Chapter 44

2.5K 69 13
                                    

Trust me, family problems can kill all of your happiness.
- Maya Darena
______________________________________

Dua hari sudah berlalu dan akhirnya aku kembali ke kuliah, pada jam 2 petang akan diadakan ceramah agama. Aku bukan apa lah tapi kalau bab-bab ceramah agama ini lah yang paling aku rasa berat hati nak pergi, nanti adalah benda yang tak kena. Silap gaya nanti ada yang tersengguk, kalau bukan disebabkan perlu hantar report. Aku berani jamin yang pelajar lain pun malas nak masuk

"Siapa ustaz yang akan bagi ceramah petang ni weyh? Best tak? Kalau tak kena dengan cara, silap-silap belum lima minit aku dah ke alam lain" Soalku. Yana ketawa geli hati

"Entah aku pun tak tahu, tapi tadi aku dengar pelajar lain cakap ustaz tu tengah famous sekarang. Alah kalau kau mengantuk nanti kau baca aje lah novel, kan senang" Cadang Yana membuatkan aku tersengih, bernas juga idea kawan aku ni

Memang aku akan bawa novel aku kalau pergi ke kuliah, bukan apa. Kita perlu sediakan payung sebelum hujan, yer dok?

*****

Dewan sudah hampir penuh dengan setiap pelajar di UniKL, yang aku hairannya kenapa kerusi dibahagian belakang yang penuh? Macam ni lah manusia, kalau tentang agama aje mesti paling belakang. Tapi kalau bab konsert, tak kisah penyanyi Korea ke, Melayu ke Indonesia ke. Kalau boleh dia orang akan pilih yang paling depan, lepas tu bila ustaz cakap majlis akan berakhir. Mula lah semua bergerak macam ikan bilis, dah tercegat depan muka pintu.

Mungkin aku pun tergolong dalam kalangan tu, hehe..

Aku dan Yana berada di tempat duduk baris yang ke lima, depan lah juga kan? Penceramah pun dah sampai, kacak orangnya. Patut lah orang cakap dia tengah famous sekarang, rupa-rupanya penceramah tu namanya Alief Teega

"Assalamualaikum anak-anak pelajar UniKL Business School, sihat ke semuanya?" Ustaz Alief Teega mula memberi salam sebagai pembuka majlis, dewan sudah mulai bergema dengan suara-suara kami yang menjawab salam

"Kacak juga dia" Gumam Yana membuatkan aku menjelingnya, dia lupa ke yang Alief Teega ni dah ada isteri? Tak silap aku nama dia Aisyah

"Kena ligan dengan isteri dia baru tahu" Sindirku membuatkan dia ketawa, kami kembali memberi perhatian pada Ustaz Alief Teega yang sedang tersenyum

"Alhamdulillah ramai juga yang datang hari ni ya, patutlah rasa sejuk aje dewan ni"

Kedengaran ramai yang ketawa, aku juga turut ketawa. Sebenarnya kami datang ni sebab terpaksa aje ustaz, kalau tak memang kami tidur aje hari ni.

"Anak-anak tahu tak, bila kita jejak aje kaki dalam majlis ilmu. Lagi-lagi tentang ceramah agama, malaikat akan catat amalan baik untuk kita. Bah kan malaikat akan sentiasa ada dalam majlis ni sampai habis, sebab dia berdoa untuk anak-anak yang sanggup datang ke sini untuk menuntut ilmu agama."

Aku ketap bibir, bagaikan disindir hidup-hidup. Astagfirullahaladzim, betul kan niat mu Maya Darena, jangan salah niat nanti tak dapat pahala, novel yang berada diatas meja dibelek pada helaian pertama

"Jadi hari ni ustaz akan bahas tentang ketua keluarga, iaitu ayah kita sendiri"

Serta merta aku angkat muka, terbantut niat aku untuk baca novel tadi. Ceramah hari ni tentang ayah? Macam menarik aje topik hari ni, novel ditangan terus aku tutup.

"Anak-anak tahu tak, tanpa seorang ayah. Kita tak akan ada dekat dunia ni? Ustaz pasti ada di antara kamu yang bermusuhan dengan ayah sendiri, ustaz faham perasaan kamu semua. Kamu semua mesti ada sebab-sebab tertentu kan? Tak mungkin seorang anak sanggup membenci ayah kandungnya sendiri" Ustaz Alief Teega mengukir senyuman

Aku terdiam seketika, dapat aku lihat dari ekor mata. Yana sedang mengerling kearah aku

"Siapa dekat sini, sayangkan ayah dia. Cuba angkat tangan?" Tak sampai lima saat, ramai sudah tangan yang ada di awang-awangan. Sedar tak sedar aku juga mengangkat tangan aku, memang tak dapat dinafikan yang aku sayang papa

"Anak-anak yang diredhai oleh Allah sekalian, sejahat mana pun ayah kita. Dia tetap ayah kita, walaupun ayah kita kahwin lain, dia tetap ayah kita. Walaupun ayah kita pengedar dadah, dia tetap ayah kita. Cari lah alasan apa pun, nama kita ni berbin dan berbinti kan nama ayah kita sendiri. Bukan nama orang lain"

Zzzuuuppp!!

Bagaikan ada pisau yang sengaja di lempar kedalam hati aku, aku pejam mata beberapa saat. Cuba untuk menerima hakikat tentang apa yang di katakan oleh Ustaz Alief Teega itu.

"Duit boleh di cari, kerja boleh di cari dan pangkat boleh di cari dengan usaha. Tapi kalau ayah kita meninggal, dekat mana kita nak cari yang serupa macam ayah kita? Mana kita nak cari lelaki yang sama senyumannya dengan ayah kita? Mana kita nak cari lelaki yang sanggup bekerja siang malam hanya untuk mencari rezeki yang halal untuk kita ni anak-anak?" Lembut lelaki itu menyoal, namun dengan jelas ada mutiara jernih yang mengalir di pipi lelaki itu

Sedar tak sedar ramai yang mengalirkan air mata, ramai yang menangis saat ini bila dibahas tentang ayah.

"Cinta hati pertama seorang anak perempuan ialah ayahnya sendiri, betul tak semua?" Tanya Ustaz Alief Teega lagi, bergema suara di dewan. Ada yang menjawab ya dan ada yang menjawab tidak

Aku mengangkat tangan, ingin menyoal sesuatu. "Ya cik adik yang manis, ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Gurau lelaki itu membuatkan tawa kami bergema, aku hanya ukir senyuman nipis

"Ustaz cakap cinta pertama anak perempuan ialah ayah kandung dia sendiri, tapi macam mana pula kalau ayah tu lelaki pertama yang patahkan hati anak dia sendiri?" Dengan teragak-agak aku bertanya, kelihatan Ustaz Alief Teega terdiam

Suasana didalam dewan juga sunyi, seolah-olah sedang menunggu jawapan dari bibir lelaki yang sedang memegang mikrofon itu

"Manusia tak pernah lari dari membuat kesilapan, mungkin apa yang ayah kamu buat tu bersebab? Ustaz tak cakap cara ayah kamu tu betul, tapi pernah tak kita sebagai seorang anak ni bertanya dekat ayah kita tentang lelah dia? Apa yang buat dia jadi macam tu, mesti ada sebab. Betul tak?"

Aku tersenyum sinis, tidak berpuas hati dengan jawapan yang diterima. Senang aje orang cakap, sedangkan dia tak pernah ada ditempat kita. Apa yang mereka tahu, hanya ucapkan kata 'sabar' saja

Trust me, family problems can kill all of your happiness.

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 29/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now