Chapter 18

2.6K 86 1
                                    

Your eyes tell everything, little lady
- Luthfy Dzafren
____________________________________

Kepala diletakkan diatas bahu Yana lalu mata aku tertumpu kepada Dato' Megat yang sedang memberi beberapa ucapan, hampir setengah jam juga Dato' Megat berucap tentang kejayaan Tengku Darren yang membuat ramai orang kagum. Tengku Darren telah memulakan perniagaannya diumur yang muda dan kini hampir empat negara kenal dengannya

France, United Kingdom, Switzerland dan China

Memang tak boleh dinafikan yang aku pun kagum dengan Tengku Darren, mata yang berada diwajah Dato' Megat itu turun pada wajah adik Tengku Darren

Luthfy Dzafren.

Orangnya serius, tetapi happy go lucky. Sewaktu Tengku Darren memperkenalkan aku kepada Dato' Megat dan juga Luthfy, dia tak habis-habis menyakat aku tentang peristiwa yang berlaku tadi. Merah padam dibuatnya muka aku yang putih berseri ni, auch

"Luthfy, please behave!"

Marah Tengku Darren apabila Luthfy tak habis-habis menyakat aku tadi, nampak la Tengku Darren sedikit bengang dengan perangai adiknya. Masalahnya aku yang tahan malu! Depan Dato' Megat pula tu!

Aku tersentak apabila ada seseorang yang sedang menggoncang bahu aku, mata mendongak memandang Yana yang sedang memuncungkan mulutnya pada seseorang. Secara automatik aku memandang kearah Tengku Darren yang sedang berbual dengan seorang perempuan, ada seorang anak kecil yang berada diatas riba Tengku Darren

Nampak gayanya budak kecil itu berumur satu tahun, mungkin?

"Siapa tu?" Terpacul kata-kata itu daripada mulutku, nampak gayanya Tengku Darren dan perempuan itu seolah-olah sangat rapat. Entah kenapa hati tiba-tiba rasa terluka, walhal aku dan Tengku Darren tiada apa-apa hubungan yang istimewa pun

"Mungkin tu kawan dia?" Ujar Yana. Aku memandang Raisha yang sedang memberi tumpuan seratus peratus kepada Dato' Megat, aku mencuit bahunya membuatkan dia memandang aku hairan

"Kenapa ni, Maya?" Soalnya prihatin, aku ukir senyuman pada Raisha

Isyarat diberi padanya supaya memandang kearah meja Tengku Darren, jelas wajahnya turut terkejut dengan kehadiran perempuan itu. "Apa dia buat dekat sini?" Pertanyaan Raisha itu membuatkan aku bingung, lah kita tanya dia tapi dia tanya kita pula?

Entah kenapa hati ini dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena, mungkin ...

Drama?

Akhirnya aku membuat keputusan untuk fikir secara positif, mungkin itu memang client dia? Siapa tahu?

Lama aku memerhati dua orang itu, sesekali Tengku Darren mengucup pipi budak perempuan itu sambil ketawa. Anak kecil itu juga kelihatan seperti sangat akrab dengan lelaki itu, sayangnya meja aku dan meja mereka jauh. Hilang harapan nak curi curi dengar apa yang mereka bualkan itu.  Kenapa hati aku kuat mengatakan yang itu bukan hanya client Tengku Darren?

Luthfy memandang kearah aku membuatkan sepantas kilat aku melarikan pandangan daripada curi-curi tengok aksi mesra Tengku Darren itu, bibir digigit bila lelaki itu bangun mendekati setapak demi setapak kearah meja yang aku berada

Tak sampai sepuluh saat, lelaki itu sudah tiba tepat dihadapan aku. Dia menunduk memandang aku manakala aku mendongak memanggung kepala untuk memadangnya, haah memang. Kalau orang lain tengok ni mesti dicop 'tatapan cinta'

Uwerk!

"Awak suka along?" Lelaki itu bertanya. Serta merta lidah aku kelu, mata terus liar memandang sekeliling. Hanya aku dan dia saja yang memandang antara satu sama lain, ini bermaksud tiada orang dengar pertanyaan Luthfy tadi.

