Chapter 11

3K 85 4
                                    

You are a flame in angel skin
- Darren Luthfan
____________________________________

"Assalamualaikum!" Salam diberikan lalu aku terus melangkah masuk kedalam rumah, pintu dikunci supaya tidak ada mana-mana malaun masuk kedalam rumah. Yana memandang aku, membulat seketika matanya bila melihat keadaan aku

"Kenapa dengan tangan kau tu Maya? Apa yang dah jadi? Tengku Darren cederakan kau ke? Sakit ke?" Bertubi-tubi soalan yang ditanya oleh Yana, aku cebik bibir

Dah lah tak jawab salam, banyak tanya pula tu!. Nak cair tahi telinga aku dengar semua soalan Yana

"Amboi kau ni? Hukum memberi salam adalah sunat dan hukum menjawab salam adalah wajib, aku dah beri salam tadi dengan penuh dengung dan harakat tau tak? Kau jawab salam aku pun tidak, terus aje sembur aku dengan soalan-soalan kau tu" Sinisku

Yana ketawa kecil, aku mendekatinya lalu turut duduk disofa empuk itu

"Waalaikummusalam Cik Maya a.k.a personal assistant kepada CEO of LA Darren's Holding" Dengan lemah lembut dan beradab Yana memberi salam, terselit sinis didalam kelembutannya itu. Aku putar mata keatas

"Sekarang ni jawab soalan aku, kenapa tangan kau berbalut?" Yana bertanya sekali lagi, aku mengeluh perlahan

Mata turut memadang kearah tangan kanan aku yang dibalut oleh Doktor Fiqa petang tadi. "Siapa lagi kalau bukan mamat kasanova tu? Kau tahu tak dia serang aku depan Tengku Darren?" Terang aku dengan nada tidak berpuas hati, ternganga mulut Yana

"Rayyan? Rayyan buat kau macam ni?!" Dia bertanya dengan nada nyaring, aku tutup telinga menggunakan kedua-dua belah telapak tangan. Ish, minah ni telan speaker ke masa kecil dulu?

"Ya!"

"Oh, tak hairanlah"

Berkerut terus dahiku melihat perempuan yang ada dihadapan aku sekarang, apa maksud dia 'tak hairanlah' tu? Aku menjegil mata kepadanya

"Tak hairan? Apa yang tak hairannya? Oh kau tadi bukan main tanya banyak sangat soalan macam aku ni nazak depan kau, tapi bila aku cakap Rayyan yang buat aku jadi macam ni kau cuma cakap 'tak hairanlah'?" Bebel aku dengan nada tidak berpuas hati, bengang pula aku dengan dia ni

Yana tersengih. "Alaa kenapa nak touching sangat ni Maya? Maksud aku, tak hairan lah kalau mamat kasanova tu buat kau macam tu. Sebab dia memang gila, gila apa? Gila talak!" Kutuk Yana membuatkan aku tergelak apabila mendengarnya

Memang sah lah aku pilih kawan yang tepat kan? Memang Yana tahu macam mana perangai aku, kita orang sama-sama masuk air dan boleh sekepala. Sebab tu friendship kami yang dah belasan tahun ni masih kekal sampai sekarang

"Cerita lah, apa yang dia buat?" Soalnya ingin tahu, aku mula bercerita dari A hingga Z kepada Yana. Maklum lah perempuan ni tak datang kerja tadi sebab sakit perut, aku turut cerita tentang Tan Sri Azizi yang gatal tu! Ada kalanya si Yana ketawa terbahak-bahak apabila aku memberitahu Tengku Darren melayangkan penumbuk pada Rayyan, puas hati katanya

Terangguk-angguk kepala Yana. "Ehem, kau tak rasa ke yang Tengku Darren tu suka pada kau?" Senyuman miang ditayangkan oleh Yana membuatkan sebelah kening aku terangkat

Cis, merepek apa perempuan ni? Tengku Darren? CEO LA Darren's? Suka aku? Mamat beku tu? Huh, dalam mimpi!

"Mengarut aje kau" Aku membangkang keras, ye lah mana mungkin lelaki setampan dan sekaya dia jatuh cinta pada aku? Perempuan dekat luar sana lebih cantik, lebih seksi, lebih menggoda. Rawr!

