Chapter 74

2.3K 50 2
                                    

The souls that have seen the darkest days can shine the brightest light, just keep going my young lady.
- Luthfan Darren
______________________________________

Tengku Darren mendekati aku yang sedang melilit tudung dihadapan cermin, dia memeluk pinggang aku dengan erat sebelum meletakkan dagu diatas bahu aku. Lembut saja tangannya mengusap perut aku, mata memandangnya melalui pantulan cermin

"Kenapa ni?" Soalku hairan, tiba-tiba aje suami aku jadi manja macam ni? Lelaki itu menggeleng kepalanya perlahan

"Abang sayangkan Maya, malahan teramat sayang. I can't forgive myself if anything happen to you. But.. as long as I'm here, no one will hurt you." Bisiknya dengan nada romantis membuatkan aku tersenyum, hati dah berbunga-bunga

Usai melilit tudung, aku menilik diri sendiri melalui pantulan cermin. Bibir tersenyum puas apabila penampilan aku sudah sempurna, badan dipusingkan memandang sang suami

"Cantik tak?"

"Mestilah cantik, isteri abangkan? Satu-satunya isteri abang yang paling cantik diatas muka bumi ni, Maya Darena." Kata Tengku Darren seraya jarinya mencuit hidung aku, tersengih aku dibuatnya

Kami berdua turun ke tingkat bawah, kelihatan daddy dan juga mommy sedang berbual dikawasan kolam. Pantas saja aku dan Tengku Darren mendekati mereka. "Haa! Borak tentang apa tu?" Sergah Tengku Darren membuatkan mommy memukul anak sulongnya itu

"Ya Allah budak ni, kalau dibuatnya mommy dengan daddy pitam tadi macam mana Luthfan Darren?!" Tegas mommy bersuara sambil mengusap lembut dadanya, aku tersengih manakala suami aku dan sakan ketawa

"Kamu berdua nak pergi mana?" Daddy bertanya hairan, mana tak hairannya kalau aku dan Tengku Darren bersiap macam ni?

"Keluar makan-makan kejap, ada budak tu dia teringin nak naik motor" Sindiran Tengku Darren itu membuatkan aku menjelingnya, eleh sindir-sindir pula

"Oh.. hah? Naik motor? Eh mana boleh, bahaya tau Maya?" Mommy bersuara seakan-akan tidak setuju, aku membuat muka sedih

Terus berubah wajah mommy, dia mengeluh perlahan. "Ye lah, Luth kamu jaga baik-baik isteri dan anak kamu dalam perut tu" Ujar mommy, mengalah dengan aku. Hehehe, usai berbual dengan mereka.. kami keluar dari rumah dan menghampiri garaj kereta.

"Sini sayang" Arahan Tengku Darren itu membuatkan aku melangkah mendekatinya, dia mencapai satu helmet berwarna hitam lalu disarungkan dikepala aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sini sayang" Arahan Tengku Darren itu membuatkan aku melangkah mendekatinya, dia mencapai satu helmet berwarna hitam lalu disarungkan dikepala aku. Sempat dia menepuk kecil helmet itu sebelum ketawa kecil

Aku menunggang motorsikal itu lalu memeluk erat pinggang Tengku Darren. "Pegang kuat-kuat tau Maya" Nasihatnya sebelum memulas pedal minyak

Sewaktu perjalanan, apa yang aku rasakan ialah kenyamanan. Ditemani dengan bulan purnama yang mengambang dan angin malam yang sejuk, ada juga aku dan Tengku Darren berbual sambil berkongsi cerita. Baru aku tahu yang suami aku sangat mencintai hujan manakala aku pula mencintai bulan, kami ada minat yang berbeza.

"Kenapa Maya minat bulan?" Tengku Darren menyoal, sejenak aku terdiam untuk berfikir. Kepala diletakkan diatas bahu Tengku Darren yang sedang tekun menunggang motosikal

"Setiap kali saya rindukan seseorang, saya akan termenung diluar tingkap sambil menikmati indahnya cahaya bulan yang mengambang. Dalam masa yang sama juga, bulan tu seolah-olah mampu untuk menyembuhkan luka dihati saya. Nak tahu tak sebab apa?" Soalku, nada aku sedikit tinggi. Bimbang jika suami aku tidak mendengarnya dengan jelas

"Kenapa sayang?"

