Chapter 43

2.5K 76 1
                                    

Of course I miss you more than words can say
- Maya Darena
______________________________________

Aku pandang sepasang mata yang berwarna coklat pekat itu, dia turut memandang kearah aku tanpa berkedip. Tak semena air mata aku bergenang melihat papa yang betul-betul berada di hadapan aku, dah dua kali aku bertemu dengan papa

Kali pertama di klinik dan kali ke dua di hospital, papa sakit ke?

Yana yang berada disebelah aku juga kelihatan tercengang dengan kehadiran lelaki itu, kami hanya diam membisu. Tiada sapaan yang keluar dari mulut aku ataupun papa, untuk apa aku menyapa dia? Sedangkan dia pun tak anggap aku ni anak dia lagi, kan?

Papa yang buat keputusan untuk buang aku dari hidup dia, jadi apa yang aku boleh buat?

Merayu?

Seketika aku tersenyum sinis, cukuplah arwah mama dulu merayu pada papa supaya jangan tinggalkan dia. Aku tak akan buat benda yang sama.

Tangan pantas mengheret lengan Yana lalu kami berdua melangkah jauh dari lelaki itu, walaupun aku nampak bibirnya bergerak seolah-olah ingin menyampaikan sesuatu.

Maya minta maaf sangat-sangat papa, ini bukan kehendak Maya. Tapi papa yang paksa Maya untuk jadi macam ni

****

Nasi goreng kampung hanya dipandang sepi, tiba-tiba aje aku hilang selera bila jumpa papa. Kepala diangkat memandang Yana yang turut memandang kearah aku, di tangannya ada satu cawan yang berisi ais coklat

"Kenapa papa kau ada dekat sini?" Tanya Yana hairan, aku hanya menjongket bahu tanda aku pun tak tahu.

"Ini kali ke dua aku jumpa papa." Perlahan aku bersuara namun aku yakin Yana dapat mendengar dengan jelas, buktinya? Mata gadis itu terbeliak bagaikan dijemput malaikat maut, hahaha!

"Biar betul? Dekat mana? Macam mana kau boleh jumpa dia balik? Dia cari kau ke? Oh ya, isteri ahli sihir dia pun ada ke?"

Aku memejamkan mata. Pening aku mendengar semua persoalan Yana itu, minah ni mulut macam burung murai!

"Okey aku jawab satu-satu ya, tarik nafas
Hembus, tarik nafas.. hembus" Sindir aku membuatkan gadis itu ketawa terbahak-bahak

"Cepatlah jawab"

"Kau ingat tak kejadian kaki aku terseliuh gara-gara Tengku Darren hari tu? Masa tu Tengku Darren hantar aku pergi klinik, lepas tu tiba-tiba aku terserempak dengan papa. Pada awalnya aku ingatkan cuma papa yang ada dekat situ, tapi tiba-tiba ahli sihir tu muncul"

Ternganga gadis itu, aku menahan tawa. Setiap kali aku bersama Yana, ada aje karenahnya yang akan menghiburkan aku

Jujur lah aku cakap, aku bertahan untuk hidup dekat dunia ni juga disebabkan Yana. Aku pernah cuba untuk membunuh diri selepas kematian arwah mama, tapi sempat di halang oleh Yana. Katanya aku perlu bertahan, perlu kuat dan perlu tabah untuk menghadapi ujian dekat dunia ni.

Allah uji sebab  sayang, ingat tu Maya Darena.

"Boleh saya duduk?" Suara itu menyapa di gegendang telinga membuatkan aku menoleh, Luthfy.

"Eh boleh-boleh, silakan" Pantas Yana menjawab membuatkan aku menjegilkan mata kepadanya, minah ni kalau dengan lelaki kacak. Gatal betul!

Luthfy melabuhkan punggung diatas kerusi, disebelah kanannya ada aku manakala disebelah kirinya pula ada Yana.

Lelaki itu meletakkan satu fail yang berwarna kuning diatas meja, dia membuat isyarat kepada aku supaya membukanya. Tangan pantas membelek setiap helaian yang berada didalam fail itu

Helaian pertama, ada gambar seorang lelaki yang sedang tersenyum. Penuh teliti aku lihat kearah lelaki itu, seketika aku terdiam. Lelaki ini yang memukul Tengku Darren!

