Chapter 37

2.5K 78 5
                                    

Make peace with your broken pieces.
- Maya Darena
____________________________________

Aku hanya terperap didalam bilik, berkali kali Tengku Darren mengetuk pintu aku menyuruh aku keluar makan. Namun aku hanya menjawab aku kenyang, tiada selera rasanya bila semua ini berlaku. Yana pun ada menelefon aku pagi tadi, tidak pula aku jawab

Malahan aku mematikan telefon itu, bila semua ini terjadi. Apa yang aku harus buat?

"Haih.." Aku sendiri tak tahu apa yang aku perlu buat, minda seolah-olah kosong. Namun secara tiba-tiba aku merasa dahaga, aku mencapai botol air berwarna purple itu

Kosong.

Sekali lagi aku mengeluh kesal, bila aku nak minum airlah dia habis. Tudung dicapai lalu aku keluar daripada bilik, satu persatu anak tangga aku pijak. Kaki aku terluka sekali lagi gara-gara semalam, jadi aku perlu berhati-hati

Sampai saja ditingkat bawah, dapat aku lihat Tengku Darren dan juga Luthfy yang berada diruang tamu. Nampaknya mereka sedang berbahas sesuatu yang serius, aku lihat wajah bengang Tengku Darren

"Aku tak sangka perangai kau macam ni along, kalau ye pun kau sayangkan Maya. Janganlah sampai guna cara yang macam ni!" Tinggi suara Luthfy kedengaran di gegendang telinga aku

Terkebil-kebil aku dibuatnya, apa yang Tengku Darren buat? Dia tak salah, bukan dia yang culik aku. Tapi Rayyan! Lelaki tak guna tu yang culik aku!

"Kalau kau datang sini semata-mata nak bahas perkara semalam, aku cadangkan lebih baik kau pergi masuk bilik. Kau ni bercakap seolah-olah kau tak kenal abang kau sendiri kan" Tengku Darren membalas, suaranya kedengaran tenang tapi terselit tegas didalam nadanya

Luthfy tersenyum sinis

"Sebab aku kenal abang aku lah aku cakap macam ni, kau bukan lelaki miang kau tau tak along? Luthfan Darren yang aku kenal, tak akan buat kerja bodoh yang calarkan nama dia sendiri. Tapi kau tahu tak sekarang ni, tindakan kau yang bodoh tu akan kotorkan nama baik kau sebagai C.E.O LA Darren's? Bukan setakat nama kau yang tercalar, nama daddy, nama mommy bahkan nama keluarga kita pun akan terjejas!" Bentak Luthfy lagi, aku yang sedang mengendap disebalik dinding ini turut terkejut

Tak pernah lagi aku dengar suara Luthfy yang tinggi begini, aku lihat Tengku Darren bangun dari duduk lalu dia merenung tajam kearah Luthfy

"I have told you before, Luthfy Dzafren. Kalau tak tahu cerita, jangan bertindak seolah-olah kau tahu semuanya! Berapa kali aku perlu cakap dekat kau, dekat daddy dan dekat semua orang yang ini bukan salah aku?!" Tengku Darren menengking kuat, agak-agak jiran dekat luar sana dengar tak suara mereka yang macam guruh ni?

"Kalau macam tu cerita dekat aku apa yang terjadi semalam, kalau kau diam macam ni. Macam mana orang nak percayakan kau, along? Kenapa bila daddy tanya kau tentang apa yang terjadi semalam, kau diam? Kenapa bila aku tanya kau apa yang berlaku pada kau dan Maya semalam, kau senyap? Jawablah along, jangan jadi lelaki pengecut!"

"Luthfy Dzafren!" Terhinjut bahu aku mendengar jerkahan Tengku Darren itu. Aku mengusap dada perlahan, ya Allah hampir tercabut jantung aku dibuatnya. Seram betul lah dua beradik ni bila mengamuk

Terbantut niat aku untuk mengisi air apabila Tengku Darren mula meninggalkan Luthfy, nampaknya lelaki itu ingin naik ke tingkat atas. Mula lah aku gelabah, tak tahu nak naik masuk bilik atau nak teruskan niat untuk isi air

Cepat-cepat aku menaiki anak tangga, sampai saja hidapan pintu. Aku terus bergegas masuk kedalam bilik, baru saja ingin menutup pintu. Seseorang menahan menggunakan tangannya, membulat anak mata aku dibuatnya

"Kenapa lari?" Tengku Darren menyoal hairan, wajahnya yang merah itu aku tatap. Kepala digelengkan bagi menjawab soalan lelaki itu

"Kau takut dengan aku?" Sekali lagi lelaki itu menyoal membuatkan aku mengeluh perlahan

"Kenapa saya perlu takut dengan Tengku Darren? Awak tak bersubahat dengan dia pun kan? Jadi kenapa saya perlu takut?" Aku berkata serius, melihat senyuman di wajah lelaki itu membuatkan aku turut tersenyum

Aku tak pasti kenapa setiap kali aku bersama dengan lelaki ini, aku tenang

"Kau nak teman aku suapkan makanan untuk mommy tak?"

