Chapter 21

2.6K 81 2
                                    

Cheating and lying are never mistakes, that crap is planned
- Maya Darena
____________________________________

Yana berpeluk tubuh sambil anak matanya tajam memandang aku, gaya dah macam mak marahkan anak sebab pergi melencong tanpa minta izin

"Kau pergi mana?" Dia menyoal, aku tidak menjawab sebaliknya aku memasukkan pakaian kotor yang aku pakai semalam kedalam beg plastik. Bersiap sedia untuk keluar daripada resort ini dan berambus dari pandangan Tengku Darren

Aku pergi ke kanan, Yana pergi ke kanan. Aku pergi ke kiri, dia turut pergi ke kiri. Keluhan dilepaskan lalu aku merenung tajam wajah gadis itu

"Aku nak balik rumah dan aku dah berhenti kerja dengan boss kesayangan kau tu, lagi satu. Mungkin aku akan sambung belajar, nak ikut atau tak. Terpulang pada kau" Ujar aku, noktah. Lebih baik aku sambung study sebagai pelajar master, walaupun aku tahu benda ni sukar

Ternganga gadis itu mendengar ayat aku, tangan kanan aku naik lalu menutup mulutnya. "Masuk lalat, nanti kesian lalat tu mati sebab bau nafas kau" Selamba aku berkata membuatkan Yana ketawa terbahak-bahak

Sempat tangannya mencubit lengan aku. Bibir turut mengukir senyuman

"Kau biar betul ni Maya? Kenapa tiba-tiba kau berhenti? Apa yang boss cakap bila kau nak berhenti? Dia setuju ke? Lagi satu, jin mana yang rasuk kau ni? Hari tu bukan main lagi, dah tak nak sambung belajarlah, course ACCA boleh buat kepala meletup lah. Sekarang ni apa cerita?" Bertubi-tubi dia bertanya

Aku memutarkan mata keatas, sempat dia mengutuk aku.

"Aku rasa aku dah boleh tukar nama kau sebagai Yana Si Mulut Murai, sesuai sangat dengan kau yang banyak tanya ni!" Penuh sarkastik aku berkata membuatkan gadis itu menjeling aku

"Betul-betul lah Maya Darena! Kalau kau berhenti, macam mana dengan aku? Sanggup eh kau nak tinggalkan aku seorang diri dekat dalam company yang sebesar alam tu? Kalau ada yang mengorat aku nanti, macam mana?" Yana membuat mata ala-ala puppy eyes

Ha mula dah Drama Queen yang dicipta khas oleh Adriane Dayana, aku mencebik bibir. "Baguslah kalau ada yang nak mengorat kawan baik aku ni, kau lagi lah suka. Betul tak? Nama-nama scandal kau tu kan, kalau disenarai dalam kertas A4. Aku berani jamin yang tak akan cukup satu helai kertas A4!" Sindir aku

Terus berubah wajahnya, dia memuncungkan mulut tanda merajuk. Aku hanya buat bodoh, dia fikir aku nak pujuk?

"Kau dah nak balik ke? Tak mahu sarapan dulu?" Yana menyoal sambil matanya mengerling jam yang tergantung di dinding

Aku menggeleng. "Macam mana dengan kau? Kalau nak ikut aku balik, jom lah" Ajak aku, nak umpan lah katakan. Gadis itu tersengih

"Kalau aku ikut kau, janji dengan aku yang dalam kereta nanti kau kena cerita semua yang boss cakap dengan kau tadi. Aku tahu lah, waktu kau keluar tadi kau terserempak dengan Tengku Darren kau tu. Janji?"

Aku menjelingnya, minah ni kalau tak mengorek rahsia orang. Tak sah!

"Kau tanya, aku jawab"

*****

Kami berdua masuk kedalam perut kereta, baru sahaja aku mengunci pintu. Yana terus bersuara

"Okey sekarang ni aku nak tahu, apa yang jadi tadi?"