Yana masih lagi dengan senyuman menyakat nya itu. "Kata-kata itu adalah doa, lagi pun kalau Tengku Darren tak suka kau. Mesti dia buat bodoh aje masa Rayyan datang, kalau dia tak jatuh cinta dengan kau mesti dia tak sebut kau dah ada tunang depan Tan Sri Azizi yang miang tu! Dan kalau betul dia tak jatuh hati pada kau, dia tak akan terlebih caring masa tengok tangan kau melecet sebab lelaki tak guna tu" Panjang lebar Yana membebel membuat kan aku menjelingnya

"Okay first, Tengku Darren tumbuk Rayyan sebab mamat tu dah melampau! Mana ada lelaki sejati sanggup tengok perempuan tersakiti? Second, dia cakap aku dah ada tunang sebab Tan Sri Azizi tu miang tahap dewa kau tau tak? Tak padan dengan tua, mata sana sini usha badan aku! Third, dia caring sebab aku ni pekerja dia. Jadi kalau aku sakit, dia akan tanggung" Satu persatu aku terang pada Yana, kalau tak faham lagi tak tahu lah nak cakap apa

Kena cakap bahasa alien kut?

Yana hanya buat tak endah dengan semua penerangan aku tadi. "Apa-apa lah Maya Darena, hmm nama pun nak dekat sama kan? Yang itu Darren, yang ini Darena. Memang sah, kau jodoh dia!" Yana masih lagi dengan mood ingin menyakatnya itu, aku mencubit lengannya kuat

"Aduh sakitlah! Dasar anak ketam!" Kutuk Yana lagi membuatkan aku ketawa besar, memang tak dapat dinafikan. Aku memang terkenal dengan panggilan anak ketam kalau dengan si Yana ni, sebabnya? Aku suka cubit dia. Hahaha

Secara tiba-tiba telefon aku berdering, baru sahaja ingin mencapai telefon. Tangan Yana lebih pantas, membulat mataku. Amboi, selamba badak aje kau ambil telefon aku?

"Boss Garang🦁? Kau save number Tengku Darren dengan nama ni, Maya?" Soalnya dengan nada terkejut, wajah gadis itu seolah olah tidak percaya. Aku tersengih kecil, alamak kantoi pula dengan minah senget ni!

"Ish, bagi balik!" Aku merampas kembali telefon pintar itu, butang hijau ditekan lalu aku tekapkan pada telinga kanan

"Berapa kali aku perlu cakap pada kau? Bila aku telefon, tolonglah angkat dengan cepat"

Eh mamat ni? Tak ada salam, tak ada apa tiba-tiba aje membebel pada aku? Dia ni memang sesuai dengan Yana, sesuai untuk di ruqyah!

"Amboi Tengku Darren ni dah kenapa? Salam tak ada, mukadimah pun tak ada! Tengku Darren yakin aje kan saya yang angkat?" Entah dari mana aku dapat keberanian itu, Yana yang sedang menahan tawa itu dikerling. Jari telunjuk diletakkan dibibir, menyuruh dia untuk diam

"Dah tak perlu membebel, aku faham. Assalamualaikum Hajjah Maya" Hm nampak nya Tengku Darren tak sentap dengan aku

"Saya bukan Hajjah Maya, saya Cik Maya" Aku memperbetulkan kata-kata Tengku Darren, entah sejak bila pula aku pergi buat haji dan umrah sampai dapat panggilan Hajjah Maya ni? Kedengaran Tengku Darren ketawa halus ditalian, okey ni seram. Mana mungkin lelaki yang dingin macam dia boleh ketawa dengan lawak bodoh aku tu?

"Whatever. Cik Maya ke, Hajjah Maya ke Rokiah Maya ke. Yang aku tahu esok kau tak perlu masuk kerja, aku bagi kau rehat dua hari untuk cuti sakit. Faham?" Tegas Tengku Darren berkata membuatkan aku tergamam, hey! Aku sakit tangan aje, bukannya nazak!

"Eh cop! Saya kena cuti dua hari? Tengku Darren, saya ni cuma luka dekat tangan sikit aje. Bukannya saya ni lumpuh satu badan!" Aku bersuara dengan tidak berpuas hati, Yana yang berada disebelah aku ketawa kecil. Tak boleh ketawa lebih-lebih nanti kantoi dengan boss kesayangan dia tu

Cis, kesayangan lah sangat!

"Kau cakaplah apa pun Cik Maya, kalau esok pagi aku nampak kau tercegat dekat office memang aku suruh pak guard hantar kau keluar pintu. Lagi satu, jangan keras kepala sangat. Kau tak nampak menakutkan pun, you are a flame in angel skin"

Terkedu dan tergamam, ya! Dah buang tebiat ke apa boss aku ni? Baru saja aku ingin membalas, Tengku Darren menamatkan panggilan telefon. Ish, biadab punya boss! Tapi kejap, apa maksud dia? Aku adalah api dalam kulit malaikat?

"Wow! Dia panggil kau bidadari lah Maya, untunglah dapat lelaki CEO kan?" Sakat Yana, aku menjelingnya dengan tajam. Kalau tak menyakat aku, tak sah perempuan ni

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 09/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now