Chapter 47

2.6K 67 4
                                    

Missing your mom and not being able to see her is the worst feeling ever.
- Maya Darena
______________________________________

"Perlu ke mandi bunga ni?" Tanya aku sambil menayangkan wajah kesal, malam ini adalah malam berinai untuk aku. Yana bercekak pinggang sambil membesarkan matanya kepada aku

"Mestilah perlu! Mandi bunga ni untuk naikkan seri wajah, lagi satu mandi bunga ni boleh menyegarkan badan kau sebab dalam bunga tu ada khasiat" Ujar Yana panjang lebar, aku memutarkan mata keatas. Eleh, aku tak mandi bunga pun dah naik seri okey!

TOK! TOK! TOK!

Wajah Raisha tersembul disebalik pintu, dia tersengih. Ada lah tu nak mengusik orang! "Amboi-amboi ada orang tu dah nak kahwin lah, awal-awal benci lama-lama jadi suami!" Usik Raisha membuatkan aku mencebikkan bibir

"Tak baik tau mengusik" Cebikku membuatkan Yana dan Raisha ketawa, aku tersenyum. Walaupun aku anak tunggal, tapi dengan kehadiran Raisha dan Yana mampu untuk mengubati luka di hati aku. Sekurang-kurangnya tak adalah aku rasa sunyi, yer dok?

"Ketawa-ketawa juga, sekarang ni lebih baik kau pergi mandi. Orang dah sediakan bunga dah pun dalam bath tub tu!" Arah Yana lagi, aku tetap berkeras tak mahu. Kali ni Raisha pula menjegilkan matanya

"Kenapa tak nak mandi bunga? Orang nak kahwin perlu mandi bunga tau tak, dah sekarang ni pergi mandi cepat sebelum akak dengan Yana yang mandikan Maya" Ugutan Raisha itu membuatkan aku menjuihkan bibir

Bencilah!

Dengan gaya protes, aku bangun dari katil. Kaki dihentak-hentak dengan kuat seperti anak kecil yang baru saja dimarahi oleh ibunya, tuala dicapai dari tangan Yana dengan kasar lalu di jelirkan kepada mereka berdua. Aku masuk kedalam tandas untuk mandi bunga

Dapat aku dengar gelak tawa Yana dan Raisha, huh mesti dorang tengah ketawakan aku!

*****

Usai saja mandi bunga, aku, Yana dan Raisha turun ke tingkat bawah. Aku hanya mengenakan baju kurung berwarna biru laut dan tudung shawl berwarna putih, dari jauh lagi aku nampak badan tegap dan sasa milik Tengku Darren. Bagaikan teringat sesuatu, aku menggigit bibir

"Wah sedondon!" Usik Yana. Aku menjelingnya tajam, Tengku Darren segak memakai baju melayu yang berwarna biru laut. Seketika hati aku cair apabila melihat lelaki itu, tak sangka yang aku dan Tengku Darren akan berkahwin esok. Kami tidak bertunang, sebab kata daddy benda baik perlu dipercepatkan. Jangan tangguh-tangguh, aku?

Hanya redha.

Tengku Darren memusingkan badan, serta merta badan aku kaku apabila mata kami bertembung. Lelaki itu ukir senyuman hingga menimbulkan lesung pipit, tanpa sedar aku turut mengukir senyuman kepadanya.

"Ehem, kalau iya pun nak eye contact. Berinai lah dulu ya, kesian dekat makcik inai tu" Semakin galak Raisha mengusik aku, Yana ketawa membuatkan aku mencebikkan bibir.

Kami mendekati Makcik Anggun yang sedang duduk bersila, apabila perasan dengan kehadiran kami itu. Makcik Anggun mengukir senyuman. "Haa sampai pun kamu ni Maya, lama tau makcik tunggu kamu. Mana kamu pergi tadi?" Tanya Makcik Anggun, aku tersenyum kekok

"Maaflah sebab buat makcik tunggu lama, tadi saya baru aje lepas mandi bunga dekat tingkat atas" Penuh sopan santun aku berkata, terangguk angguk kepala Makcik Anggun mendengar alasan aku

"Seronok tak mandi bunga? Makcik ingat lagi waktu dulu-dulu, benda paling makcik tak sabar nak buat ialah mandi bunga. Hampir setiap hari makcik cakap dekat suami makcik, bila nak mandi bunga? Sampai suami makcik pun naik pening" Tersengih Makcik Anggun bercerita, kami ketawa geli hati

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now