Chapter 42

2.5K 79 6
                                    

Come on little lady, you and Luthfan look cute together
- Luthfy Dzafren
____________________________________

Aku hanya menatap sepi lelaki yang sedang terbaring kaku diatas katil, kepalanya berbalut. Ada kesan darah di pembalut itu, sedar tak sedar. Tangan aku sedang menggenggam tangannya yang sejuk, dia masih lagi belum sedarkan diri

TIT.. TIT.. TIT..

Hanya bunyi mesin defibrillator yang menemani aku, macam macam perkara yang bermain difikiran aku sekarang ini. Macam mana lelaki itu tahu nama aku? Apa yang membuatkan dia marah dengan Tengku Darren? Tak mungkin hanya kerana Tengku Darren memandu kereta dengan laju

Tak logik.

Pasti ada sebab lain yang membuatkan lelaki itu naik angin, tapi sebab apa?

Mata memerhati wajah tenang Tengku Darren, sedaya upaya otak aku cuba untuk menganalisis apa sebenarnya yang sudah terjadi tadi. Kenapa tiba-tiba Tengku Darren diserang? Seketika mata aku terbuntang

Lelaki ini..

Ada musuh? Tapi tak mungkin lelaki sebaik dia ada musuh kan? Atau mungkin, lelaki yang memukul Tengku Darren tadi musuh aku? Tapi siapa? Aku ada musuh ke?

"Peningnya!" Ujar aku sambil memukul kepala dengan perlahan, sekali lagi mata aku membulat.

Kereta.

Ya! Tengku Darren pernah cakap, semasa aku diculik tempoh hari aku diheret masuk kedalam kereta Myvi berwarna putih!

Macam mana pula dengan nombor plate kereta tu? Tadi aku tak sempat nak tengok nombor plate kereta tu sebab bahagian depan dia kemek dengan teruk, mesti nombor plate dia dah tercabut

"Kenapa nampak macam susah hati?" Teguran seseorang itu membuatkan aku menoleh kearahnya, Luthfy tersenyum pada aku sambil tangannya dimasukkan kedalam poket seluar.

"Luthfy.." Tanpa sedar aku menyebut nama lelaki itu, terjongket sebelah keningnya. Dia menghampiri katil lalu merenung kearah Tengku Darren yang masih lagi belum sedarkan diri, lama dia merenung Tengku Darren. Kemudian matanya beralih pada tangan aku yang sedang menggenggam tangan Tengku Darren

Cepat-cepat aku melepaskan tangan Tengku Darren, terbit senyuman dibibir lelaki itu.

Cis, sejak bila aku pegang tangan abang dia ni? Habislah aku kena perli dengan dia!

"Apa senyum-senyum?" Soal aku dengan nada sedikit garang, cuba untuk menutup rasa gentar

"Awak cintakan abang saya?" Pertanyaan Luthfy itu membuatkan aku ketawa kekok, ini dah kali ke berapa budak ni tanya soalan macam ni dekat aku

"Mana ada saya cintakan dia, kenapa awak tanya soalan macam tu?" Jawab aku, masih lagi dengan sisa tawa. Luthfy tersenyum mengejek kepada aku, serta merta aku ketap bibir.

"Mengaku aje yang awak dah jatuh hati dengan abang saya, bukan susah pun nak jujur" Sindirnya, makin kuat aku ketap bibir. Ada aje budak ni nak korek rahsia

"Saya tak faham apa yang awak cuba untuk sampaikan sekarang ni, Luthfy Dzafren. Jadi lebih baik awak berhenti merapu" Tegas aku berkata, makin panas hati aku apabila Luthfy ketawa

"Saya ada bukti"

"Mana buktinya?" Pantas aku menyoal, lelaki itu tersenyum. Lesung pipitnya yang dalam itu mula timbul

"Pertama, cara awak pandang abang saya. Pandangan mata awak terhadap abang saya dah cukup untuk jelaskan betapa cinta dan sayangnya awak pada dia. Kedua, awak takut kehilangan abang saya" Tersengih Luthfy sambil menerangkan, aku menjegil mata kepadanya

