Chapter 77

2.7K 71 4
                                    

Hai assalamualaikum semua! Untuk pengetahuan korang novel The Last Love ni akan berakhir tak lama lagi, korang rasa novel ni sad ending ke happy ending? Cuba comment, oh ya lagi satu.. saya minta maaf kalau chapter ni tak menarik sebab saya tak pernah ada pengalaman dalam labour room. Jadi kalau korang rasa vibes dia tak seberapa, saya minta maaf okey. Jangan lupa vote🤍

*********

You mean more to me than you will ever know
- Maya Darena
______________________________________

Yana memandang kearah aku, wajah gadis itu sudah lecun dengan air mata. "Kenapa kau nangis ni?" Soalku sambil tersenyum kecil, aku tahu kenapa dia menangis. Sebab dia nampak keadaan aku sekarang yang bila-bila masa saja akan melahirkan, pagi tadi perut aku dah mulai sakit.. jadi cepat-cepat Yana membawa aku ke hospital

Mana Tengku Darren?

Aku tersenyum hambar, entah aku pun tak tahu. Dia cakap dia nak temankan aku bila masuk dalam bilik persalinan, tapi mana dia?

"Aku sedihlah Maya, kau tahu kan yang aku sayang sangat dekat kau? Kita kawan dah lama, jadi aku harap kau kuat untuk teruskan perjalanan hidup kau. Tolonglah Maya" Teresak esak gadis itu menangis membuatkan aku menahan sebak, tangan Yana di pegang erat

"Kalau jadi apa-apa dekat aku, kau tolong jagakan anak aku ya?" Ujarku sambil tersenyum nipis, tergeleng geleng kepala Yana. Tidak setuju dekat kata-kata aku tadi

"Jangan cakap macam tu! Aku nak kau dan suami kau jaga anak tu, jaga dia sampai dia besar. Aku tak sukalah bila kau cakap macam tu Maya, aku tak sanggup kehilangan kau"

Baru saja aku ingin membalas, seorang doktor masuk kedalam bilik. "Maaf mengganggu, tapi Puan Maya awak dah boleh masuk kedalam labour room" Ujar doktor itu sambil ukir senyuman, beberapa orang jururawat menolak katil aku keluar daripada bilik tersebut

Yana masih setia mengikuti aku dari tepi, seketika aku menahan sebak. Mana suami aku ni? Aku perlukan dia, tapi mana dia?

"Sekejap" Kata aku membuatkan semua jururawat yang menolak katil aku berhenti, jelas wajah mereka kelihatan bingung

"Kenapa puan?"

"Saya.. perlukan suami saya" Teragak-agak aku berkata membuatkan doktor tersebut ukir senyuman, Yana menghampiri aku dengan lebih dekat lalu memeluk tubuh aku

"Nanti dia sampai lah tu, kau tenang ya?" Bisik Yana. Perlahan-lahan kepala diangguk tanda akur, mereka kembali menolak aku masuk kedalam bilik persalinan. Suasana didalam bilik tersebut membuatkan aku rasa meremang

"Assalamualaikum sayang" Aku toleh ke kanan, kelihatan Tengku Darren sudah siap memakai baju seperti doktor. Terukir senyuman dibibir aku, mata terus berair apabila Tengku Darren mengucup dahi dan pipi aku

"Abang datang? Saya ingatkan abang tak datang! Abang cakap abang nak teman saya sampai saya bersalin.." Sayu aku berkata pada Tengku Darren

"Mestilah abang datang, abang dah janji dengan Maya yang abang akan berada disisi Maya sampailah anak kita lahirkan? You mean more to me than you will ever know" Bisiknya sambil mengusap ubun-ubun aku

"Lagi satu, Maya boleh genggam tangan abang kuat-kuat kalau sakit ya?"

*****

Suasana sekarang kedengaran sangat riuh dengan suara jururawat dan juga doktor yang sedang memberi semangat pada aku, apa yang aku rasa sekarang ialah kesakitan dibahagian wanita. Kepala aku dah mula berpusing membuatkan genggaman tangan aku terhadap Tengku Darren semakin kuat

"Puan! Push lagi puan, kepala anak puan dah nampak!"

"Argh.. sakit!" Jeritku dengan kuat, Tengku Darren yang berada disebelah aku tak henti-henti memberi semangat

"Sikit lagi sayang! Abang tahu Maya boleh, tarik nafas.. lepas tu push sekuat hati!"

Aku akur, perlahan-lahan nafas cuba diatur. Aku menarik nafas lalu dihembus dengan kuat, bilik bersalin ini dipenuhi dengan suara aku yang menjerit kesakitan

"Sakit.. arghh! Ya Allah!"

"Puan sikit lagi puan, saya yakin puan boleh. Sikit lagi puan!"

Peluh dan air mata bercampur menjadi satu, rasa sakit yang aku rasakan sekarang ini hampir dengan sakit sakaratul maut. "Abang yakin Maya kuat, abang yakin sayang kuat.." Tengku Darren mengucup tanganku lembut, suaranya kedengaran serak kerana menahan sebak

"Maya seorang yang kuat, tolonglah bertahan untuk abang.. untuk anak kita. Please sayang, I'm begging you."

"Arghh.. sakit abang.. sakit.." Aku meraung sekuat hati, nafas ditarik sedalam-dalamnya lalu dilepas dengan sekuat hati.

"Alhamdulillah.."

Kedengaran suara tangisan seorang bayi, mendengar saja suara tersebut membuatkan aku mengatup mata sambil tersenyum. Alhamdulillah anak mama dah lahir, terima kasih ya Allah

"Sayang! Alhamdulillah ya Allah, anak kita dah lahir sayang. Buka mata Maya.." Tengku Darren mengucup wajahku berkali-kali, perlahan lahan aku membuka mata. Apa yang aku nampak sekarang ialah suami aku, dia mengucup tanganku. Pandangan ditoleh ke kiri, terus air mata aku mengalir sekali lagi apabila melihat anak aku yang berada ditepi

"Sayang.. Arfhan Hareez dah lahir, terima kasih sayang."

Perlahan-lahan aku mengucup lembut pipi anak kandung aku itu. Kepala aku terasa berat, denyutan yang terlalu kuat itu membuatkan pandangan aku menjadi kabur.

Lama kelamaan pandangan aku menjadi gelap, nafas seolah-olah tersekat membuatkan aku sukar untuk bernafas

"Sayang? Kenapa ni?"

"Puan? Puan okay tak? Jangan tutup mata puan, puan? Dengar tak?"

Sayup-sayup saja suara tersebut kedengaran digegendang telinga, aku ingin mengucapkan sesuatu namun mulut aku terasa berat

Semuanya menjadi gelap gelita.

Semuanya menjadi sunyi.

______________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 09/03/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

Hai korang! Jangan lupa vote🤍

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now