Chapter 10

3K 93 8
                                    

Heartbreak is good for your career
- Darren Luthfan
____________________________________

Kelihatan pemandu peribadi Tengku Darren sudah menunggu kami berdua, aku hanya mengikuti langkah Tengku Darren yang besar itu. Mana tak nya? Kau tengok lah ketinggian dia dan ketinggian aku macam mana?

Pintu dibuka, baru sahaja aku ingin masuk untuk duduk ditempat duduk sebelah pemandu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu dibuka, baru sahaja aku ingin masuk untuk duduk ditempat duduk sebelah pemandu. Tengku Darren berdehem

"Duduk belakang" Singkat sahaja arahan yang lelaki itu beri, tercengang seketika aku apabila dia menyuruh aku duduk di belakang bersamanya. Aku ni bukan isteri dia tau

Pintu hadapan ditutup dengan perlahan lahan, baru sahaja aku ingin membuka pintu kereta itu. Seseorang menyapa aku, keluhan menyampah dilepaskan

Luqman Rayyan!

"Maya! Awak buat apa dekat sini?" Tanya mamat kasanova itu, sebelah kening di jongket kepadanya

"Aku sepatutnya yang tanya kau, apa yang kau buat di sini?" Soalku kembali, aku kerling Tengku Darren yang berada di dalam kereta. Jelas sekali wajah lelaki itu kelihatan marah, aduhai habislah aku

Rayyan menunjukkan satu bangunan yang bersebelahan dengan bangunan Tan Sri Azizi. "That's my office, awak lupa ke office daddy saya area Sepang?" Tanya Rayyan dengan nada yang tidak berpuas hati, aku memutarkan mata keatas

"Tak berminat untuk ingat" Jawab aku dengan selamba, lelaki itu menatap wajah aku dari atas hingga bawah. Dia juga melihat kereta berjenama Bentley itu, aku ukir senyuman sinis. Ahaa! Dapat satu idea

Baru sahaja Rayyan ingin bertanya sesuatu kepada aku, pantas aku memotong. "Kalau dah tak ada apa-apa, aku pergi dulu. Tunang aku dah tunggu dalam kereta" Aku membuka pintu kereta, baru sahaja ingin meloloskan diri kedalam perut kereta

Rayyan menyambar pergelangan tanganku dengan kuat. "Tunang? Sejak bila awak bertunang? Siapa tunang awak, Maya?" Suara lelaki itu seakan-akan tidak berpuas hati, dapat aku rasa kan dia semakin memperkemas pegangan tanganku hingga aku mengaduh kesakitan

"Sakit lah, Rayyan!"

Lelaki itu menggeleng. "Awak tak boleh jadi milik orang lain, Maya! You're mine and always will be mine, can't you understand?!" Tengking Rayyan membuat kan aku tersentak, air mata terus bertakung kerana kesakitan di tangan

DUSH!

Hampir terbuntang mataku apabila Tengku Darren menunbuk wajah Rayyan, lelaki itu terjatuh diatas lantai. Pergelangan tangan aku melecet kerana dicengkam oleh tangan kasar Rayyan, sakit!

Wajah Tengku Darren yang putih menjadi merah kemerahan, jelas lelaki itu sedang marah sekarang. "Mak bapak kau tak ajar ke untuk hormati perempuan?!" Jerkah Tengku Darren, terhinjut bahu aku apabila mendengar jerkahan lelaki itu. Rayyan bangun daripada lantai, dia ukir senyum sinis sambil memegang rahangnya yang ditumbuk Tengku Darren

"Luthfan Darren? Kau siapa untuk Maya? Siapa kau untuk berlagak jadi hero?" Sinis Rayyan sambil matanya mencerlung tajam pada aku

Tengku Darren menjongket keningnya lalu memandang kearah aku sekilas. "Sayang, masuk dalam kereta. Pastikan suruh driver kunci pintu" Aku tergamam, ya Allah 'sayang'? Arghh, cair!

Gatalnya kau ni Maya Darena, dalam keadaan macam ni pun kau masih lagi boleh blusing?

"Kau panggil girlfriend aku 'sayang?', kau fikir kau CEO LA Darren's. Maya suka pada kau lah?" Sindiran Rayyan itu tidak di endahkan Tengku Darren, sebaliknya lelaki itu menatap aku dengan pandangan yang tajam

"Now!" Tegas Tengku Darren berkata membuatkan aku mengangguk kepala, pintu dibuka lalu aku meloloskan diri di dalam perut kereta. Pemandu peribadi itu sedang mengerling kearah aku

"Cik Maya okey?" Mata lelaki itu tertumpu pada pergelangan tangan aku yang memerah itu, aku ukir senyuman kecil lalu mengangguk. Sebenarnya tak okey! Tangan aku sakit sangat sekarang ni

Aku mengerling kearah cermin, memerhati apa yang Tengku Darren dan Rayyan bicarakan. Yang aku tahu sekarang, Tengku Darren benar-benar marah dengan tindakan bodoh Rayyan. Hampir lima minit menunggu, akhirnya Tengku Darren masuk kedalam perut kereta. Tanpa banyak kata, lelaki itu menyuruh pemandu peribadinya bergerak

Dengan pantas kereta Bentley itu meluncur laju meninggalkan Rayyan yang masih tidak berpuas hati, aku kerling Tengku Darren yang berada disebelah. Lelaki itu turut memandang kearah aku

"Sakit ke?" Tanya Tengku Darren prihatin, aku mengangguk perlahan. Benda memang tak boleh tipu, tangan aku hampir berdarah kerana terkena kuku Rayyan

Lelaki itu mengeluh seketika. "Pandu kereta ke klinik yang selalu saya pergi, tangan dia cedera" Arahan Tengku Darren itu membuatkan aku tercengang, eh bukan. Saya tak mahu ke klinik!

"Baik boss"

.

.

.

Tengku Darren berpeluk tubuh sambil anak matanya tertumpu pada pergelangan tangan aku yang dibalut dengan penuh berhati-hati oleh doktor, riak wajahnya seolah-olah merasa simpati melihat keadaan aku sekarang

"Okey siap!" Doktor Fiqa ukir senyuman puas sebelum matanya memandang aku dan Tengku Darren silih berganti, aku ukir senyuman lalu mengucapkan terima kasih

Siap kau Rayyan! Tangan aku berbalut ni semua gara-gara dia, kalau bukan sebab dia tangan aku takkan jadi macam ni! Tengku Darren memandang aku

"Jadi macam mana? Dah okey sikit?" Soal Tengku Darren, suaranya bertanya dengan nada yang penuh prihatin. Aku angguk kepala

****

Aku hanya diam sambil melontarkan pandangan mata ke luar tingkap, sejujurnya aku tahu Tengku Darren sedang memerhati aku.

"Siapa lelaki tadi?"

Bawah bibir digigit sesaat sebelum aku turut memandangnya. "Siapa?" Tanya aku kembali, astaga apa yang kau buat ni Maya? Orang tu tanya soalan, kau tanya lagi soalan pada dia

"Answer me" Tegasnya membuatkan aku tersentak

"Dia kawan saya" Dalih aku membuatkan lelaki itu mencerlung tajam pada aku, makin takut aku dibuatnya. Aduhai Maya kenapa kau tak jujur aje yang dia tu bekas teman lelaki kau?

Senyuman senget ditayangkan oleh lelaki itu. "Oh kawan, perlu ke genggam tangan kau sampai melecet? Dah tak tahu mana halal mana haram?" Sinis lelaki itu

Aku hanya diam.

"Heartbreak is good for your career" Sambung lelaki itu lagi

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 07/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now