Chapter 24

2.7K 71 2
                                    

Sometimes we just have to remove people without warning, we are getting too old to be explaining
- Adriane Dayana
____________________________________

Memandangkan esok pagi tak ada kelas, aku dan Yana membuat keputusan untuk tidur dirumah keluarga Yana. Apa salahnya kita luangkan masa dengan orang yang tersayang, kan? Lagi pun aku rindu dengan Pak Mat, lagi-lagi Mak Pah

Lauk yang Mak Pah masak adalah kari ayam dan kentang yang dipotong dadu, tak lupa juga telur dadar yang rangup dan nampak menggiurkan itu

"Sedapnya! Lama tak makan mak masak" Serentak aku dan Yana berkata membuatkan Mak Pah ketawa, Pak Mat hanya tersenyum melihat gelagat kami berdua yang seperti anak kecil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sedapnya! Lama tak makan mak masak" Serentak aku dan Yana berkata membuatkan Mak Pah ketawa, Pak Mat hanya tersenyum melihat gelagat kami berdua yang seperti anak kecil

"Mestilah sedap, isteri ayah yang masak kan? Ha tunggu apa lagi, cedoklah nasi tu mari kita makan" Pak Mat bersuara seakan akan teruja, aku mencapai pinggan yang di hulurkan oleh Pak Mat lalu mencedok nasi dengan berhati-hati. Risau kalau tumpah aje

Usai mencedok nasi aku duduk disebelah Mak Pah manakala Yana duduk disebelah Pak Mat, dengan bacaan doa dari Pak Mat kami semua menjamu selera dengan gembira

Ada kalanya Yana bercerita tentang pengalaman bekerja di syarikat Darren, aku tersenyum apabila melihat senyuman yang terukir dibibir mereka bertiga. Sungguh seperti keluarga yang sangat bahagia dan harmoni

"Esok kita pergi mandi sungai, nak tak?"

Bersinar terus mata aku bila mendengar ajakan Pak Mat itu. "Mestilah nak! Dah lama tak mandi sungai, bila kali terakhir kita mandi sungai eh?" Soalku pada Yana, gadis itu meletakkan jari telunjuk didagu seolah sedang berfikir

Aku tanya soalan basic aje tu, bukannya tanya soalan addmath pun

"Haa! Aku dah ingat. Kali terakhir kita mandi sungai tu lepas habis SPM, ingat tak? Masa tu dengan kawan-kawan sekolah kita" Dengan teruja Yana berkata membuatkan aku mengangguk

"Oh yang masa kau tergelincir tu kan? Hahaha aku ingat lagi muka kau masa tu, cemberut habis babe sebab jatuh!" Aku ketawa terbahak-bahak apabila teringat peristiwa yang terjadi waktu itu

Masa tu Yana nak pergi simpan barang dekat pangkin, tapi belum sempat dia letak barang-barang. Dia tergelincir gara-gara tanah tu licin, masa tu muka dia astagfirullah. Dah serupa macam kerbau mandi lumpur, hahaha!

Yana mencubit lengan aku, semakin galak aku ketawa. "Kenangan lalu janganlah ungkit! Malu tau, dah lah masa tu ada si Faris tu" Kata Yana tidak berpuas hati, siapa Faris? Faris tu crush si Yana dulu, cinta monyet lah katakan. Masalahnya waktu Yana tergelincir macam badak air tu, si Faris ketawa tak henti-henti. Bukannya nak tolong

Sejak dari peristiwa tu, Yana dah tak tergila gila lagi pada Faris. Trauma katanya hahaha

"Sometimes we just have to remove people without warning, we are getting too old to be explaining" Yana berkata lagi

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now