Chapter 34

2.6K 81 2
                                    

I have told you before, you will always be mine.
- Luqman Rayyan
____________________________________

Canggung.

Ya, itu yang aku rasakan sekarang. Suasana senyap sepi, hanya bertemankan alunan musik radio saja. Seketika jari jemari lelaki itu mengetuk stereng kereta, namun Tengku Darren langsung tidak membuka mulut

Apa yang aku patut buat?

"Awak" Aku memanggil, namun macam apa yang aku cakap tadi. Tiada sahutan dari lelaki itu, aku ketap bibir kerana geram

"Saya cakap dengan awak ni, dengar tak?" Soalku kesal, bengang betul lah dengan dia ni. Dua hari dia palau aku, buat macam aku ni tak wujud. Hari ni masih lagi nak buat aku ni macam tunggul?

"Dengar" Sepatah saja lelaki itu menjawab, makin sebal hati aku. Aku pusingkan tubuh ke kanan, menghadap wajah lelaki itu yang sedang fokus memandu

Mata dijegilkan kepadanya, masih lagi tak puas hati. "Kenapa dengan awak ni? Termasuk harini, dah tiga hari tau awak buat saya ni macam tak wujud dalam hidup awak. Saya cakap dengan awak, boleh pula awak buat-buat pekak. Awak ingat saya ni apa, patung?" Marahku geram

Seketika sebelah kening lelaki itu terjongket, dia memandang kearah aku dengan pandangan dingin

"Nak apa?" Dingin saja Tengku Darren menyoal membuatkan aku menjelingnya tajam, menyampah betul lah!

"Awak tanya saya nak apa? Sepatutnya awak tanya diri awak, apa yang awak nak!" Aku menjawab, masih lagi tak puas hati dengan lelaki ini

"Kahwin dengan kau"

Terbantut niat aku untuk menjawab sebaik saja aku mendengar kata-kata lelaki itu, seketika aku mengeluh. Namun Tengku Darren meletakkan jari telunjuknya dibibir tanda menyuruh aku diam

"Jangan risau, aku tak akan paksa kau untuk kahwin dengan aku. Tapi aku nak kau tahu sesuatu.." Tengku Darren sengaja menghentikan percakapannya, dia memberi signal ke kiri lalu memparkir kereta nya ditepi

Tengku Darren turut memusingkan badan sadonya, menghadap aku

"Aku akan buat apa saja, supaya kau terima lamaran aku. Cepat atau lambat, aku tahu kau akan terima juga lamaran aku. Sebab dekat sini.." Tengku Darren meletakkan telapak tangannya pada dada sebelah kiri, lalu dia menepuk perlahan

"Dalam hati kau, ada aku"

Zzuuppp!

Bibir aku terkunci rapat, seolah-olah tidak mampu untuk membalas lagi. Betul kah dalam hati aku, tertulis nama Tengku Darren? Dia mengukir senyuman hingga menampakkan kedua-dua belah lesung pipitnya, perlahan-lahan wajahnya mendekati wajah aku membuatkan aku terundur kebelakang. Ingin menjauh dari wajahnya

"Ke.. kenapa dekat-dekat ni?" Dengan gagap aku menyoal, deruan nafas lelaki itu lembut menyapa wajahku

"Kita dah sampai, kau tak mahu turun?" Soal lelaki itu dengan nada berbisik di telinga aku, serta merta bulu roma aku berdiri tegak. Mata melilau melihat kawasan sekeliling

Oh betul lah, memang dah sampai di kolej aku. Aku gigit bawah bibir, tangan mencapai beg lalu menolak dada Tengku Darren untuk menjauh. Lelaki itu akur sebelum dia tersenyum senget

Cepat-cepat aku keluar daripada perut kereta, baru saja ingin menutup pintu kereta. Tengku Darren bersuara

"Kau balik dengan siapa?"

