Chapter 14

2.6K 83 1
                                    

He will never know how strongly a girl had once loved him
- Maya Darena
____________________________________

Tanpa sedar, air mata mengalir membasahi pipi. Pandangan aku tepat pada ombak yang beralun itu, Tengku Darren mengeluar kan sesuatu daripada poket lalu dia menghulurkan pada aku

Aku menoleh kepadanya, Tengku Darren menghulurkan sapu tangan kepada aku. Perlahan-lahan tangan mencapai huluran itu, aku menyapu air mata yang tak henti mengalir

"Maaflah sebab saya terluah pada Tengku Darren, saya.. saya tak sengaja" Ujar aku ikhlas, entah kenapa setiap kali aku luah sesuatu dekat seseorang. Aku akan rasa bersalah

Lelaki itu menggeleng kepalanya. "Aku suka dengar masalah orang" Ucapnya, dapat aku rasakan itu adalah satu kejujuran.

"Tengku Darren.." Aku memanggilnya, secara automatik Tengku Darren menoleh kepada aku. Sebelah keningnya terangkat, dapat aku lihat rambut lembutnya sedikit beralun gara-gara ditiup angin itu. Terus aku sengih kepadanya

"Tengku tak nak mandi?" Soalku sambil menunding jari pada air laut yang kelihatan sangat tenang itu, tanpa menjawab soalan aku. Tengku Darren dengan selamba berbaring terlentang, sebelah tangannya di jadikan sebagai bantal dan sebelah lagi di letakkan diatas perutnya. Sempat dia membetulkan cermin mata hitam

"Aku nak tidur, kalau kau nak mandi. Pergilah"

Eh, mudah betul? Aku jongket bahu, malas nak berbual panjang. Aku terus bangun daripada duduk, pasir yang melekat di pinggul dikebas perlahan. Risau jika pasir pasir itu terkena wajah Tengku Darren

Baru sahaja aku menapak selangkah, suara Tengku Darren kembali menyapa ditelinga

"Kau bawa baju lebih ke?" Aku menoleh pada Tengku Darren, kepala digelengkan kepadanya

"Saya tak nak mandi pun, nak jalan-jalan dekat tepi pantai aje" Ujar aku, melihat dia yang mengangguk itu aku terus tersenyum puas. Kaki pantas berlari anak kearah pantai itu

"Macam anak penyu"

Tercengang seketika, aku menjegilkan mata pada Tengku Darren yang masih lagi berbaring. Entah kenapa tangan aku ni rasa gatal aje nak cekik leher orang, nampak gayanya leher putih dan panjang Tengku Darren tu nak kena cekik kut!

****

Aku menoleh pada Tengku Darren yang sedang tekun memandu, sebenarnya ada sesuatu yang aku nak tanya pada dia. Tapi aku takut kalau dia marah, macam mana eh?

"Kau nak tanya apa?" Soal lelaki itu tanpa memandang kearah aku, bibir bawah digigit seketika. Haish mamat ni tahu tahu aje aku nak tanya sesuatu!

"Kalau saya tanya ni, Tengku Darren jangan marah tau?" Aku inginkan kepastian, kang kalau aku tanya tiba-tiba dia melenting suruh aku pulang jalan kaki. Tak ke makan diri?

Dia hanya mengangguk. "Tengku Darren ada girlfriend?" Takut-takut aku bertanya, seketika badan lelaki itu tegang. Alamak, lain macam aje muka dia sekarang? Aku salah tanya lagi ke?

Tengku Darren menggeleng. "Aku tak ada girlfriend, kenapa?" Balasnya. Entah kenapa hati ini bersorak gembira, aku ukir senyuman sesaat sebelum senyuman itu mati apabila Tengku Darren menoleh pada aku

Aduhai, kantoi pula!

"Saja... saya tanya sebab saya takut kalau girlfriend Tengku Darren salah faham, ye lah mesti dia jealous kalau nampak boyfriend dia keluar dengan perempuan lain. Even perempuan tu pekerja dia" Ucapku dengan jujur, kalau aku pun aku cemburu tau?