"Saya tak setuju yang kedua tu, mana awak tahu saya takut kehilangan Tengku Darren?" Aku masih lagi cuba untuk menafikannya, seketika lelaki itu tersenyum sinis

"Apa yang saya nampak tadi, dah cukup untuk jawab soalan awak Cik Maya. Awak genggam tangan abang saya, seolah-olah tak rela kehilangan dia" Luthfy masih lagi dengan niat mengusiknya itu, sedar tak sedar aku dah masuk kedalam perangkap lelaki itu

"Come on little lady, you and Luthfan look cute together"

Pantas aku memutarkan mata keatas, cuba untuk menutup rasa cemas. Wahai jantung, kenapa kau berdegup laju macam ni? Nampak sangat yang aku takut kalau apa yang dikatakan Luthfy itu benar, persoalannya.

Adakah itu benar?

TOK! TOK! TOK!

Serentak kami menoleh pada pintu, wajah Dato' Megat dan juga Abang Mat tersembul disebalik pintu. Tak lama kemudian, muncul pula wajah Yana. Aku terus bangun dari duduk, menyuruh Dato' Megat duduk diatas sofa itu. Perlahan-lahan kaki mendekati Yana, aku yang menyuruh dia datang ke sini

"Macam mana boleh jadi macam ni, Maya?" Dato' Megat bertanya, dapat aku lihat ada air mata yang bergenang diwajah lelaki itu.

"Maya tak pasti, tadi Tengku Darren datang jemput Maya lepas habis kelas. Lepas tu ada kereta ni dia langgar kereta Tengku Darren, lepas tu tiba-tiba aje dia pukul kepala Tengku Darren guna kayu" Terang aku panjang lebar, masing-masing mengerutkan dahi bila mendengar penjelasan aku itu

"Nampak tak nombor plate dia?" Tanya Abang Mat pula, aku hanya menggelengkan kepala.

Kedengaran tiga orang lelaki itu mengeluh, mungkin kesal dengan apa yan terjadi kepada Tengku Darren.

"Maya dengan Yana keluar dulu tau?" Pinta aku lalu mengheret Yana untuk mengikuti aku, sebenarnya ada beberapa perkara yang perlu aku ceritakan padanya

Tiba saja dikawasan sedikit jauh dari bilik wad Tengku Darren, aku menghentikan langkah. "Ada sesuatu yang aku nak cakap dekat kau" Ujarku serius, berkerut dahinya

"Kenapa?"

"Orang yang pukul Tengku Darren tu, dia tahu nama penuh aku."

Semakin bertambah kerutan di dahi Yana. "Macam mana dia tahu nama kau? Ataupun kau pernah kenal dengan dia ke sebelum ni?" Tanya Yana pula membuatkan aku terdiam

"Aku tak kenal dia langsung, tapi firasat aku kuat mengatakan yang dia lelaki yang culik aku" Serius aku berkata membuatkan mata Yana membulat

"Kau ada bukti?"

"Tengku Darren pernah cakap dekat aku hari tu, dia nampak lelaki tu heret aku masuk dalam kereta Myvi berwarna putih. Nombor plate dia WBP 2205, tapi masa berlakunya kes langgar tadi. Aku tak tahu apa nombor plate kereta tu, sebab bahagian depan kereta tu hancur" Terang aku, masing-masing menayangkan wajah yang serius

"Kalau macam tu periksa CCTV jalan raya"

Serentak aku dan Yana menoleh pada Luthfy yang entah dari mana muncul, dia ukir senyuman

"Maksud awak?" Yana bertanya hairan, macam mana nak periksa CCTV dekat situ sedangkan kita tak ada jawatan?

"Biar saya yang uruskan" Sebaik saja Luthfy berkata begitu, dia meminta izin untuk berlalu. Sempat lelaki itu mengenyit mata kepada kami

"Kacak betul" Gumam Yana yang berada di sebelah aku, pantas aku mencubit lengannya. Gatal!

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 29/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now