Chapter 28

2.7K 77 1
                                    

Sometimes I just have to stop. Close my eyes and hug you, papa. Even if it's only in my mind
- Maya Darena
____________________________________

"Assalamualaikum"

Usai memberi salam, Tengku Darren membuka dedaun pintu. Terserlah hiasan dalam rumah Tengku Darren itu, hampir ternganga mulut aku melihat kemewahan barang-barang dan perabot yang ada di dalam rumah itu

Perlahan-lahan aku mengikuti langkah Tengku Darren yang mulai masuk kedalam rumah, memang tak dapat dinafikan bahawa keluarga Tengku Darren memang kaya! Semuanya bersinar dan bersih tanpa sebarang habuk, bahagian ruang tamu televisyen juga dihiasi...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Perlahan-lahan aku mengikuti langkah Tengku Darren yang mulai masuk kedalam rumah, memang tak dapat dinafikan bahawa keluarga Tengku Darren memang kaya! Semuanya bersinar dan bersih tanpa sebarang habuk, bahagian ruang tamu televisyen juga dihiasi dengan chandelier yang berwarna putih

Cantik!

"Waalaikummusalam, oh Tuan dah balik ya? Macam mana dengan mesyuarat yang Tuan pergi dekat Pulau Pinang tadi? Semua berjalan lancar?" Datang seorang lelaki yang berumur hampir 30an, wajah lelaki itu kelihatan sangat gembira. Namun aku terdiam seketika, kenapa wajah lelaki itu sangat familiar ya?

Adakah aku pernah bertemu dengan dia?

"Macam biasalah Abang Mat" Tengku Darren membalas sambil tersenyum nipis, lelaki yang bernama Abang Mat itu terkebil kebil memandang kearah aku

"Eh? Cik ni bukan ke perempuan yang terlanggar boss haritu, kan?"

Ternyata tekaan aku benar, patut lah aku macam pernah nampak aje muka Abang Mat ni. Aku senyum kekok lalu mengangguk

"Haah, saya lah tu"

"Nama dia Maya. Maya Darena, untuk beberapa hari ni dia akan menginap dekat sini dengan kita. Kaki dia tercedera sebab saya, jadi saya perlu bertanggungjawab sampai kaki dia sembuh" Terang Tengku Darren, risau jika Abang Mat tersalah faham

Bibir Abang Mat membulat. "Ohh, baguslah kalau macam tu. Cik Maya dan Tuan dah makan ke belum? Kalau belum, saya suruh bibik panaskan lauk?" Tanya Abang Mat

Aku tak lapar sebenarnya, tapi kaki aku ni tak henti-henti berdenyut gara-gara tergelincir tadi. Baru saja aku ingin menjawab, Tengku Darren pantas memotong

"Apa kata Abang Mat tolong tunjukkan bilik dia? Nampak gayanya orang tu dah hampir menangis aje sebab tahan sakit" Selamba lelaki itu berkata membuatkan aku menjegilkan mata padanya, amboi-amboi mamat ni? Tadi baru aje dia minta maaf dekat aku, eh sekarang ulang dosa balik!

Terangguk-angguk kepala Abang Mat, dia menyuruh aku mengikuti langkahnya. Namun langkah Abang Mat terhenti apabila kami berdiri betul-betul dihadapan tangga untuk naik. "Macam mana dengan kaki Cik Maya? Nanti makin sakit, saya risaukan keadaan Cik Maya" Penuh prihatin Abang Mat berkata, aku ukir senyuman

"Jangan risau, saya boleh naik sen..." Belum sempat aku menghabiskan kata-kata. Secara tiba-tiba tubuh aku berada diatas awan-awangan. Tersengih Abang Mat melihat adegan Tengku Darren yang mencempung tubuh aku

PAP!

Pantas tangan aku menepuk bahu Tengku Darren dengan kuat. Haaa! Geram betul lah aku dengan mamat ni, suka hati dia aje nak dukung aku lah, nak sentuh aku lah. Hei! Dia ingat aku ni isteri dia ke apa?!

