Chapter 59

2.2K 58 0
                                    

These days require a lot of Sabr
- Maya Darena
______________________________________

Deringan telefon itu aku biarkan, malas rasanya mahu menjawab panggilan telefon. Aku tengah sedap tidur ni, siapa yang telefon tu memang nasib engkau lah. Tiba-tiba kepala aku dihempuk menggunakan bantal oleh seseorang, pantas aku angkat wajah dengan riak tidak berpuas hati

Yana memandang aku tajam, wajahnya itu kelihatan masih mamai. "Kau ni tak reti nak jawab telefon ke apa? Dari tadi lagi telefon kau tu memekak, orang nak tidurlah Maya! Jawablah panggilan tu!" Marahnya lalu kembali menyembamkan wajah dibantal, dengan malas aku mencapai telefon itu

Sempat aku membaling satu bantal tepat pada kepala Yana, butang hijau ditekan tanpa melihat siapa yang menelefon. "Hm hello?" Serak basah suara aku menyapa, lama orang ditalian itu senyap sebelum aku membuka mata. Ingin melihat nombor siapa yang telefon, serta merta aku menjadi kaku bila melihat nombor tersebut

Papa.

Ya.. aku masih lagi menyimpan nombor telefon papa, walaupun aku tahu dia tak simpan pun nombor aku sebelum ni. Persoalannya, dari mana dia dapat nombor telefon aku?

"Maya.." Tegur papa ditalian membuatkan aku bangkit dari pembaringan, dada berubah rentak menjadi laju.

"Kenapa papa telefon?" Pantas aku menyoal, ingin tahu apa sebenarnya niat papa. Dapat aku lihat dari ekor mata, Yana yang tadi berbaring tiba-tiba bangun duduk bersila diatas katilnya

"Papa nak jumpa Maya, bo.. boleh?"

Berkerut dahi aku mendengar kata-kata papa tadi, kenapa pula dia nak jumpa aku? Sedangkan selama ni, setiap kali kami bertembung mesti papa akan mengelat. Namun persoalan yang bermain difikiran aku itu cepat-cepat aku tepis

"Kenapa papa nak jumpa Maya? Papa dekat mana sekarang ni? Suara papa macam lain aje, kenapa?" Bertubi-tubi aku menyoal, aku mula tak sedap hati bila aku dengar suasana yang bising di dalam talian. Kenapa bunyi tu macam..

Di hospital?

"Sebenarnya ada sesuatu yang papa nak bagitahu pada Maya.. itu pun kalau Maya sudi untuk jumpa papa" Sedikit sayu aku dengar nada lelaki itu berbicara, pantas aku bangun dari katil lalu menuju kearah almari. Tudung bawal berwarna hitam disarung

"Papa dekat mana sekarang?" Cemas aku menyoal, Yana turut bangun sambil kakinya menghampiri aku. Dapat aku lihat wajahnya yang kehairanan

"Papa.. papa dekat Avisena Specialist Hospital. Uhuk-uhuk!" Kedengaran papa batuk dengan kuat, membuatkan aku pantas menyambar kunci kereta.

"Weyh nak pergi mana?" Soal Yana hairan, namun tangannya tetap menyarungkan tudung dikepala.

"Hospital, cepatlah!" Aku menarik tangan Yana, memaksanya untuk mengikuti aku. Panggilan masih belum dimatikan, entah kenapa hati aku rasa tak tenteram.

Aku masuk kedalam perut kereta lalu enjin dihidupkan. Namun suasana sunyi seketika apabila gegendang telinga aku mendengar sesuatu di talian

"Ya Allah dato'! Kenapa ni astagfirullah, doktor! Cepat doktor! Pesakit batuk berdarah hingga pengsan!"

Serentak aku dan Yana berpaling, air mata mulai bergenang. Bagaikan hilang kawalan, aku mulai memecut kereta dengan laju. Aku tak tahu apa yang terjadi pada papa.. tapi yang aku tahu sekarang, aku perlu jumpa papa!

Tiba saja di hospital yang terletak di Shah Alam, aku dan Yana keluar dari perut kereta. Tiba-tiba memori aku teringat tentang arwah mama, ya dulu sewaktu arwah mama sakit. Dia pun berada dihospital ini, cepat-cepat aku dan Yana berlari masuk kedalam hospital

Pantas aku menuju ke kaunter pertanyaan. "Boleh saya tahu wad papa saya dekat mana? Nama dia Dato' Adam Johari" Tanyaku dengan cemas, Yana yang berada disebelah aku menggosok lembut belakang aku. Menyuruh aku untuk bertenang

"Sekejap ya" Jururawat itu menekan sesuatu diskrin, aku menarik nafas. Ingin mencari ketenangan, aku harap papa selamat. Walaupun apa yang papa buat selama ni cukup buatkan aku benci dia, tapi.. aku tak sanggup.

