Chapter 22

2.7K 81 8
                                    

If you want to cry, my shoulder will always be the best place ever
- Adriane Dayana
____________________________________

Kami berdua keluar daripada perut kereta, pintu kereta ditutup lalu aku menekan butang lock dikunci kereta. Memandangkan sekarang sudah jam 8:30 minit pagi, Yana menyuruh aku untuk berhenti di kedai mamak untuk sarapan pagi

"Makan?" Seorang pelayan lelaki datang menghampiri kami berdua dengan satu senyuman manis

"Roti kosong satu, roti telur satu. Air pula kau nak minum air apa?" Yana menyoal aku, hmmm pagi-pagi kalau minum teh tarik pun sedap juga kan?

"Teh tarik"Jawabku sambil tersenyum
Yana mengangguk

"Teh tarik dua ya?"

Pelayan lelaki itu mengangguk lalu beredar dari situ, walaupun sekarang masih pagi. Ramai orang yang datang untuk sarapan pagi, tak kisah remaja, dewasa ataupun warga tua

"Kenapa kau diam aje?"

Aku mengangkat wajah memandang gadis yang berada dihadapan aku, bibir hanya ukir senyuman nipis. "Dalam keadaan macam ni, aku perlu buat apa? Ketawa?" Soalku kembali membuatkan Yana menjeling

"Tadi mak aku ada telefon, katanya rindu nak jumpa dengan kau dan dia suruh aku heret kau datang dekat Pulau Pinang" Yana menjongket keningnya berkali-kali membuatkan aku menjeling, bukan tak mahu balik tapi...

"Hm rumah papa aku kan dekat sana juga, kalau aku terserempak dengan dia nanti macam mana?"

Ikhlas dari hati la aku cakap, aku masih berharap untuk papa berubah. Aku rindu sangat-sangat dengan kasih sayang seorang ayah, aku rindu dibelai dan di manja oleh insan yang bergelar ayah. Mana mungkin aku dapat membuang dia dari ingatan dan hidup?

Kedengaran gadis itu mengeluh perlahan, mungkin turut merasa simpati dengan aku.

"Aku pun buntu, Maya. Kalau aku jadi kau mungkin aku akan buat bodoh aje? Dia dah buang kau daripada hidup dia, untuk apa kita terhegeh-hegeh nak kasih sayang dia lagi? Lagi pun, dia dah buat macam-macam dekat kau Maya. Kau lupa ke yang dia lah punca arwah mama kau makin sakit dulu?"

Terdiam aku mendengar kata-kata Yana, air mata mula bertakung. Aku tahan dan kuat kan diri dari menangis di tempat umum, secara tiba-tiba aku teringat peristiwa yang berlaku diantara papa dan arwah mama dulu

FLASHBACK

Tiba sahaja di rumah, aku mengucup tangan mama sambil tersenyum manis. Gembira rasanya dapat bertemu dengan mama kesayangan memandangkan aku baru saja pulang dari sekolah, wajah mama yang pucat itu aku usap lembut

"Mama dah makan?" Tanya aku, walaupun aku tahu mama sudah tak berupaya seperti dulu. Aku yakin mama akan sembuh dari kanser yang dia hadapi sekarang, bibir pucat mama menarik senyuman

"Belum lagi, mama tunggu anak mama yang sorang ni balik lah untuk makan sama-sama" Tangan mama naik mengusap kepala aku, makin lebar senyuman aku

Namun aku teringat tentang sesuatu

"Mama.. mana papa? Dia belum pulang lagi ke?" Soalku hairan, rumah sunyi aje. Biasanya kalau papa ada.. rumah ini akan bising dengan bebelannya, itu tak kena ini tak kena. Hampir setiap pagi papa akan tengking mama, setiap pagi juga aku nampak air mata mama mengalir sebab papa

Wajah mama berubah, aku gigit bawah bibir. Takut jika dimarahi oleh mama gara-gara mulut aku yang sibuk menyoal

"Kita makan dulu eh? Mungkin papa makan dekat office, sebab tu papa belum balik lagi. Nanti papa balik lah tu" Pujuk mama membuatkan aku hanya diam

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now