Chapter 66

2.2K 47 2
                                    

I love to making you laugh because for those few seconds, I make you happy and I seeing you happy. It makes me happy too
- Luthfan Darren
______________________________________

Sedar tak sedar kandungan aku sudah berusia lima bulan, macam-macam kejadian yang terjadi selama lima bulan ni. Contohnya? Aku tak dapat tidur, macam sekarang ni lah. Jam dinding dikerling, sekarang jam sudah menunjukkan pukul dua pagi dan aku tak boleh tidur!

Mungkin kerana perut aku yang semakin membesar? Aku rasa tak selesa, bila aku tidur.. bayi dalam perut ni mula lah nak menendang. Kadang-kadang rasa geram tau, tapi apa boleh buat? Tangan mengusap lembut perut aku, haih sayang mama. Janganlah agresif malam-malam ni, mama pun nak tidur macam papa

Tajam aku pandang suami aku yang sedang nyenyak tidur, wajahnya kelihatan sangat tampan dan tenang. Cemburunya aku dengan Tengku Darren, cemburu sebab dia boleh tidur nyenyak sedangkan aku tak boleh

Perlahan-lahan aku mengubah posisi aku menjadi duduk, tangan yang tadi berada diperut kini berubah tempat ke betis yang terasa sakit. Dapat aku rasakan orang disebelah turut terjaga

"Hmm, kenapa ni sayang?" Soalnya dengan suara serak basah, aku mencebikkan bibir apabila Tengku Darren duduk bersila sambil memeluk bahu aku

"Saya tak boleh tidur" Ujarku jujur, tangan masih lagi sibuk mengurut kaki sendiri. Ya Allah apa lah nasib, hampir setiap malam macam ni.. dah lah sekarang ni aku ada kelas pagi sampai petang. Huhuhu

Itu lah kau Maya, dulu bukan main berkeras tak mahu ada anak. Tapi tiba-tiba ada anak, tanggunglah kau Maya Darena oi..

"Sini kaki tu biar abang tolong urutkan" Tengku Darren mencapai satu botol minyak angin, lalu dia menyapu diseluruh betis aku. Perlahan-lahan tangannya mengurut betis aku, walaupun dalam keadaan yang gelap. Aku masih lagi dapat lihat wajah suami aku yang kacak ni, lama aku menatap wajahnya sedangkan Tengku Darren sedang fokus mengurut betis aku

"Dah okay ke?" Dia menyoal, aku angguk kepala. Tubuh dibaringkan semula, namun tak sampai dua minit. Perut aku terasa senak, serta merta air mata aku bergenang.

'Mama nak tidurlah sayang, janganlah buat mama macam ni. Esok mama ada kelas, tolonglah mama' Bisik aku sambil mengusap perut, kang aku menangis dekat sini kang. Tak tahu lah kenapa sejak mengandung ni emosi aku ni terganggu betul, sikit-sikit nak nangis

Kalau Tengku Darren balik kerja lewat lima minit pun, aku menangis tau? "Kenapa Maya? Kena tendang lagi ke?" Tengku Darren menyoal hairan, kepala dianggukkan

"Saya penatlah, saya nak tidur tapi setiap kali saya nak tidur mesti baby tendang.." Ujarku, kononnya nak mengadu. Tengku Darren tersenyum, dia mengucup dahi aku lembut sebelum bibirnya turun ke perut aku yang kini sudah membesar

"Assalamualaikum anak papa, sekarang ni dah pukul dua setengah pagi tau. Awak janganlah tendang-tendang perut mama, kesian isteri papa. Esok mama ada kelas pagi, jadi.. mama perlukan tidur yang cukup. Anak papa pun tidurlah, jangan tendang mama lagi tau?" Bisik Tengku Darren diperutku, tangannya mengusap lembut perut aku.

Sedikit sebanyak kata-katanya itu membuatkan aku terharu, beruntungnya aku dapat suami yang memahami dan soft spoken seperti dia. Tengku Darren menegakkan badannya, dia membaringkan badan disebelah aku

"Tidurlah atas lengan abang" Ujarnya sambil menepuk-nepuk lengan yang besar itu, tanpa fikir panjang. Aku mendaratkan kepala diatas lengannya, tersengih aku dibuatnya apabila Tengku Darren memeluk aku sambil menepuk-nepuk belakang aku dengan perlahan.

Ada gaya seperti sedang mendodoikan bayi kan? Padan muka anak aku nanti, biar dia tahu yang aku orang pertama yang suami aku dodoi sebelum dia. Kahkahkah!

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now