"Turunkan saya lah!" Marahku, namun lelaki itu hanya buat bodoh. Malahan dia dengan selamba menaiki satu persatu anak tangga hingga ke tingkat dua

Ya Allah maafkan aku, kalau diberikan peluang. Memang aku terajang mamat ni ya Allah!

Tiba saja dihadapan satu bilik, ternganga mulut aku melihat hiasan didalam bilik itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiba saja dihadapan satu bilik, ternganga mulut aku melihat hiasan didalam bilik itu. Tidak nampak mewah, tetapi cukup sempurna! Aku memang minat warna-warna purple gelap begitu, nampak cantik!

Kami masuk kedalam bilik, Tengku Darren mendudukkan aku diatas katil yang sangat empuk itu. Mata memerhati sekeliling, hiasan yang sangat cantik. Siap ada balkoni lagi, nampak sangatlah Tengku Darren tak mahu aku bosan dekat sini memandangkan dia siap sediakan bilik yang ada balkoni

"Selesa tak?" Suara husky itu menyapa gegendang telinga aku, kepala didongak memandang Tengku Darren dan Abang Mat silih berganti

Aku mengangguk

"Ini beg Cik Maya" Bagasi berwarna purple gelap itu diletakkan ditepi meja kecil, aku tersenyum pada Abang Mat

"Terima kasih, Abang Mat" Ujarku ikhlas, makin lebar senyuman lelaki itu. Nampak sangat yang Abang Mat ni jenis happy go lucky, murah dengan senyuman pula tu

"Mommy tengah tidur ke?" Soal Tengku Darren pada Abang Mat

Seketika aku terdiam, mommy? Bukan kah mommy dia dah tak ada? Entah, pening aku dibuatnya. Yana cakap mak pada Tengku Darren sudah tiada akibat kemalangan jalan raya, adakah itu hanya khabar angin yang bermain dimedia sosial?

"Datin dekat dalam bilik, saya tak pasti kalau dia tengah tidur ataupun tak. Kalau Tuan nak pergi jenguk, pergilah"

"Daddy dengan Luthfy?" Soal Tengku Darren lagi, dah macam polis aku tengok mamat ni. Soal itu ini, mengalahkan detektif!

"Dato' tengah ambil angin depan kolam, Tuan Luthfy pula tadi dia cakap nak keluar. Katanya ada hal" Jawab Abang Mat, aku di sini hanya memerhati. Menjadi patung yang bernyawa

Tengku Darren tersenyum, mungkin berpuas hati dengan jawapan yang dia terima. Pandangan mata lelaki itu jatuh pada aku. "Kau rehat lah dulu, kalau nak apa-apa jerit aje. Bilik aku betul-betul dekat sebelah kau" Ujarnya

"Saya nak pergi berbual dengan mommy sekejap ya, rindu"

Tersenyum lebar Abang Mat mendengar kata-kata Tengku Darren itu. Aku hanya memerhati bayangan mereka yang semakin lama semakin menghilang, sempat Abang Mat menutup pintu bilik. Ingin memberikan aku ruang untuk bersendirian

Badan dibaringkan diatas katil yang empuk itu, aku mengatup mata beberapa saat sebelum keluhan berat dilepaskan. Ingin melepaskan semua beban yang ada di dalam kepala, sungguh aku penat dengan semua yang berlaku ya Allah

Kenapa papa layan Maya macam ni? Maya bukan anak kandung papa ke? Apa yang makcik tu dah buat dekat papa, sampaikan papa benci sangat dengan Maya?

Semua persoalan itu makin menambahkan perit dihati aku, seketika aku menatap dinding itu

Apa yang aku rasa sekarang?

Kosong.

"Tapi kenapa papa pergi klinik? Papa sakit ke? Kalau betul papa sakit, papa sakit apa?" Aku mula bermonolog dengan diri sendiri, setahu aku. Papa tak ada apa-apa penyakit

Walaupun papa buang aku dari hidup dia, aku tak akan pernah buang papa dari hidup aku

Sometimes I just have to stop. Close my eyes and hug you, papa. Even if it's only in my mind

Aku bangkit dari pembaringan, untung saja ada bilik air didalam bilik ini. Aku perlu bersihkan diri, dah tak serupa orang nampaknya aku ni

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 20/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now