Chapter 3

3.6K 100 8
                                    

I trusted you. But now, your words means nothing because your actions spoke the truth
- Maya Darena
____________________________________

Yana yang sedang bercekak pinggang di hadapan aku itu dipandang sepi, seolah olah tiada sesiapa pun yang ada didepan aku sekarang

"Kau dah kenapa tinggalkan aku macam tu aje dekat mamak tadi? Nasib baik si kasanova tu bagitahu dekat aku yang kau dah balik, kalau tak sampai tengahari aku duduk dekat situ aje!" Bebelan Yana itu aku buat tak endah, hati masih lagi panas dengan si Rayyan yang kasanova tu

Gadis itu mengambil tempat duduk di sebelah aku. "Biar aku teka, kau bergaduh dengan mamat kasanova tu kan? Apa lagi yang dia buat dekat kawan aku ni?" Tanya Yana dengan wajah yang ingin tahu, aku mengeluh perlahan

"Mamat tu dah macam gila talak kau tahu tak? Dah jadi mantan tu mantan jela, yang sibuk nak rujuk balik dengan aku dah kenapa? Dia siap cakap lagi, dia akan pastikan yang aku akan jadi milik dia! Kau tak rasa benda tu seram ke?" Muka menyampah ditayangkan membuatkan gadis itu ketawa besar

"Kalau aku dekat tempat kau tadi, memang aku simbah terus teh ais dekat muka dia. Bagi dia sedar sikit, dia lupa ke apa yang dia dah buat dekat kau?" Mendengar sahaja kata-kata Yana itu membuatkan aku terdiam, bayangan Rayyan dan Syasya yang kantoi berduaan didalam apartment itu kembali terngiang dikepala

THROWBACK

Tangan kanan yang memegang tiffin itu diangkat, serta merta senyuman terukir di bibir. Tak sabar nak bagi buah hati rasa nasi goreng yang aku masak, kaki melangkah menghampiri pintu itu

Bilik 190

Memang ini apartment yang Rayyan duduk, mesti mahal sebab ianya berhampiran dengan KLCC. Pasti pemandangan di dalam apartment nya cantik kan? Dapat tengok menara KLCC hari-hari

TING TONG!

Aku menekan butang loceng, selepas aje aku hantar makanan ni. Aku perlu balik, nanti kang orang fikir apa pula kan bila dia nampak seorang perempuan bertudung datang apartment lelaki bujang?

Debaran semakin menjadi-jadi apabila aku mendengar pintu dibuka dari dalam, wajah Rayyan muncul disebalik pintu. Jelas lelaki itu terkejut dengan kehadiran aku disini, aku mengukir senyuman manis kepadanya. Namun mata aku tertumpu kepada bahagian badan Rayyan yang terdedah itu, dia hanya mengenakan seluar pendek paras lutut sahaja

Alamak! Sexy betul mamat ni dekat rumah? Dugaan betul ni Maya, astagfirullahaladzim

"Maya? What are you doing here?" Ucapnya dengan nada terkejut, hampir tergamam aku dibuatnya apabila dia menyoal aku dengan soalan yang begitu

Eh mamat ni, tak suka ke jumpa aku? Dah kenapa boyfriend aku ni perangai lain macam aje hari ni?

"Saya nak bagi awak nasi goreng ni, makan lah. Sedap tau saya masak, mesti awak suka" Aku berkata dengan gembira, namun wajah lelaki yang berada dihadapan aku ini kelihatan sangat resah. Sekejap dia berpaling ke dalam, sekejap ke luar. Apa yang dia sorokkan daripada aku ni?

Takkan lah mak dia ada dekat sini?

Rayyan mencapai huluran tiffin itu, dia ukir senyuman sekilas. "Thank you Maya, awak balik lah dulu. Saya ada banyak assignment sekarang ni, nanti kita berbual dalam call eh?" Suara lelaki itu seakan-akan menghalau aku daripada sini

Sumpah aku terkedu! Apabila dia melihat aku hanya diam, dia mengeluh perlahan. "Honey... I really appreciated what you've done to me, tapi saya banyak assignment lah sayang. I will call you later, okey?" Ujar Rayyan dengan suara yang malas melayan, oh faham! Sekarang ni memang dah terang lagi bersuluh mamat ni nak halau aku

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now