Tengku Darren hanya diam, tiada ura-ura untuk membalas percakapan aku. Kalau di lihat dari tepi, Tengku Darren nampak semakin kacak. Hidung dia mancung, bibir tak tebal tak nipis. Baru aku perasaan, muka Tengku Darren langsung tiada sebarang cacat cela. Jerawat tak ada, bintik hitam lagi lah tak ada. Boleh dikatakan muka Tengku Darren putih mulus dan flawless macam kulit bayi

Cemburu? Yea, of course!

"Dah puas tenung muka aku?"

Aku tersentak, pandangan terus dilontarkan ke luar tingkap. Oh my god, again Maya Darena? Macam mana lah kau boleh mengelamun sambil tenung muka dia?

"Macam mana dengan kau? Kau ada boyfriend?" Aku tau Tengku Darren saja bertanya soalan macam ni, aku pernah cerita pada dia tentang kisah aku dengan Rayyan hari tu

"I don't have a boyfriend, most of them are same. He will never know how strongly a girl had once loved him"

Aku tersenyum nipis, bukan nak mengutuk kaum lelaki. Tetapi kebanyakannya sama saja, orang berbeza tetapi cara menyakiti yang berlainan. Tengku Darren hanya diam

"Tak semuanya sama, ada yang tinggi dan ada yang pendek. Ada juga yang gemuk dan ada juga yang kurus" Entah hantu mana yang rasuk boss aku ni sampai tiba tiba aje loyar buruk? Aku menjelingnya, sakit pula hati layan mamat ni

Bila orang serius, dia loyar buruk. Aku buat balik, mula lah tak puas hati

Tengku Darren tersenyum. "Percaya lah aku cakap, kau akan jumpa lelaki yang lebih sempurna daripada lelaki sebelum ni. Kau patut cari lelaki yang boleh tahan dengan perangai kau, cari yang matang dan boleh kawal perangai kau yang clumsy dan mengada-ngada. Ingat, ramai yang berupa. Tapi tak ramai yang mempunyai pemikiran yang baik" Panjang lebar lelaki itu berkata, terangguk-angguk kepala aku

"Kau nak makan?" Tengku Darren menyoal, kereta dibelokkan ke kanan memasuki kawasan kedai makan.

"Tengku Darren nak makan apa?" Tanya aku, mata masih liar memandang kawasan sekeliling

"Kau"

"Hah?" Eh kejap, aku salah dengar ke? Aku rasa telinga aku ni dah rosak, kena pergi klinik ni!

Sebelah kening Tengku Darren terangkat, dia memandang aku. "Apa? Maksud aku, makan aje apa yang kau nak. Aku ikut kau" Terang Tengku Darren, aku menjegilkan mata kepadanya. Aneh-aneh lah boss aku ni, awas dia kalau macam-macam

"Betul ni?" Aku bertanya sekali lagi, ingin kepastian. Kalau dia jawab lain, memang aku smackdown dia dekat sini. Boss tak boss, hahaha

Ceyh nak smackdown orang, kau sedar tak kau tu pendek kemetot Maya? Tengok lah badan dia macam mana, tinggi dan sado pula tu. Kuat ke nak angkat?

"Ya" Tengku Darren menjawab dengan nada malas, aku memutarkan mata keatas. Okey, mungkin telinga aku yang salah dengar. Kereta berjenama mahal yang di pandu Tengku Darren masuk kedalam kotak parkir yang tersedia, enjin kereta dimati kan lalu dia keluar daripada perut kereta. Aku hanya mengikuti langkah lelaki itu

"Pilih kedai mana kau nak, aku bayarkan"

Kalau awak suruh saya bayar pun, saya tak akan bayar. Hahaha, bukan kedekut tapi cita rasa Tengku Darren mesti tinggi, lelaki ni cerewet bab-bab makanan. Betul tak?

Aku berfikir sejenak. "Haa, saya nak makan dekay gerai tu!" Aku tunjuk satu gerai yang berada paling dihujung

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 09/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now