Chapter 71

2.1K 59 2
                                    

I'm getting really tired of losing people that I loved
- Maya Darena
______________________________________

Aku bersandar dikepala katil sambil memeluk lutut, menangis teresak-esak didalam pelukan sendiri. Beberapa minit kemudian, Tengku Darren keluar daripada bilik air. Mata hitamnya tepat memandang kearah aku yang sedang menangis, namun hati aku semakin sakit apabila dia hanya buat bodoh saja sambil melangkah kearah almari pakaian

Kaki menghampiri sang suami yang sedang memakai baju. "Awak.." Panggil aku perlahan, dia menoleh dengan sebelah kening yang terangkat. Bibir bawah dikemam sebelum aku memulakan bicara

"Sebenarnya.. saya minta maaf." Pantas aku memeluk tubuhnya erat, kepala didongak memandang Tengku Darren yang langsung tidak beriak

"Untuk?" Dingin dia menyoal tanpa memandang wajah aku

"Se..semua yang saya dah buat pada awak, sama ada saya t..tipu awak atau lain-lain. Saya betul-betul minta maaf, tolonglah cakap dengan saya macam biasa.." Ujarku sambil menahan sebak

Kedengaran Tengku Darren ketawa, terselit kesinisan dalam tawanya itu. "Oh ya? Maya tipu apa?" Sengaja dia menyoal, aku mengemam bibir.. patut ke aku cakap? Kalau aku tak cakap, nanti dia akan salah faham

"Se..semalam sebenarnya sa..saya keluar."

Berubah terus wajahnya, dapat aku lihat urat hijau dilehernya timbul.

"Pergi mana?" Tengku Darren menyoal lagi, semakin cuak aku dibuatnya apabila mendengar suaranya yang bertukar menjadi serius

Aku melepaskan pelukan lalu mencapai telefon, aplikasi email dibuka kemudian aku menghulurkan pada suami aku. Anak matanya bergerak ke kanan dan ke kiri, membaca setiap inci mesej yang dihantar oleh Rayyan

"Jadi?"

"Masa saya pergi jumpa dia, battery telefon saya dah hampir mati. Saya nak beritahu awak, tapi saya takut.." Jujur aku, kedengaran Tengku Darren ketawa sinis

"Takut apa? Kalau Maya cakap, Maya fikir abang akan makan Maya? Bunuh Maya?" Sindirnya membuatkan aku terdiam, kenapa suami aku berubah macam ni sekali?

Melihat aku yang terdiam itu terus membuatkan Tengku Darren menyambung kata-katanya. "Lepas tu apa jadi?" Dia menyoal lagi, aku lihat wajahnya sangat serius saat ini.

"Rayyan cakap dia nak minta maaf tentang semuanya, tapi dia tipu.."

Tengku Darren berjalan kearah meja kecil, dia menekan-nekan skrin telefon. "Maya pun tipu abangkan?" Sinisnya lalu menunjukkan sesuatu di dalam telefon, membulat anak mata aku melihat gambar yang ditunjukkan oleh Tengku Darren

Gambar Rayyan mencium dan memeluk tubuh aku, serta merta aku menggelengkan kepala apabila membaca mesej yang dihantarkan oleh nombor tersebut

011 456 **** : Isteri kau ada dengan aku malam ni, thank you sebab bagi aku rasa bibir dia.

"Awak salah faham! Tolonglah jangan percayakan dia, sebenarnya di.." Melihat Tengku Darren yang ketawa itu membuatkan kata-kata aku terhenti

"Kau tahu tak apa benda yang paling aku menyesal?"

Tersentak aku mendengar kata-kata Tengku Darren, panggilannya sudah bertukar menjadi seperti dulu. Hilang sudah kelembutan dalam setiap tutur katanya, dapat aku lihat air matanya bertakung seolah-olah kecewa dengan aku

"Aku menyesal sebab percayakan kau, aku menyesal sebab beri seratus peratus kepercayaan aku pada kau dan aku menyesal sebab fikir yang kau adalah perempuan yang suci! Kau sedar tak yang kau tu isteri aku Maya? Isteri aku yang sah! Kenapa kau hancurkan kepercayaan aku Maya? Kenapa!?" Tengkingnya kuat membuatkan aku menunduk wajah, menahan esakan daripada keluar.

Kau bodoh Maya, kau tengok apa yang dah jadi sekarang? Tengku Darren dah bencikan kau! Kalau kau tak keluar jumpa Rayyan semalam, semua benda ni tak akan pernah terjadi kau tahu tak?