"Sebab bulan ni seumpama diri saya. Tetap bersinar dengan cahayanya sendiri, walaupun tiada orang disisi. Tetap kuat walaupun sendiri dan tetap bertahan walaupun dibandingi" Ujarku sambil tersenyum, walaupun aku Tengku Darren tidak dapat melihat senyuman aku

"The souls that have seen the darkest days can shine the brightest light, just keep going my young lady."

Semakin lebar senyuman aku bila mendengar kata-kata lelaki itu. "Macam mana pula dengan abang? Kenapa abang lebih suka hujan berbanding bulan?" Aku menyoal seperti anak kecil, Tengku Darren menjongket bahunya

"Hujan buat abang rasa tenang, jadi itu sebabnya abang suka hujan" Ringkas dia menjawab, terbit rasa tak puas hati dihati aku

Kenapa pendek sangat dia jawab?

Tiba-tiba Tengku Darren menghentikan motorsikalnya, aku pandang sekeliling. Kami sudah sampai disatu kedai yang berhampiran dengan tasik, aku turun daripada motor lalu membuka helmet.

Seketika aku tergamam melihat satu meja yang sudah dihiasi dengan makanan dan minuman, disitu ada bunga mawar berwarna putih dan merah yang dihiasi disekeliling meja. Ada juga beberapa lilin berwarna merah diatas meja makan, Tengku Darren mengukir senyuman pada aku

Oh ya, baru aku perasan ada tulisan Happy 1st Anniversary berhampiran dengan meja kami. Seketika aku menepuk dahi, Ya Allah harini anniversary kami ke?

"Ya Allah, saya lupa hari ni anniversary kita!"

Tengku Darren ketawa kecil. "Abang tahu, sebab tu abang ajak Maya keluar" Balasnya sambil tersenyum manis

"Abang dah tempah siap-siap untuk Maya, jom" Tengku Darren mencapai tangan aku lalu digenggam erat, kami berjalan menuju kearah meja yang berhampiran dengan tasik itu. Kalau duduk dekat meja tu memang boleh nampak cahaya bulan yang mengambang dan tasik yang luas itu

Tengku Darren duduk dihadapan aku, beberapa orang pelayan menghampiri kami lalu menyediakan beberapa hidangan makanan. "Maya suka tak?" Soalnya dengan lembut, pantas aku mengangguk sambil tersenyum

"Mestilah saya suka, malahan sangat suka. Terima kasih abang sebab selalu ada dengan saya, selalu bahagiakan saya dan tak pernah lelah untuk layan karenah saya" Tuturku ikhlas, melihat senyumannya itu membuatkan aku turut tersenyum lebar. Tengku Darren mencapai tangan aku yang berada diatas meja lalu digenggam

"Itu memang tanggungjawab abang sebagai seorang suami, selagi Allah masih izinkan abang untuk bernyawa selagi tu abang akan buat yang terbaik untuk Maya. Abang harap sangat yang rumahtangga kita diredhai oleh Allah dan berkekalan hingga ke syurga, sebab abang tak sanggup untuk hidup tanpa Maya. My one and only wife." Usai berkata begitu, satu kucupan lembut hinggap ditangan kanan aku.

Alhamdulillah ya Allah, terima kasih kerana hadirkan lelaki sebaik dia. Sedar tak sedar air mata aku mengalir, aku terharu. Entah kenapa setiap kali Tengku Darren cakap macam tu, akan terbit perasaan sebak didalam hati aku. Hati tisu betullah kau ni Maya

"Saya nak tanya abang satu soalan boleh?"

"Boleh, nak tanya apa tu?"

Tangan aku menunding pada satu piano berwarna putih yang terletak elok berhampiran dengan meja kami. "Kenapa piano tu ada dekat situ?" Soal aku ingin tahu, melihat senyuman lelaki itu membuatkan aku hairan

"Kita makan dulu ya sayang? Lepas ni abang bagitahu" Ujarnya lalu memotong daging steak pada potongan dadu, dia menghulurkan pinggan itu kepada aku.

"Terima kasih"

______________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 08/03/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now