Chapter 19

2.5K 89 4
                                    

The worst kind of hurts is betrayal, because it means someone was willing to hurt you just to make themselves feel better
- Adriane Dayana
____________________________________

Usai majlis makan-makan, kami berbual tentang beberapa topik hangat. Yang sukar untuk dipercayai ialah, Luthfy pun turut serta untuk membawang ya!

Sesekali mata aku mengerling meja yang disebelah aku, boleh tahan jauh juga. Budak perempuan itu bernama Sara Adhia dan berumur setahun dua bulan, beberapa kali juga aku tanya dia orang ni apa hubungan Tengku Darren dengan Puan Leona. Tapi mereka seolah-olah mengelak dari menjawab soalan aku, termasuklah Luthfy

Aku mengeluh perlahan, perasaan ingin tahu betul-betul sedang berperang dengan diri sendiri sekarang ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku mengeluh perlahan, perasaan ingin tahu betul-betul sedang berperang dengan diri sendiri sekarang ni. Seorang pengacara majlis naik diatas pentas, semua mata kini tertumpu padanya. Dia memegang mikrofon itu lalu diketuk perlahan

"Testing one two three, one two and three. Okey, jadi majlis kita akan diteruskan dengan menjemput Leona Adhia selaku isteri kepada Tengku Luthfan Darren untuk memberi sepatah dua ucapan kepada suaminya yang tercinta. Dipersilakan!"

Aku terkedu, tiba-tiba aku rasa dunia bagaikan berhenti berputar dan jam seolah-olah turut berhenti berdetik. Hati bagaikan ditusuk dengan belati yang tajam, dapat aku rasakan beberapa mata sedang memandang kearah aku termasuk Luthfy.

Isteri Tengku Darren? Benarkah apa yang aku dengar sebentar tadi?

Ma.. macam mana boleh terjadi? Baru saja dua hari lepas, Tengku Darren cakap yang dia tiada teman wanita. Tapi.. macam mana tiba-tiba dia dah ada anak dan isteri?

Adakah selama ni aku diperbodohkan? Aku angkat wajah untuk memandang Tengku Darren

Zzuuppp!

Lelaki itu turut memandang kearah aku, air mata yang mulai bergenang aku tahan. Aku tak boleh menangis dekat sini, it's too crowded!

Tolonglah sedarkan aku dari mimpi buruk ni! Aku tak sanggup nak hadap semua ni sekali lagi! Tapi sayangnya, lelaki itu kembali melontarkan pandangan kepada Puan Leona. Dia menghadiahkan satu senyuman manis kepada wanita itu

"Maya?" Teguran Luthfy itu aku buat tak endah, sebaliknya aku bangun daripada kerusi

"Saya nak pergi bilik air"

Aku tak sanggup mendengar segala ucapan wanita itu kepada lelaki yang aku cintai. Ya, jujur aku selesa dengan dia dan jujur. Aku dah jatuh cinta kepada lelaki yang bernama Luthfan Darren!

Kedengaran seperti aku sedang bercanda kan? Tapi sayangnya tak, aku betul-betul dah jatuh cinta dengan layanan dia!

*****

Aku memandang sepi dinding yang berada didalam bilik aku dan juga Yana, ya lepas aje kejadian tadi aku terus masuk ke dalam resort untuk menenangkan diri. Bibir terukir senyuman sinis

Mungkin aku yang bodoh? Mungkin aku yang jahat? Mungkin aku adalah seorang perampas?

Aku mengharapkan cinta daripada seorang lelaki yang sudah mempunyai isteri? Malahan dia dah ada anak! Hahaha, lawak kan? Kejadian ini mengingatkan aku tentang hubungan aku dan juga Rayyan, aku dicurangi, aku ditipu dan diperbodoh dengan sangat mudah!

Dan... ini adalah kali kedua, hati aku remuk seremuknya. Hanya kerana lelaki! Kau bodoh Maya, kenapa kau terlampau mudah terpedaya dengan kata-kata dan janji manis lelaki?

Dibuang oleh ayah.

Dicurangi oleh teman lelaki.

Diperbodohkan oleh boss sendiri.