Helaian kedua pula ada gambar kereta Myvi berwarna putih, nombor plate pula sama dengan apa yang Tengku Darren cakap hari tu.

"Nama dia Khaliff Iqram. Berasal dari Pulau Pinang dan berumur 23 tahun, dia baru saja ditangkap oleh pihak polis tadi atas dasar cubaan membunuh.. nampak gayanya ada orang yang upah dia untuk buat sesuatu pada awak. Boleh tengok helaian seterusnya." Arah Luthfy, laju saja tangan aku membelek kertas itu

Kelihatan ada gambar lelaki itu bersama dengan seorang lagi lelaki, nampaknya gambar ini memang di ambil secara diam-diam

"Kejap, ni bukan Rayyan ke?"

Bulat mata aku memandang kearah Yana, astagfirullahaladzim! Kenapa dia bagitahu nama Rayyan?! Aku dah jujur dekat dia orang yang aku tak kenal siapa lelaki tu!

"Rayyan?" Soal Luthfy hairan, dia memandang aku dan Yana silih berganti. Serta merta kaki aku menendang kaki Yana yang berada di bawah meja, terjerit kecil gadis itu

Luthfy merenung aku tajam

"Awak kenal ke siapa lelaki yang cuba perkosa awak hari tu Maya?" Soal Luthfy lagi membuatkan aku gigit bawah bibir, perlahan-lahan aku mengangguk kepala.

"Kenapa awak tak cakap yang awak kenal dia? Nama dia Rayyan? Dia tinggal dekat mana, Maya?" Sedikit tegas nada lelaki itu menyoal, Yana pandang aku dengan simpati

Dengan terpaksa aku ceritakan semuanya dari awal hingga akhir tentang apa yang terjadi hari tu, aku pun cerita juga bagaimana hubungan aku dan Rayyan putus. Aku bukan cuba untuk menutup dosa lelaki itu, tapi aku nak selesaikan masalah ni sendiri.

Aku dah banyak susahkan orang lain.

"Luqman Rayyan. Kalau dia ganggu awak lagi, bagitahu saya atau abang saya. Jangan pendam seorang diri, faham?"

Kepala diangguk, lelaki itu bangun dari duduk lalu meninggalkan kami yang terkebil-kebil disini

.

.

.

Aku dan Yana masuk ke dalam bilik wad Tengku Darren, kelihatan lelaki itu sudah menyedarkan diri. Ada seorang wanita berambut panjang sedang bersembang dengannya

Apabila Tengku Darren sedar akan kehadiran aku, dia mengukir senyuman membuatkan wanita itu mengerling kearah aku

Mata kami sama-sama membulat.

"Maya?"

"Kak Raisha!" Jerit aku lalu memeluk tubuh wanita itu, lamanya aku tak jumpa dia ni. Selepas aje aku membuat keputusan untuk berhenti dari bekerja sebagai personal assistant Tengku Darren, kami sudah tidak berhubung lagi

"Ya Allah rindunya, Maya tak rindu akak ke? Mana Maya hilang ni? Penat tau tak akak cari Maya dengan Yana, bila akak tanya dekat boss. Dia cakap tak tahu!" Sempat Raisha mengutuk Tengku Darren membuatkan aku ketawa

"Of course I miss you more than words can say, mana ada Maya hilangkan diri. Selama ni Maya dengan Yana ada aje dekat sini, tak pergi mana-mana pun. Cuma yang berbezanya, Maya dengan Yana tengah sambung master sekarang" Sengih aku, membulat mata Raisha. Dia memandang aku dan Yana silih berganti

"Wow! Untunglah orang bijak" Usik Raisha membuatkan aku dan Yana ketawa

"Mana ada bijak, setiap malam menangis bila buat assignment. Akak apa tahu?" Jawab Yana selamba, serentak itu kami bertiga ketawa

"Ehem"

Deheman Tengku Darren itu membuatkan aku, Yana dan Raisha menoleh kearah Tengku Darren yang sedang berpeluk tubuh sambil menjeling. "Dah habis drama?" Sindir Tengku Darren membuatkan aku memutarkan mata keatas

"Alah boss ni, cemburu lah tu orang peluk bakal isteri dia" Penuh sarkastik Raisha berkata membuatkan aku dan Tengku Darren tercengang, bakal isteri? Hello?!

"Potong gaji kang" Gurau Tengku Darren membuatkan kami ketawa

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 29/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now