"Dengan Yana, kenapa?" Tanya aku

Tengku Darren menggeleng kepalanya, dia menyuruh aku menutup pintu. Belum sempat aku ingin mengucapkan terima kasih, pantas kereta mewah itu memecut

Cis, biadap betul!

****

Yana duduk disebelah aku, nampak gayanya dia baru aje sampai. Beg tangan di letak diatas meja lalu dia menjeling aku, tersengih aku melihat gelagat perempuan itu

Macam budak-budak

"Apa sengih-sengih? Ingat lawa ke sengih macam tu?" Soal Yana

"Ada orang merajuk dengan kita lah, dia ingin kita nak layan ke dia punya merajuk tu?" Sengaja aku berkata begitu, membulat terus mata Yana membuatkan aku ketawa terbahak-bahak

"Ish benci lah kau ni, nak merajuk sikit pun tak boleh! Kalau kau merajuk nanti, memang aku buat bodoh aje" Yana berkata dengan nada tidak berpuas hati, aku hanya tersenyum geli hati

Baru saja ingin membuka kelab gossip, secara tiba-tiba ada satu tangan yang melekat diatas bahu aku. Serta merta aku menepis tangan tersebut dengan kasar, jelingan tajam dihadiahkan pada lelaki itu.

Luqman Rayyan.

"Apa kau buat ni?! Selamba aje sentuh anak dara orang, tak ada maruah ke?!" Tengking aku kuat, tak ada adab betul lah mamat ni. Dia ingat aku ni isteri dia ke nak peluk-peluk macam tu?

Rayyan tersenyum, terselit sinis didalam senyuman lelaki itu. "Anak dara? Awak masih ada dara ke? Tadi saya nampak awak dalam kereta dengan seorang lelaki, dari luar lagi nampak macam kau orang tengah berciuman" Kata Rayyan. Berkerut dahi aku bila mendengarnya, Yana memandang aku dan Rayyan silih berganti

"Jangan fitnah sesuka hati, kalau kau tak tahu cerita. Jangan reka cerita!" Marah Yana pula, masih lagi menyebelahi aku

Mujurlah saat ini tiada sesiapa dekat dalam kelas, kalau tak mungkin akan ada orang yang memandang serong pada aku

"Fitnah? Aku tak fitnah dia, aku nampak dengan mata kepala aku sendiri. Lelaki tu cium Maya, bakal isteri aku!"

Terhinjut bahu aku mendengar jerkahan Rayyan, mamat ni dah gila ke apa? Tiba-tiba aje cakap aku berciuman dengan Tengku Darren?

Namun mata aku membulat bila teringat tentang sesuatu, adegan Tengku Darren yang tiba-tiba mendekatkan wajahnya tadi. Aduhai, Tengku Darren ni pun satu! Tak pasal-pasal orang ingat aku berciuman dengan dia tadi!

"Kau memang dah gila kan, Rayyan? Siapa yang nak jadi isteri kau? Kalau perangai kau yang kasanova, yang panas baran dan yang ego tinggi ni. Perempuan mana yang nak kahwin dengan kau?!" Aku membidas, wajah Rayyan yang putih mula menjadi merah

Dia menunding jari pada aku, bibir lelaki itu tersenyum manis. Membuatkan aku merasa seram sejuk, mamat ni memang psiko!

"Maya... Maya, awak lupa ke yang awak ni akan jadi milik saya? I have told you before, you will always be mine! Tak ada sesiapa yang boleh rampas awak dari saya, sebab awak memang tercipta untuk saya" Sebaik saja dia berkata begitu, Rayyan mendekati aku setapak demi setapak

Baru saja aku ingin menjerit, Sir Farish masuk kedalam kelas. "Ada apa-apa yang berlaku, Rayyan?" Soalnya dengan nada tegas, alhamdulillah terima kasih ya Allah sebab datangkan seseorang

"Nothing, sir" Lelaki itu mula menjauhkan diri dari aku, pantas Yana menarik lengan aku. Memeluk aku dengan erat, badan merasa seperti menggigil

Jujur aku takut dengan lelaki psycho!

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 23/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now