Aku menarik nafas lalu dihembus perlahan, perempuan ni kan? Cuba lah bagi aku ruang untuk bernafas dulu, aku pun perlu oksigen!

Tali pinggang keledar dipakai lalu aku mula meneruskan perjalanan. "Helo? Aku tengah bercakap dengan kau tau, bukannya tunggul" Marah Yana membuatkan aku menjelingnya

"Boleh tak bagi aku baca doa naik kenderaan dulu? Kalau jadi apa-apa kau nak kita pulang naik ambulans ke?" Sindir aku pedas, tak menyabar punya pasal dia ni

Dia hanya buat bodoh, namun dapat aku lihat dari ekor mata bibirnya sedang terkumat kamit membaca doa.

"Pagi tadi aku keluar untuk tenangkan fikiran, saja nak hirup udara pagi. Awal-awal aku dah tenang sikit, tapi bila seorang budak datang terkedek-kedek lari lepastu tiba-tiba peluk aku. Mood aku semakin teruk, kau tau anak siapa?" Panjang lebar aku menjelaskan, mata masih tetap fokus kedepan

"Anak siapa?" Soalnya ingin tahu

"Tengku Darren"

"What?!" Terjerit dibuatnya Yana apabila mendengar jawapan aku, kepala aku terangguk-angguk. Wajah gadis itu seolah-olah tidak percaya

"Apa dia buat dekat situ? Lagi satu, bapak dia ada tak?"

"Bapak dia mestilah ada, sebab tu lah mood aku jadi lebih teruk. Anak dia panggil aku mommy tadi, apa dia ingat aku ni sama dengan Leona tu ke?" Bebel aku, memang jauh beza kut aku dengan si Leona tu

Yana ketawa besar mendengar kata-kata aku, apa yang kelakar aku pun tak tahu lah. Orang tengah serius tapi dia boleh ketawa sakan, huh benci!

"Lepas tu apa jadi?"

"Dia tanya aku kenapa majlis semalam aku terus masuk bilik, lagi satu dia tanya kenapa mata aku bengkak. Aku rasa kan, boss kesayangan kau tu ada masalah" Sengaja aku membiarkan kata-kata aku tergantung

Dahi Yana berkerut. "Masalah apa pula kau ni? Aku tengok dia okey aje, tak ada pula dekat dahi dia tu berkedut" Ujar Yana hairan

"Masalah mental"

Serta merta tangan Yana naik mencubit lengan aku membuatkan aku mengaduh kesakitan. "Kau ni mulut kalau mengata orang, memang kau lah nombor satu kan? Tak baik lah cakap macam tu dekat dia, boss tu dah lah kacak, kaya, baik. Sado pula tu" Bebelnya membuatkan aku mencebik

"Oh maksudnya kau berpihak pada Tengku Darren lah?" Soalku. Signal diberikan ke kiri lalu aku memberhentikan kereta di pinggir jalan, Yana tersengih

"Apa kau sengih-sengih? Turun cepat, kau balik jalan kaki!"

Pantas wajah Yana berubah, dia menjuih bibir meminta simpati. "Ala kau ni, mana ada aku berpihak pada dia. Aku cuma cakap apa yang fakta tentang dia aje, salah ke" Yana masih membela Tengku Darren, jelingan tajam di hadiahkan padanya

Aku memberi signal ke kanan kemudian memecut laju untuk pulang ke rumah. "Kalau dia baik, kenapa dia tipu aku yang dia tiada teman wanita? Sedangkan dah terang lagi bersuluh, dia dah ada isteri dan anak. Itu yang kau cakap baik?" Ujarku tidak berpuas hati

Manusia yang baik tak akan menipu!

"Mungkin dia terpaksa tipu?"

Aku hanya senyum sinis mendengar ayat yang keluar dari mulut Yana. "Cheating and lying are never mistakes, that crap is planned" Ujarku lalu terus menumpukan perhatian kehadapan

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 19/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now