Chapter 20

2.7K 103 4
                                    

As his daughter, I really loved him. But as a human, I hated him
- Maya Darena
____________________________________

Aku menoleh pada jam yang berada diatas meja kecil, sekarang menunjukkan pukul 5:10 minit pagi. Ya, semalaman aku tak boleh tidur dan semalaman juga air mata aku tak henti-henti keluar. Perit rasanya untuk menaruh harapan kepada lelaki lagi, mungkin salah aku juga

Terlalu mencintai hambanya, hingga Sang Pencipta cemburu

Mungkin itu juga menjadi salah satu sebab kenapa setiap kali aku bercinta, Allah akan patahkan hati aku? Kerana aku lebih mencintai ciptaan Allah berbanding Allah

Patah hati boleh membuatkan seseorang itu hilang akal dan membuat perkara yang diluar kawalan, betulkah? Ramai aje manusia yang bunuh diri akibat ditinggalkan dan dicurangi oleh pasangan sendiri, ada juga yang menjadi gila kerana terlampau ikutkan perasaan. Apabila hati sedang sedih, percayalah akan ada bisikan makhluk halus ditelinga kita

'Just kill yourself, you have no one in this world'

Tipu lah kalau aku cakap aku tiada niat untuk bunuh diri sendiri, sudah tentu ada! Terlampau banyak tekanan dan beban dalam fikiran aku, tetapi aku bersyukur kerana aku masih ada iman

Setiap kali perasaan ingin mati itu datang, cepat-cepat aku istighfar. Sesungguhnya itu hanyalah mainan syaitan, dia ingin melalaikan kita

Aku bangun untuk bersila, Yana yang sedang nyenyak tidur itu aku toleh. Serta merta kepala digelengkan sambil bibir tersenyum kecil, tidur mengalahkan bayi!

"Haih.." Aku melepaskan keluhan berat, mungkin aku patut pergi ke pantai? Nasib menyebelahi aku, pantai sangat dekat dengan resort ini

Aku turun daripada katil lalu mencapai satu tudung shawl, zzuuupp zzzaapp siap! Tak perlu pakai pin, cukup di lilit saja. Sempat aku menoleh pada Yana, hmm patut ke aku bagitahu dia?

Urgh, tak apa lah. Bukannya aku pergi jauh pun, kan?

*****

Aku duduk diatas pasir putih yang berlapik dengan selipar aku sendiri, pandangan jauh dilontarkan pada ombak pantai yang berirama itu. Keadaan memang gelap, tapi mampu membuatkan hati aku tenang. Cahaya bulan itu telah menerangkan seluruh pantai itu

Nafas aku tarik sedalam-dalamnya untuk menenangkan hati, secara tiba-tiba fikiran aku teringat kepada memori aku dan Tengku Darren yang berada dipantai tempoh hari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nafas aku tarik sedalam-dalamnya untuk menenangkan hati, secara tiba-tiba fikiran aku teringat kepada memori aku dan Tengku Darren yang berada dipantai tempoh hari

FLASHBACK

Aku menoleh pada Tengku Darren yang sedang tekun memandu, sebenarnya ada sesuatu yang aku nak tanya pada dia. Tapi aku takut kalau dia marah, macam mana eh?

"Kau nak tanya apa?" Soal lelaki itu tanpa memandang kearah aku, bibir bawah digigit seketika. Haish mamat ni tahu tahu aje aku nak tanya sesuatu!

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now