Terkebil-kebil mata aku memandangnya, perlahan-lahan kepala mengangguk. Makin lebar senyuman diwajah Tengku Darren saat ini, dia menyuruh aku mengikutinya. Sampai saja dihadapan bilik Datin Mawar, aku menghentikan langkah apabila melihat Datin Mawar yang sedang duduk diatas kerusi roda. Pandangan mata wanita itu jauh ke luar tingkap

Apa yang dia fikir?

Mungkin dia berfikir, bila masanya untuk dia sembuh seperti dulu, bila masanya untuk dia dapat luangkan masa dengan suami dan anak-anaknya seperti dulu. Mungkin?

Betul lah kata orang-orang dulu.

Make peace with your broken pieces.

Tengku Darren berdehem seketika, menarik perhatian seorang pembantu yang sedang membuat menggaul bubur untuk Datin Mawar. "Biar saya yang buat" Tengku Darren berkata kepada pembantu itu, pantas wanita itu mengangguk lalu keluar daripada bilik

Sempat dia ukir senyuman pada aku

Tengku Darren mengambil tempat di sebelah Datin Mawar, dia mengukir senyuman pada ibu kesayangannya itu. Aku duduk disebelah wanita itu juga

"Assalamualaikum mommy, macam mana dengan keadaan mommy hari ni? Lebih baik dari semalam?" Lembut saja lelaki itu menuturkan kata, aku lihat Datin Mawar mengalihkan pandangannya pada Tengku Darren. Mulutnya seakan-akan ingin bergerak, namun hampa

"Luth nak suapkan mommy bubur ni, janji dengan Luth yang mommy perlu habiskan tau? Mommy kena makan dulu, lepas tu baru mommy makan ubat" Tangan lelaki itu mencapai sudu lalu disua ke mulut Datin Mawar

Lama Tengku Darren berada dalam posisi begitu kerana Datin Mawar tidak mahu membuka mulut, sudu kembali diletakkan lalu Tengku Darren menghulurkan mangkuk yang berisi bubur itu kepada aku

Tangan berurat Tengku Darren itu naik mengusap lembut pipi Datin Mawar, dia mengucup pipi wanita itu dengan penuh kasih sayang. "Mommy.. kenapa ni?" Lembut Tengku Darren menyoal, dia meraih tangan Datin Mawar lalu dicium

"Makan sikit ya? Luth nak mommy sihat macam dulu, Luth nak bermanja dengan mommy macam dulu dan Luth rindukan mommy yang dulu.." Lirih Tengku Darren, tak lama kemudian aku mendengar esakan kecil yang terbit dari bibir Tengku Darren

Aku tergamam, Tengku Darren menangis sambil menyembamkan wajahnya diriba Datin Mawar. Seolah-olah anak kecil yang minta dipujuk oleh ibunya, tak semena-mena air mata aku bergenang

"Daddy dengan Dzafren tak percayakan Luth.. kenapa dia orang susah sangat untuk percayakan Luth, mommy? Luth tak buat semua tu, bukan Luth yang rancang semua tu, bila Luth datang dekat situ. Luth.. Luth nampak yang Maya sedang berlari, dia hampir diperkosa oleh seseorang." Teresak-esak Tengku Darren bercerita, aku yang berada di sisi lelaki itu hanya diam. Air mata perlahan lahan mengalir membasahi pipi

Bukan salah dia..

"Tapi.. Luth tak tahu siapa lelaki tu, sumpah mommy. Bukan salah Luth, tapi kenapa dia orang cakap ini semua salah Luth? Kenapa dia orang tak percayakan Luth?"

Aku mengetap bibir, menahan esakan yang hampir keluar. Mangkuk bubur diletakkan di atas meja, lalu aku meminta izin untuk keluar. Memberi waktu untuk Tengku Darren dan juga Datin Mawar berdua, namun dapat aku lihat ada mutiara jernih yang keluar dari mata Datin Mawar

Aku tahu, dia simpati dengan Tengku Darren
____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 25/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

Jangan lupa vote🖤

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now