Ya, aku tak sanggup untuk benci papa.

"Dato' Johari sekarang dalam wad kecemasan, berdasarkan apa yang jururawat bagitahu saya.. dia menghadapi serangan jantung."

Aku tersentak. Masa seolah-olah berhenti berdetik, hati terasa pedih bagaikan ditusuk berkali-kali menggunakan belati yang tajam. Entah apa yang aku rasa sekarang, aku pun tak pasti. Tergamam? Sudah tentu, kenapa tiba-tiba papa jatuh sakit?

Dapat aku rasakan lutut aku semakin lemah, Yana pantas memeluk tubuh aku dengan erat. "Dekat mana wad kecemasan tu cik? Boleh kami berdua pergi ke sana?" Tanya Yana bagi pihak aku, sekarang aku rasa tak mampu untuk berjalan. Papa.. jangan tinggalkan Maya, tolong.

"Boleh, cik berdua boleh ikut saya"

****

Sekejap pusing ke kanan, sekejap pusing ke kiri. Aku hanya memandang sepi kearah pintu wad kecemasan itu, hampir satu jam aku dan Yana berada disini. Tetapi masih lagi tiada kelibat mana-mana doktor ataupun jururawat yang keluar

Ya Allah.. selamatkan lah papa aku. Kau ampuni lah dosa-dosanya Ya Allah, aku tak sanggup kehilangan papa. Hanya dia saja satu-satunya ahli keluarga yang aku masih ada, janganlah kau ambil nyawa papa.

"Maya.. dah satu jam kau mundar-mandir macam tu, marilah duduk dulu. Insyaallah papa kau selamat" Yana menepuk-nepuk sofa, menyuruh aku duduk disebelahnya. Keluhan dilepaskan dengan berat sebelum aku mengangguk, aku melabuhkan punggung disebelah Yana

"Macam-macam perkara yang bermain dalam fikiran aku sekarang ni Yana.." Lirih aku berkata, kepala disandar pada bahu Yana. Ingin meluahkan semua yang bermain di fikiran aku, tolonglah.. aku tak mahu kehilangan papa macam aku kehilangan arwah mama dulu.

Kedengaran Yana turut mengeluh, dia memeluk aku erat. "Aku pun tak tahu apa lagi ujian yang Allah nak bagi pada kau Maya, tapi aku pernah cakap kan dulu? If you want to cry, my shoulder will always be the best place ever. Walau sebanyak mana pun ujian yang Allah nak uji kau, aku.. Adrianne Dayana akan selalu menjadi tempat yang terbaik untuk Maya Darena bersandar. Aku janji" Pujuk gadis itu

"These days require a lot of Sabr, aku tak pasti sama ada aku boleh bertahan atau tidak" Ujarku sambil tersenyum nipis

Pintu wad kecemasan ditolak dari dalam membuatkan aku dan Yana memandang kearah pintu tersebut, seorang doktor perempuan keluar dari wad tersebut. Pantas aku dan Yana mendekatinya. "Cik berdua ni keluarga Dato' Johari ke?" Tanya doktor itu

"Saya anak dia, macam mana dengan keadaan papa saya?" Soalku sedikit cemas, doktor perempuan itu mengukir senyuman nipis

"Dato' Johari selamat, tapi kami nasihatkan cik supaya sentiasa awasi dia ya? Sebab sekarang ni jantung dia lemah, mungkin sebab sakit jantung yang dia hadapi sekarang ni dah tahap tiga." Terang doktor itu, bulat mata aku mendengarnya

"Tahap tiga?! Dah berapa lama papa saya sakit?" Dalam masa yang sama, aku mengutuk diri sendiri. Kenapa aku tak pernah tahu tentang ni?

"Berdasarkan fail yang kami periksa tadi, Dato' Johari disahkan ada penyakit jantung pada tahun 2021. Jadi maksudnya dah hampir dua tahun.."

Semakin pedih ulu hati aku bila mendengarnya, ya Allah betapa tak gunanya aku sebagai anak. Langsung tak ambil tahu tentang papa aku sendiri, bodohnya kau Maya!

"Isteri dia ada tak dekat dalam wad kecemasan tu?" Teragak-agak aku menyoal, namun gelengan kepala doktor itu membuatkan aku mengepal tangan menjadi penumbuk. Dasar ahli sihir tak guna, memang patut aku panggil si Mona tu ahli sihir!

"Kalau tak ada apa-apa lagi, saya pergi dulu ya?"

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 22/02/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now