"Dengar penjelasan saya Darren! Saya berani sumpah yang semua tu berlaku bukan kerana kehendak saya, saya diperangkap! Tolonglah faham!" Aku cuba untuk meraih tangannya namun Tengku Darren menepis kasar

"Jangan sentuh aku Maya! Kalau betul kau tak ada niat, kenapa kau perlu rahsiakan benda ni dari aku?! Kenapa kau tak beritahu aku awal-awal tentang ni?! Kau sengaja kan, kau suka lah bila jantan sial tu sentuh kau macam tu? Suka?!" Jerkahnya kuat membuatkan tangisan aku semakin kuat, kenapa awak tak percayakan saya Daren?

"Luth! Kenapa kamu marah Maya macam tu?" Tinggi suara daddy menyoal, mommy menghampiri aku lalu dia memeluk tubuh aku

Tengku Darren tersenyum sinis lalu dia menghulurkan telefonnya pada daddy. "Daddy tengoklah sendiri apa yang perempuan ni buat semalam? Dia keluar jumpa bekas teman lelaki dia tanpa pengetahuan Luth! Salah ke apa yang Luth cakap tadi? Menantu mommy dengan daddy yang kononnya suci ni, dah berciuman dengan lelaki lain dibelakang Luth! Eh perempuan!" Jeritnya, aku bagaikan tida percaya melihat Tengku Darren yang sudah naik angin itu. Dia menunding jari diperut aku yang kian membesar

"Anak dalam perut tu, anak aku ke anak Rayyan?! Selama ni, anak yang kononnya kau kandung tu. Anak siapa?! Jawablah Maya, anak siapa tu?!"

Mommy mengusap belakang aku dengan lembut, seolah-olah ingin menyalurkan tenaga pada aku. "Luthfan Darren! Mommy tak ajar Luth berkasar macam ni dengan isteri Luth sendiri, kalau ada masalah.. bincang elok-elok. Jangan dengar sebelah pihak aje!" Marah mommy pula, aku memandang Tengku Darren yang mencerlung tajam kearah aku

"Saya bersumpah demi nama Allah, apa yang awak fikirkan semua tu tipu belaka! Awak salah faham dan anak dalam kandungan ni, memang anak awak! Percayalah Darren, takkan saya nak tipu awak?" Penuh sayu aku berkata, air mata tak henti-henti mengalir. Tengku Darren dah tak percayakan aku..

Mama.. papa.. tolong Maya.

Tengku Darren terdiam, namun pandangannya masih lagi tajam kearah aku. "Kalau awak tak percaya tak apa.. teruskan dengan pemikiran awak, tapi satu aje yang saya minta sebagai isteri awak yang sah. Jangan pernah tinggikan suara macam ni lagi, saya merayu.. saya seorang perempuan yang lemah, saya tak mampu untuk hadapi ujian ni lagi, emosi saya tak stabil sejak saya mengandung. Jadi saya perlukan awak, seorang lelaki yang sudah bergelar suami pada saya.." Perlahan lahan aku meraih tangannya, Tengku Darren tidak lagi menepis

"Saya perlukan awak sebagai tempat bersandar, tempat meluah dan tempat berlindung disebalik dunia yang kejam ni.. hanya awak saja yang saya ada Darren. Saya tak ada sesiapa selain awak, tolonglah faham" Lirihku, perlahan-lahan tangannya dikucup lembut. Ingin mendapat redhanya, semua yang ada disitu terdiam termasuklah Tengku Darren

"Sekali lagi.. maafkan saya sebab tak beritahu awak, maafkan saya sebab cuai dan maafkan saya sebab jadi seorang wanita yang tak layak untuk jadi isteri awak. Tapi saya mohon, jangan pernah tinggalkan saya. Because I'm getting really tired of losing people that I loved, so please.. dont't leave me" Sebaik saja berkata begitu, aku melangkah masuk kedalam bilik air

Menangis semahu-mahunya didalam bilik air, sakitnya bagaikan ditusuk dengan belati yang tajam. Hati aku terasa kelam, entah apa lagi yang aku perlu hadapi.. aku pun tak pasti. Tangan perlahan-lahan mengusap perut yang makin membesar ini

"Maafkan mama sayang.. mama dah buat papa kecewa dengan mama, papa dah tak percayakan mama lagi." Sayu aku berkata pada perutku, tak semena-mena air mata aku mengalir semakin deras

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 07/03/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now