Chapter 38

2.5K 76 1
                                    

Thank you cause you keep me strong even when I don't feel it
- Maya Darena
____________________________________

Tengku Darren duduk disebelah aku, diatas buaian yang sama. Seperti biasa, tempat kegemaran aku untuk hilangkan tekanan adalah di tasik yang berhampiran dengan rumah keluarga Tengku Darren

Sebenarnya aku yang panggil Tengku Darren ke sini, ada beberapa soalan yang aku mahu tanya pada lelaki itu. "Ada apa kau nak jumpa aku?" Tanya lelaki itu

"Kenapa awak ada dekat situ semalam?"

Seketika badan lelaki itu mengeras, dia menoleh pada aku. "Untuk selamatkan kau dari bahaya" Selamba saja Tengku Darren membalas membuatkan aku menjegilkan mata kepadanya

"Orang tengah serius, boleh pula dia main-main" Cebikku membuatkan Tengku Darren ketawa halus

"Mana ada aku main-main, aku pun tengah serius" Ujarnya. Aku memutarkan mata keatas, haah ambil lah kemenangan kau tu

"Macam mana awak tahu yang saya hampir di perkosa?"

Terjongket sebelah kening lelaki itu. "Oh ya, sepatutnya aku bawa cermin kan semalam? Biar kau sendiri tengok macam mana keadaan kau semalam" Sindirnya

Ya tak ya juga kan? Dah terang-terang keadaan aku yang tak serupa orang semalam tu dah cukup menjadi bukti yang aku hampir diperkosa oleh Rayyan!

Baru sahaja aku ingin bertanya lagi, Tengku Darren meletakkan jadi telunjuknya dibibir.

"Sebelum kau tanya lebih banyak soalan, lebih baik aku ceritakan semuanya dari awal hingga akhir" Tengku Darren menegakkan badannya, dia menghadap aku. Merenung aku kedalam mata

"Waktu Yana hantarkan kau balik semalam, aku tengok dari tingkat atas. Aku nampak setiap inci pergerakan kau yang keluar dari kereta, masa tu aku terleka sebab ada seseorang hantar mesej dekat aku. Nombor yang tak dikenali, tiba-tiba bila aku tengok dekat luar. Aku nampak kau di heret oleh seorang lelaki, aku tak pasti siapa dia. Sebab lelaki tu pakai serba hitam, dia pakai penutup muka dan juga topi. Jadi memang sukar untuk aku tengok muka dia" Sambung Tengku Darren membuatkan aku terdiam

Serba hitam?

Seingat aku semalam Rayyan tak pakai baju warna hitam, dia pakai baju warna hijau gelap dan seluar berwarna putih. Jadi maksudnya yang bawa aku ke bangunan terbiar semalam bukan Rayyan?

Kalau bukan Rayyan, siapa?

"Aku cuba untuk kejar kau, tapi lelaki tak guna tu awal-awal dah masukkan kau dalam kereta"

"WBP 2205, kereta Myvi putih" Berkerut dahi aku mendengar keterangan lelaki itu, kereta siapa? Setahu aku, Rayyan tak pakai kereta Myvi. Bahkan ahli keluarganya juga hanya memakai Honda

"Kau tahu ke siapa pemilik kereta tu?"

"Saya tak tahu"

Seketika kami berdua senyap, masing-masing kekosongan idea. Entah apa yang perlu aku buat sekarang ini, aku pun tak tahu. Patut ke aku buat laporan pada pihak polis? Tapi sekarang ni aku tiada bukti yang kukuh untuk tangkap Rayyan

Mamat kasanova tu! Dia simpan dendam dengan aku gara-gara aku tolak lamarannya, gara-gara aku tak mahu bagi dia peluang kedua. Siapa yang salah? Sudah tentu bukan aku!

Rayyan yang salah sebab curang, Rayyan yang salah sebab memperdayakan aku dan Rayyan yang salah sebab dia lelaki. Eh?

"Terima kasih" Ucapku ikhlas sambil memandang tepat pada wajahnya, sebelah kening lelaki iti terjongket hairan

"Untuk?"

"Sebab awak selamatkan saya semalam, walaupun saya tahu awak marahkan saya tapi awak tetap selamatkan saya dari lelaki tu. Thank you cause you keep me strong even when I don't feel it"

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now