Chapter 6

3.2K 93 1
                                    

Patience is when you are supposed to be mad but you choose to understand
- Raisha Aryana
____________________________________

Aku berdiri dihadapan pintu masuk pejabat bilik Tengku Darren, sesungguhnya orang yang beriman adalah orang yang sabar. Dah pukul 7:20 minit pagi aku tercegat dekat sini gara-gara tunggu kedatangan dia! Bukan main lagi suruh aku datang sebelum pukul 7 pagi, sekarang ni bayangan dia pun aku tak nampak tau?

Cik Raisha sedang berada disebelah aku, turut menanti kehadiran boss kesayangan nya itu. Rasanya Tengku Darren dah boleh tukar nama kut, jadi Darren Si Janji Melayu!

"Dah dua puluh minit ni Cik Raisha, semalam Tengku Darren telefon saya cakap datang sebelum jam tujuh pagi. Dia siap cakap lagi jangan lambat, sekarang ni dia yang lambat" Aku bersuara seakan-akan tidak berpuas hati, bukan seakan-akan. Tapi memang tak puas hati!

Perempuan itu ketawa kecil. "Mungkin boss ada hal sikit, ataupun Sara buat ragam pagi pagi. Siapa tau kan, Cik Maya?" Ujar Raisha sambil tersenyum nipis, terkebil-kebil aku mendengar kata-kata Raisha itu

"Patience is when you are supposed to be mad but you choose to understand" Sambung Raisha lagi

Sara? Siapa Sara? Adik perempuan dia ke? Ataupun isteri dia?

Aku gigit bawah bibir. "Erm boleh saya tanya tak? Siapa Sara yang awak maksudkan tu?" Soalku ingin tahu, baru sahaja Raisha ingin membuka mulut. Aku mendengar telapak kasut seseorang yang sedang berjalan kearah kami, dengan serentak kami berdua memandang susuk tubuh tinggi lampai itu

"Selamat pagi, boss" Ujar Raisha sambil menunduk hormat, aku terdiam seketika sebelum aku turut menunduk hormat pada Tengku Darren. Lelaki itu mengangguk kepalanya

"Dah lama tunggu?" Tanya Tengku Darren dengan dingin, gatal aje mulut aku ni nak jawab

'Eh taklah, tak lama pun. Sepuluh jam aje!' Ujarku dalam hati, ehek takutla nak jawab betul-betul. Nanti kena marah

Tengku Darren memandang aku. "Jangan nak kutuk aku sangat, sorry sebab aku lambat. Ada hal sikit" Terang lelaki itu, aku dan Raisha mengangguk kepala. Aku tersengih kecil, alamak kantoi ke aku kutuk dia dalam hati?

"Raisha hari ni awak ikut saya dengan Cik Maya, saya nak awak belikan dia semua set office attire yang sesuai dengan dia, belikan dia tudung bawal yang kena dengan muka dia dan ajarkan style tudung yang trend terkini" Tengku Darren mengerling sekilas pada jam yang berada di tangan kirinya

"Sekarang pukul 7:30 minit pagi, saya nak pukul 12:00 tengahari ni Cik Maya dah siap sepenuhnya untuk attend meeting hari ni. Awak fahamkan Raisha?" Lelaki itu menyoal dengan suara yang tiada perasaan

Pantas perempuan itu mengangguk. "Saya faham, boss. Tapi.. macam mana pula dengan kos?" Dapat aku lihat perempuan itu takut-takut untuk bertanya, Tengku Darren senyum senget lalu dia menyelukkan tangan didalam poket seluar nya. Wallet dikeluarkan lalu dia terus menghulurkan satu kad credit kepada Raisha

"Beli apa sahaja yang sesuai dengan Cik Maya, tentang kos tu tak perlu risau"

Hampir ternganga aku dibuatnya, dia fikir duit dia unlimited ke macam mana? Aku hanya diam tak berkutik, tak tahu nak menyampuk apa. Muka Tengku Darren sekarang sangat serious, apatah lagi bila anak mata hazel itu menikam tajam anak mata aku. Kecut babe!

"Cik Maya, pastikan kau pakai cantik, sopan dan kemas untuk meeting hari ni. Sebagai personal assistant aku, kau perlu ada sikap yang profesional. Aku akan tunggu kau orang berdua dekat starbucks cafe, ada kerja" Arahan Tengku Darren membuatkan aku meneguk air liur dengan kesat, namun kepala tetap mengangguk

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now