"Saya? Suka boss sendiri?" Soal aku kembali kepadanya dengan senyuman lucu, ya itu soalan yang lawak ye

"Memang tak lah" Sambungku. Luthfy ukir senyuman senget, lebih tepat lagi senyuman yang mengejek. Dia membongkok badan lalu bibirnya berada di telinga aku yang berlapikkan dengan tudung

"Your eyes tell everything, little lady"

Haah bagus lah tu, abang dia panggil aku young lady, dia panggil aku little lady. Aku memutarkan mata keatas, adik dengan abang sama aje. Dua-dua menyakitkan hati!

Luthfy masih lagi dengan senyumannya, Yana yang berada disebelah aku itu tersengih. "Tersengih-sengih ni kenapa?" Tanya aku dengan nada memberi amaran, terus terletus tawa gadis itu. Luthfy hanya diam

Mungkin dia terkejut mendengar tawa perempuan itu, hm pemakaian macam wanita melayu terakhir. Bila dengar ketawa aje terus macam wanita akhir zaman!

Beberapa kaki tangan catering sudah menyediakan makanan kepada semua tetamu, ada nasi arab dan ada juga makanan western seperti spaghetti carbonara dan juga spaghetti oglio olio. Ini khas untuk orang yang tak suka makan nasi

Dengan selamba Luthfy duduk diatas kerusi sebelah aku. "Biar saya join awak semua makan dekat sini, boleh?" Soalnya pada aku, Raisha, Yana dan beberapa lagi pekerja Tengku Darren

"Boleh"

Aku tidak menjawab, sebaliknya tangan mencapai satu lidi lalu dicucuk bebola takoyaki itu. Tanpa mempedulikan Luthfy yang sedang memerhati, takoyaki itu disuap kedalam mulut. Hmm nikmatnya!

Secara tiba-tiba tangan Yana menepuk perlahan peha aku, sebelah kening dijongket kepadanya

"Cuba lah sopan sikit" Tegurnya dengan nada berbisik, aku mencebik. Apa maksud dia sopan? Ingat aku akan makan takoyaki ni macam wanita melayu terakhir ke? Maaf lah, tak perlu nak cover makan depan orang! Apatah lagi depan Luthfy

Kelihatan lelaki itu tersenyum melihat gelagat aku, aik? Abang dingin, adik peramah. Dato' Megat pun peramah, tapi macam mana Tengku Darren tu dingin? Ikut arwah mommy dia ke?

"Sedap?" Luthfy bertanya. Pantas kepala aku mengangguk, memang tak dapat di nafikan takoyaki dekat sini sedap! Inti dia pun banyak dan besar-besar, makan pula waktu panas-panas. Memang super!

Raisha berdehem kecil untuk menarik perhatian, apabila aku dan Luthfy toleh kepadanya. Dia tersengih

"Boleh saya tahu macam mana Puan Leona boleh ada dalam majlis ni juga?, boss yang ajak dia ke?"

Dapat aku rasakan 'Puan Leona' yang di maksudkan oleh Raisha itu ialah wanita yang berada semeja dengan Tengku Darren. Baru sahaja Luthfy ingin membuka mulut untuk membalas, Encik Aidid sudah menyampuk

"Mestilah boss ajak perempuan tu, Puan Leona kan pernah jadi client boss juga" Ujar Encik Aidid, aku dan Yana hanya diam mendengar. Memandangkan kami berdua masih baru disini, jadi sebaiknya kami berdua diam

Aku lihat Luthfy mengerling kearah abang nya itu, nampak bengang diwajah lelaki yang bernama Luthfy Dzafren itu

Wanita itu memakai dress berwarna merah darah ikan, rambut hitamnya yang paras bahu itu membuatkan dia nampak cantik. Ya memang tak boleh dinafikan wanita itu cantik, cuma cara dia berpakaian itu seolah olah dia bukan seorang wanita yang beragama Islam

 Ya memang tak boleh dinafikan wanita itu cantik, cuma cara dia berpakaian itu seolah olah dia bukan seorang wanita yang beragama Islam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jijik"

Hanya itu perkataan yang keluar daripada mulut Luthfy, serentak aku dan Yana memandangnya. Hm mungkin ada perkara yang berlaku?

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 15/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now