papa, nanti bolehlah kita simpan dalan albums" Tersengih suami aku sambil berkata, aku dan papa mengangguk kepala. Dapat aku rasakan tangan papa yang memeluk bahu aku, aku turut membalas pelukannya

"Satu.. dua.. tiga!"

Beberapa keping gambar diambil, macam-macam gaya aku buat. Ada gambar yang aku kucup pipi papa, ada pula gambar yang papa kucup pipi aku. Aku tersenyum senang sebelum bangkit dari katil papa

Kami bertiga keluar daripada wad papa, berat sebenarnya hati aku nak tinggalkan papa tapi papa cakap papa nak rehat kan?

Sampai saja dikedai makan, aku memesan nasi goreng kampung manakala Yana memesan maggie goreng basah. Suami aku pula katanya kenyang, dah makan dengan Tan Sri Azizi tadi. "Kenapa saya rasa tak sedap hati eh?" Tanya aku pada Tengku Darren, macam ada sesuatu yang tak kena aje

"Perasaan kau aje kut? Kenapa? Ada sesuatu yang bermain difikiran kau ke?" Balas Yana, aku hanya diam. Entah aku pun tak pasti, kenapa firasat aku kuat mengatakan akan ada kejadian buruk yang berlaku pada papa.

Tapi persoalannya apa dia?

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 22/02/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now