Chapter 76

2.5K 62 2
                                    

It makes me smile knowing that my sweet little baby is half me, and half the person I love
- Maya Darena
______________________________________

Wajah polos sang suami ditatap lembut, tenangnya wajah suami aku ni bila tidur. Langsung tiada kedut di muka, tiada lagi dahi yang berkerut gara-gara menahan amarah dan tiada lagi nada suara yang kasar disaat berbicara. Jam dinding dikerling, jam sudah menunjukkan pukul 3:15 minit pagi. Aku tak boleh tidur!

Sekarang kandungan aku sudah masuk sembilan bulan dan macam-macam perkara yang bermain didalam fikiran aku sekarang! Doktor cakap yang aku dan Tengku Darren perlu bersiap sedia, mungkin bila-bila masa aje baby akan keluar.

Macam mana kalau aku kalah dalam peperangan ni? Macam mana kalau aku tak sempat jumpa dengan anak aku sendiri? Macam mana kalau Allah jemput aku pulang disaat aku sedang bertarung nyawa untuk melahirkan anak yang aku dan Tengku Darren nanti-nantikan?

Astaghfirullahaladzim Maya! Kenapa fikiran kau melencong sampai ke situ? Ajal dan maut itu ditangan Allah, kau perlu redha Maya. Seketika aku mengusap lembut perut aku yang sudah membesar, tiba-tiba perasaan sebak mulai menghantui diri

'Assalamualaikum anak mama.. tak lama lagi anak mama ni dah nak keluar dari perut mama dah, mesti tak sabarkan nak tengok dunia luar?' Aku bermonolog didalam hati, dapat aku bayangkan betapa comelnya anak aku nanti. Agak-agak dia ikut muka siapa eh? Muka aku ke? Atau muka suami aku?

'Mama harap anak mama ni jadi anak yang soleh, anak yang mentaati perintah Allah dan anak yang sentiasa berjaya didunia dan diakhirat. Kalau nanti Allah takdirkan yang kita tak sempat bertemu, tolong jagakan papa tau?' Sambung aku lagi, tak semena air mata aku mengalir. Ya Allah aku mohon, jangan ambil nyawa aku ya Allah. Izinkan aku untuk mengucup pipi anak aku ya Allah, izinkan aku untuk memeluk anak aku ya Allah dan izinkan aku untuk melihat anak aku ya Allah.

"Maya? Kenapa ni? Kenapa Maya menangis? Sakit perut ke? Maya dah nak bersalin ke?" Bertubi-tubi soalan yang ditanya oleh Tengku Darren, dia menekan suis lampu untuk melihat wajah aku

Kepala digelengkan perlahan. "Saya terkejutkan abang ke?" Soalku dengan suara yang serak gara-gara menangis tadi, Tengku Darren menyeka air mata aku lalu dia turut menggelengkan kepala

"Tak sayang.. abang terjaga bukan sebab Maya, ceritalah dekat abang apa yang jadi? Kenapa isteri abang yang comel ni menangis, hmm?" Tanya Tengku Darren sambil tangannya mencuit hidung aku, tersengih aku dibuatnya. Aku mula menceritakan sebab aku menangis tadi dari awal hingga akhir, lelaki itu tersenyum kecil

"Insyaallah tak ada apa-apa Maya, banyakkan berdoa dan tawakal. Abang tak sukalah bila Maya fikir macam tu, abang tak sanggup tau untuk hidup tanpa Maya? Abang sangat cintakan Maya, jadi tolonglah jangan tinggalkan abang."

"Maya tahu tak? Kalau doktor beri pilihan untuk abang pilih, siapa yang abang mahu selamatkan.. diantara Maya atau anak kita. Abang akan selamatkan isteri abang, sebab apa? Sebab tiada siapa pun yang boleh gantikan tempat Maya, cukuplah Maya seorang saja cinta terakhir abang" Sambungnya lagi sambil mengucup pipi kanan aku

Aku turut mengucup pipi Tengku Darren, ini lah sebabnya kenapa aku sangat cintakan dia.. Tengku Darren sentiasa ada untuk tenangkan aku setiap kali aku rasa down.

"Maya nak bagi nama apa untuk anak kita?" Soal Tengku Darren, tangannya menggenggam tangan aku erat

"Tuan Arfhan Hareez. Maksud nama Arfhan ialah kebijaksanaan, dan maksud nama Hareez ialah terpelihara. Jadi maksudnya Arfhan Harrez ialah kebijaksanaan yang terpelihara, abang rasa sesuai tak?" Terangku panjang lebar, bulat mata aku menatap sang suami yang sedang tersenyum

Dia mengangguk. "Alhamdulillah sesuai sangat, pandai isteri abang pilih nama" Pujian Tengku Darren itu membuatkan aku tersengih kecil, tangan kanan lelaki itu naik mengusap lembut perut aku. "Hai, assalamualaikum Arfhan Hareez.. anak lelaki kesayangan papa. Cantiknya nama anak papa, pandai mama Arfhan pilih kan? Papa dengan mama tak sabar sangat untuk jumpa Arfhan, bila dah keluar dari perut mama nanti.. jadi anak yang soleh tau sayang? Papa sayang anak papa, okay?" Usai berkata, Tengku Darren tunduk mengucup perut aku

Senyuman masih terhias dibibir aku, beruntungnya aku dapat suami yang penyayang macam Tengku Darren. Terima kasih ya Allah. "Kenapa Maya senyum?" Sengaja Tengku Darren menyoal begitu, aku memeluknya dengan erat

"It makes me smile knowing that my sweet little baby is half me, and half the person I love" Bisikku membuatkan Tengku Darren ketawa kecil, dia membalas pelukan aku lalu mengucup pipi kanan aku

"Abang sayangkan Maya." Bisik lelaki itu ditelinga aku membuatkan aku mendongak menatap wajahnya, dari mata yang berwarna hitam pekat itu.. aku nampak keikhlasan.

"Saya tahu, saya pun sayangkan abang juga. Malahan saya lebih mencintai dan menyayangi abang, lebih daripada diri saya sendiri"

Lama kami bertentangan mata. "Dan.. saya harap sangat, kalau suatu hari nanti Allah takdirkan saya untuk pulang ke sisi Nya. Abang tolong jagakan Arfhan dengan baik, tolong bimbing dia untuk jadi anak yang soleh dan mampu untuk taat dengan semua perintah Allah. Boleh.. abang janji dengan saya?" Serius aku menyoal, air mata yang bertakung itu akhirnya mengalir membasahi pipi. Air muka Tengku Darren berubah

"Maya.. abang tak sukalah bila Maya cakap macam ni, abang yakin yang isteri abang ni kuat. Abang yakin yang Maya mampu bertahan untuk abang, dan untuk anak kita yang akan lahir nanti.. jadi tolonglah Maya, tolong kuat untuk kita."

"Abang janji, yang abang akan bersama dengan Maya dalam labour room tu. Abang akan.. abang akan beri semangat untuk Maya, supaya isteri abang ni kuat untuk bertahan demi anak kita, demi kita, dan demi keluarga kita" Penuh lirih Tengku Darren berkata, dapat aku lihat ada air mata yang mengalir diwajahnya

"Insyaallah abang."

______________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 09/03/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

Jangan lupa vote setiap bab🤍✨

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now