Aku mengukir senyuman pahit, sakit apa lagi yang belum aku rasa? Muka aku ni, memang muka perempuan yang malang? Hahaha, lawak! Air mata yang perlahan mengalir itu dikesat kasar, tak berbaloi untuk menangis kerana lelaki.

TOK! TOK! TOK!

Aku melihat Yana sedang masuk kedalam bilik, air mata yang ditahan itu semakin lama semakin mengalir. Pantas Yana memeluk erat tubuhku, dia mengusap lembut belakang aku

"Shhh aku tahu kau terluka, Maya. Jadi menangislah kalau dengan cara ni, kau dapat sembuhkan luka dekat hati kau" Dia berbisik sambil tangan menepuk-nepuk belakang aku seperti seorang bayi, ya Yana tahu bagaimana cara untuk membuat hati aku tenang

Aku menggeleng, kepala dibenamkan di dadanya. "Kenapa Yana.. kenapa aku selalu diperbodoh oleh lelaki yang aku percaya dan cinta? Aku ni tak layak ke untuk bahagia?" Tanya aku dengan sedu-sedan, jujur aku terluka!

Yana mengeluh

"Kau layak untuk bahagia, kau layak untuk dicintai dan kau layak untuk disayangi. You know what, Maya? The worst kind of hurts is betrayal, because it means someone was willing to hurt you just to make themselves feel better"

Aku diam tidak berkutik, malas mahu berbicara dengan sesiapa. Mungkin aku patut lepaskan dan redha saja? Tiada guna untuk aku terus mencintai Tengku Darren, sudah terang lagi bersuluh lelaki itu sudah berkahwin

Anak dia pun comel

Aku menarik nafas dengan dalam lalu di hembus perlahan-lahan, bantal guling yang empuk itu aku tarik kedalam pelukan lalu tubuh dibaringkan keatas katil

"Jadi kau masih nak teruskan majlis ni? Kalau kau nak balik, aku bagitahu dekat boss yang kau tak sihat. Jadi, macam mana?"

Kepala aku panggung memandang Yana yang sedang merenung aku, lama aku diam. "Teruskan" Akhirnya aku membuat keputusan untuk teruskan majlis ni, macam yang aku cakap lah

Tiada guna kalau aku lari daripada takdir, sebab tiada siapa boleh ubah melainkan Allah. Yana mengukir senyuman lalu dia mengangguk, gembira nampaknya bila aku bersetuju untuk ikut serta. Walaupun aku rasa aku hanya akan menyiksa hati sendiri, tapi untuk menjaga maruah syarikat ini aku akan tetap teruskan

Itu janji aku

.

.

.

Siapa sangka aku boleh bertahan dalam majlis ini hingga hujung? Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 6:45 petang, sebahagian daripada tetamu juga sudah pulang. Selama majlis tadi berlangsung, aku hanya bermain telefon bimbit sahaja. Mata langsung tidak menoleh pada pasangan merpati itu

Pfftt, apa lah agaknya alasan yang Tengku Darren akan cakap dekat aku bila aku tanya dia nanti ya? Secara jujurnya, mungkin aku tak akan bertentangan mata dengannya lagi? Aku mungkin cukup kuat untuk terima kenyataan bahawa dia sudah berkahwin, tetapi untuk berhadapan dengan lelaki itu?

Diri aku tidak akan pernah sanggup untuk itu!

"Maya.. okey tak ni?" Raisha bertanya, tangannya menggenggam tangan kanan aku. Bibir dipaksa untuk mengukir senyum

"Saya okey" Kepala turut mengangguk walaupun hati berkata tidak, namun aku tahu Raisha tidak percaya dengan kata-kata aku itu

Siapa aje yang percaya kalau mata kau ni lebam dan sembap macam kena tumbuk Maya oi?

"Penipu"

Serentak kami berdua menoleh kepada pemilik suara tersebut, Luhtfy Dzafren. Entah daripada mana dia muncul aku pun tak tahu, mata diputarkan keatas. Suka hati dia je cakap aku penipu?

Kalau aku penipu, habis abang dia apa?

"Whatever, mind your own business. Mr Luthfy, saya nak balik ke bilik" Tanpa menunggu balasan sesiapa, aku mengatur langkah meninggalkan majlis itu

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 15/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now