Chapter 46

2.5K 67 2
                                    

I want to be with you for the rest of my life
- Luthfan Darren
______________________________________

Aku menyembamkan muka pada bantal, menangis teresak-esak sambil memeluk bantal guling yang siap menyeka air mata aku. Semasa aku berada di kubur arwah mama tadi, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Seketika aku terdiam, kenapa hujan perlu turun disaat aku sedang menangis?

Mungkin langit turut berduka dengan apa yang terjadi pada aku? Mungkin untuk turut serta menangis supaya aku tidak bersendirian?

TOK! TOK! TOK!

"Maya.." Suara Tengku Darren kedengaran di gegendang telinga, aku tidak menjawab. Sebaliknya terus menangis akibat kecewa dengan kelakuan papa

"Buka pintu ni Maya, kenapa kau menangis?" Laung Tengku Darren lagi, aku angkat wajah lalu merenung kearah pintu tersebut. Dapat aku lihat bayangan yang ada disebalik pintu itu menandakan Tengku Darren masih setia menunggu aku

"Saya nak tidur, jangan ganggu saya lah!" Jerit aku dengan kuat lalu kembali menyembamkan wajah ke bantal, ingin menangis sepuas-puasnya. Aku rindukan arwah mama..

"Kau dah makan ke belum ni, tadi Yana cakap kau belum makan. Aku dah sediakan makanan ni, jom lah kita makan.." Meleret suara Tengku Darren, aku mendengus kasar

"Kalau awak nak makan, awak makan lah. Saya tak mahu!"

"Okey-okey. Kalau kau tak nak makan, kau temanlah aku makan. Kau tak kesian dekat aku ke? Dekat rumah ni tak ada sesiapa pun, kita berdua je ada. Semua orang dah keluar pergi makan"

Aku ketap gigi, rasa nak marah tapi rasa kesian pula. Tambahan pula perut aku pun tengah lapar sekarang ni, pantas aku bangun daripada katil lalu mendekati cermin.

Astagfirullahaladzim, dah macam hantu Kak Limah baru lepas putus cinta!

"Jomlah Maya.." Sekali lagi suara Tengku Darren meleret ingin memujuk

"Awak turunlah dulu, lepas ni saya turun!"

"Okey sayang, turun tau"

Tergamam aku dibuatnya, aku toleh kearah pintu. Aku salah dengar ke? Kenapa aku rasa dia panggil aku sayang? Telinga aku dah rosak ni.

*****

Satu persatu anak tangga dipijak, dahi aku berkerut apabila keadaan didalam rumah ini menjadi malap. Kenapa rumah ni gelap semacam aje, tak bayar eletrik ke?

Namun mata aku tertumpu pada seorang lelaki berbadan tegap sedang memakai baju kemeja putih, nampak gayanya dia baru balik dari office tadi. Bagaikan tersedar akan kehadiran aku, dia memusingkan badan

Tergamam.

Kelihatan ada beberapa lilin yang tersedia diatas meja, tak lupa juga di situ ada beberapa kuntum bunga mawar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kelihatan ada beberapa lilin yang tersedia diatas meja, tak lupa juga di situ ada beberapa kuntum bunga mawar. Tengku Darren mendekati aku dengan senyuman, kelihatan lesung pipitnya yang dalam itu timbul

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now